23 Ogos 2018...

Cuti sekolah yang memenatkan namun aq berasa sangat teruja dengan semua nikmat yang Allah beri...seharusnya cuti sekolah untuk merehatkan minda dan fizikal...namun aq rela berpenat bagi melihat keindahan alam...Alhamdulillah ya Rabb Engkau memberi sesuatu yang aq tak pernah jangka...mak ayah membawa kami ke Terengganu, Port Dickson dan Kuantan bercuti...dah lama rasanya tidak berjalan ke negeri di Pantai Timur..Setibanya di Kemaman, Pak Cu membawa kami ke pantai Kemasik...Subhanallah cantik sungguh pantai disitu...malam tu kami ber BBQ di pantai lain pula, tak ingat plak nama pantainya apa...huhu... mendengar deruan ombak menghempas pantai, jerlusnya pasir yang dipijak, birunya langit Sang Maha Esa telah membuatkan aq berasa sangat bersyukur berada di bumi tuhan yang sungguh cantik ini...mendengar juga air terjun menjunam ke bawah, Allahuakhbar, sungguh tenang mendengar dan melihatnya di hutan lipur...melalui jambatan gantung yg separuh abad terasa getar seluruh badan kerana gugup...Haha...syukur ya Rabb...bayangan syurga lebih 100 kali lebih indah dari ini bisikku dalam hati...namun, diri ini terlalu tidak layak untuk ketempat seindah itu kerana dosa kesalahanku terlalu banyak ya Rabb...teringat mimpi indah yang diizinkan olehNya, aq melihat air sungguh jernih mengalir sungguh lunak suara air, kelihatan batu-batu putih di dalam air, sungguh cantik pemandangannya...diatas air mengalir, aq berjalan diatas jambatan kayu yang sungguh cantik bentuknya...aq berjalan di atas jambatan menikmati keindahan alam, namun aq ternampak sebuah mahligai indah dihujung air sungai tersebut...sungguh cantik mahligai itu, masyaAllah...tidak dapat kugambarkan bertapa indah mimpi itu...terasa ingin tidur selamanya...aq nekad untuk mencari adakah pemandangan indah seperti itu didunia ini...sungguh aq masih mencari dan meneroka namun tatkala ini belum ketemui lagi panorama secantik itu...Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar...

Terdetik dihati, aq sering berasa aq lah paling hina di dunia ini kerana aq sentiasa sombong didunia ini ya Rabbul Izzati...Allahu, hembus nafasku tatkala teringat semua dosa-dosa ku yang lalu...aq yakin dengan janjiMu ya Allah, aq yakin setiap yg Engkau aturkan untukku sentiasa untuk mengubahku menjadi lebih baik walaupun pahit dan payah untuk dilalui...kenangan yang masih bersisa di hati akan kusematkan dalam fikiranku selamanya...tidak mudah untuk ku lupa namun hidup perlu diteruskan selagi nyawa dipinjamkan...

#Port Dickson, Negeri Sembilan...
#Awana Golf & Spa Resort Terengganu...
#Hutan Lipur Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan Pahang...
#Pantai Batu Hitam Pahang...
#Pantai Kemasik Terengganu...

























































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

My Graduation Story... If You Think You Can, Just Trust Yourself, You Can Do It !

Hari Keluarga Kombil 2018, Semakin Hari Semakin Sayang