Hampir 10 bulan aq merasa aq berjalan keseorangan untuk mencari apa yang sebenarnya...sungguh aq keliru...aq lalui semuanya dengan kekuatan mak ayah untuk melihat anaknya seorang ni terus kuat...sungguh aq keliru...setahun yang lalu, aq jatuh hati pada manusia sehingga aq merasa aq sangat selesa tanpa perlu fikir terlalu jauh tentang masa depanku...namun perancangan Allah itu sungguh cantik...aq disedarkan olehNYA...aq jatuh sakit sedalamnya...sehingga berat badanku turun mendadak...sehingga aq tak mampu untuk hidup lagi...kalau sebelum ini aq melihat buku itu seperti sahabat karibku, tetapi apabila aq jatuh sakit, buku itu hanya aq jeling tanpa membaca...aq merasa hidup ini tidak adil...aq merasa Tuhan tidak adil...sungguh aq serabut...sangat serabut...sehinggalah satu hari, aq melakukan semula rutin harian ku di matrikulasi semula...solat pada awal waktu, solat berjemaah semampu mungkin, mengaji setiap hari, al-waqiaah al-mulk dan al-matsuraat diamalkan setiap hari...aq buat semua tu tanpa menyoal apa pun...aq ingin hilangkan serabut dalam fikiran...dan...

Alhamdulillah...sekarang aq mampu senyum seikhlasnya tanpa dipaksa...kekuatan itu datang sendirinya...aq yakin Allah ada...kekuatan itu keluargaku...banyak mereka bantu...buku menjadi sahabatku semula....setiap buku penulis kegemaranku aq baca semuanya seperti Us Pahrol Md Juoi, Bonda Nor, Hilal Asyraf, Siti Rosmizah, Syed Alwi Al-attas, Muhd Kamil Ibrahim, Jerry D Grey, Teme Abdullah, Hady Fayyadh dan banyak lagi...aq merasa buku itu sahabat terbaik...teman tidurku setiap hari...sampaikan mak tanya kenapa beli buku banyak-banyak ni...bila nak bacanya?...hehe...(sebab beli online then suruh post buku tu kat office mak) haha...syukur sungguh dengan semuanya...aq tak mampu membenci sesiapa pun...aq cuma perlu masa untuk rasionalkan diri sendiri...aq menjauh untuk tidak membenci...aq mendekat kerana ingin membantu...aq yakin kita akan jumpa disyurgaNya...cukuplah cerita itu aq simpan sendiri...cukup lah aq berjalan sendiri sekarang...keluargaku keutamaanku...kemaafan dipohon seikhlasnya...sungguh aq masih berjalan mencari CINTA NYA... 
  
Falling in LOVE with Allah is the greatest romance...
Searching HIM, is the greatest adventure...
Finding HIM, is the greatest achievement...
and being with HIM...is the greatest source of happiness...

This is a true LOVE for me...just be Strong, dear !!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

My Graduation Story... If You Think You Can, Just Trust Yourself, You Can Do It !

Hari Keluarga Kombil 2018, Semakin Hari Semakin Sayang