Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

Syukur kerana Allah...

Imej
Assalamualaikum… Alhamdulillah syukur padaNya dengan nikmat bernafas yang selesa ini…hari ini tira terasa ingin berkongsi sesuatu yang membuatkan rasa hati ini sangat bersyukur bila melihatnya dan merasainya…Pada hari Sabtu & Ahad(14&15) lepas kami group Khidmat Masyarakat kokurikulum UTHM telah menjalankan Program Anak Angkat di Kg Bukit Pulau, Melaka. Walaupun hanya 2 hari tetapi tira sendiri rasa sangat terharu dengan layanan keluarga angkat   dan masyarakat kg yang sangat ramah. Mereka tidak sikit pun rasa payah bila menerima kami sebagai anak. Tira dan tiga lagi sahabat yang lain dapat mak angkat yang sama iaitu keluarga Pn Rosnani bt Bachik (surirumah). Suaminya bekerja sbg Guard di Jusco/Mydin(   tak berapa igt..hehe). Keluarga mereka baru sahaja mendapat orang baru dalam family iaitu menantunya baru lepas bersalin. Kami datang hari Sabtu, bersalinnya hari Jumaat...Alhamdullilah mak dh ad dua org cucu sekarang ini. Anak mereka semuanya 4 orang. Semuanya dah besar
Imej