Hari Raya Aidiladha 2018...

Pagi raya, mak dah sediakan makanan sarapan seperti hari raya biasa...nasi himpit, kuah lodeh, sambal goreng dan sebagainya...Usai je makan, semua pergi solat sunat hari raya...hari ni ayah ditugaskan menjadi imam solat sunat hari raya termasuklah bacaan khutbah...nampakla ayah gugup sikit, keluar masuk tandas ayah sebab first time kena baca khutbah katanya...Tapi Alhamdulillah ayah baca khutbah dengan baik...Selepas solat sunat hari raya, ayah bergegas sarapan dan bersiap untuk menyembelih di surau dan di rumah Kombil. Di surau ada 5 ekor lembu manakala di rumah Kombil ada dua ekor lembu untuk ayah sembelih untuk Korban...

Kali pertama tahun ni, seekor lembu di Kombil lari sebelum di sembelih...haha...rasa terkejut la jgk, tak perasan tali lembu tu dah terlucut...tak sempat nak pegang dah lari jauh....terpaksa la beli lembu lain...Program Korban ditangguhkan sehingga ke petang...sabar je laa...macam-macam lahai....Pengalaman yang tak leh dilupakan selamanya...

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Kami barisan Gen Q Kombil ingin mengucapkan Tahniah dan berbanyak Terima Kasih kepada semua warga Kombil diatas kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan program Korban Kombil sempena Hari Raya Aidiladha 2018...terima kasih pada semua dari awal proses menyembelih lembu, melapah lembu, membungkus daging, membersih perut dan usus, dan akhirnya urusan menghantar daging...terima kasih semuanya...semoga peristiwa hari ini dijadikan pengajaran untuk penambah baikan dimasa akan datang...

Tak lupa juga pada yang membantu bergotong-royong membersihkan dan menceriakan teratak Kombil semalam...terima kasih semuanya...semoga Allah membalas segala jasa yang diberikan sebanyaknya dan semoga Allah merahmati kita semua dalam iman InsyaAllah...kita jumpa lagi pada 31 Ogos 2018 bagi program Solat Hajat Perdana 1.0 InsyaAllah...

Semakin Hari Semakin Sayang

Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir & Batin...

s/u Gen Q Kombil


























Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

My Graduation Story... If You Think You Can, Just Trust Yourself, You Can Do It !

Hari Keluarga Kombil 2018, Semakin Hari Semakin Sayang