Coretan Akhir 2018...


Alhamdulillah aq dapat melalui satu semester yang sangat mencabar selama 6 bulan. 7 subjek telahku  daftar untuk semester 2 ini. Subjek yang bukan calang-calang...semuanya memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi dan berproses. Sungguh kalau sesiapa ingin mengambil course ni, kena kuatkan mental lebih dari fizikal...kalau tidak, memang kecundang atau extend semester...dan sentiasalah perbetulkan niat dan tujuan kenapa anda ingin belajar lagi...sebenarnya proses pembelajaran adalah sampai mati...tiada henti...ramai yang bertanya, “eh tira, ko tak penat ke belajar?” hurm...aq menjawab sambil senyum, “taklah, aq ok je...kalau aq kerja pun penat jugak..hehe”...terus senyap si dia...sebenarnya semua pekerjaan kita bergantung pada niat, kalau niat kita baik dan positif walaupun perkara yang kita nak buat tu terlalu sukar, insyaAllah DIA akan permudahkan...Allah ulang dua kali dalam surah Al-Insyirah, “bahawa disetiap kesusahan itu akan ada kesenangan”...jangan kau ragukan itu, janji Allah itu pasti...kalau kita tak dapat didunia, mungkin disana kelak...

Sepanjang semester dua ni, rasa nak nangis rasa nak lari dari semua kerja assignment projek yang berlambak ni ada jugak....tapi....aq fikir balik, ‘kalau aq lari pun, masalah lagi besar akan timbul sebab kau yang mulakan, then kau nak berhenti sekerat jalan je...apa kau ni..?’ benda ni bermain kat otak sampai tak leh tidur lahai.....then akhirnya, aq buat juga sikit-sikit kerjanya...dan alhamdulillah ramai hamba Allah yang datang dalam hidup ni tanpa diduga memberi semangat membuat aq lebih istiqamah lakukan kerja ni walaupun susah...ada yang tanya, “camne belajar? Ok tak..kalau ok aq nak sambung belajar jugak...”dengan spontan aq jawab, “hurm, 3 kali ganda susah dari degree....tapi ni pendapat aq je la...orang lain aq tak tahu...sebab waktu degree dulu memang ada kuiz, assignment dan projek semua sama je, tapi belajar sekarang lebih pada sampai tahap mensintesis dan develop sesuatu yang baru berdasarkan teori-teori yang sedia ada...kalau dalam Bloom Revised Taxonomy tu ada  6 peringkat iaitu remember, understand, apply, analyze, evaluate & create kan...prof aq kata kalau waktu belajar degree tu tahap belajar sampai peringkat apply je....tapi master and so on ni tahap assignment dia sampai tahap atas sekali iaitu create...huhu...yang tak faham tu, faham-fahamkan lah ya...ini maksudnya proses berfikir luar kotak dan aras tinggi....Jadi nak menyiapkan satu assignment punya la susah lahai...kena rujuk banyak jurnal sebab kena create sesuatu proses atau teknik baru yang boleh diguna pakai dalam proses pendidikan...rasa nak nangis tu memang banyak kali lah, tapi bila fikir-fikir balik kalau nangis bukan dapat apa pun....akhirnya kena ngadap jugak kan kerjanya...sooo...aq amik inisiatif kalau nak nangis tu, nangis lepas solat je waktu doa untuk release stress...then bangkit la semula....sebab Allah tak kan menguji kalau kita tak mampu sebenarnya....just hidup ni kena tenang, follow the flow...insyaAllah all is well....semua akan baik-baik sahaja...banyakkan lah bersangka baik dengan Allah...akan ada kebahagiaan untuk engkau...



For my classmates, terima kasih kerana berselang-seli tidur menyiapkan assignment. Macam-macam perangai ada bila kerja group ni...tapi sabar je la untuk siapkan asssignment tu...tak yah kira la korang korban lebih korban sikit pun...prinsip aq, siapa yang buat kerja tu...dia la yang akan faham dan ada pengalaman camne nak buat sesuatu kerja tu...kalau hang pun main tolak-tolak kerja, sampai bila-bila la hang tak belajar...orang-orang camni la yang memberi kesan sekarang apabila bekerja hanya makan gaji je...belajarlah sedar diri, bahawa ada CCTV Allah yang memandang...keberkatan dan keredhaan Allah yang kita cari...bukan siapa betul siapa salah...kalau mereka salah janganlah marah sampai menghina, tetapi tunjukkanlah yang betul...ini lah akhlak nabi...yup....sebenarnya dah lama tak menulis, tu yang terpanjang pulak coretan kali ni...

For the last but not least, aq gembira dengan hidupku sekarang walaupun ada kekurangan yang terlalu-lalu banyak...hanya orang yang rapat denganku tahu aq seperti apa sekarang...terima kasih kerana masih mendekat walaupun tetiba aq berubah watak jadi shrek sekejap, aq jadi cengkerik sekejap...hahaha...terima kasih kerana masih menyayangi dan mengambil berat...dan tak lupa juga yang sanggup datang malam-malam cari kat rumah sebab nak minta pendapat je...sangat terharu dengan mereka...insyaAllah apa yang aq ada aq akan kongsi sebanyaknya...mana yang terkurang tu minta maaf lah ya...Mohon doakan agar dipermudahkan menjawab soalan peperiksaan akhir pada awal Januari tahun 2019...












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

My Graduation Story... If You Think You Can, Just Trust Yourself, You Can Do It !

Hari Keluarga Kombil 2018, Semakin Hari Semakin Sayang