Hari Istimewaku....


Hari esok adalah hari yang mendebarkan, melangkah kaki di pentas besar terasa getar seluruh badan...bukan calang-calang orang boleh langkahkan kaki dengan cara terhormat di pentas tersebut...hari kedua sidang 4 Konvokesyen tahun 2017 Universiti Tun Huseein Onn Malaysia telah menjadikan aku terasa sangat bersyukur menghadirinya...2 minggu sebelum berlangsung istiadat, angah dah tanya, “along nak pakai baju apa nanti konvo? Jomla pergi beli sama-sama” erkk...dalam hati tak terfikir langsung nak pakai baju apa pun, aq tak kisah pun sebenarnya...yang aq kisahkan ialah mak ayah, mak ayah perlu memakai baju baru pada hari konvokesyen tersebut... Kali ni aq sangat berpuas hati kerana dapat membelikan pakaian mereka dengan duit gajiku sendiri untuk kali pertama ku bekerja...Alhamdulillah ya Rabb...aq sangat bersyukur untuk itu...seminggu sebelum konvokesyen, sepupu ku Kak Ain dan Rahmah telah memaksaku (haha gurau je wehh) membeli pakaian baru untuk konvokesyen yang akan berlangsung...aq memang tak pandai bab-bab pakaian nih...heeee...pakai je apa yang ada sebenarnya....tak terasa nak ada pakaian atau kasut baru pun...mereka menemankan aq membeli sut  pakaian untuk hari itu, dari tudung hinggalah ke kasut...hahaha...ikut je la...layankan je...sidang konvokesyen ku jatuh pada waktu petang, jadi jam 10 pagi kami family baru bertolak dari Segamat ke UTHM...dalam tengahari sudah tiba di UTHM...aq diarahkan menunggu dibelakang pentas, sidang 4 bermula jam 2 petang, mak ayah sudah memasuki dewan konvokesyen...terasa berdebar, dari belakang pentas kami semua graduan telah diperiksa etika pemakaian baju dan jubah dari atas sampai lah ke kasut bagi upacara istiadat konvokesyen yang akan berlangsung pada petang tersebut...upacara pergerakan dari belakang pentas telah diumumkan oleh pengacara majlis, terasa macam orang ternama pun ada sebab dari belakang pentas dah ada yang meraikan ucapan Tahniah sebanyaknya, paling terharu bila pensyarah-pensyarah kami bersusun di tepi-tepi dewan mengucapakn Tahniah....Allahu...tidak tergambar pada hari tersebut sungguh istimewa bagiku...upacara bermula, siaran langsung terus menerus di laman web UTHM, mana-mana keluargaku yang tidak dapat hadir dapat melihat secara langsung di website tersebut...adik-beradik ku semua melihat tayangan skrin besar di luar dewan...mungkin tontonan secara langsung istiadat ini berada dimana-mana termasuk di kafe, perpustakaan, fakulti dan kolej kediaman...beribu tontonan umum melihat secara rasmi istiadat ini di ruang legar UTHM...istiadat dimulakan dengan acara ucapan Tahniah dari yang berhormat Naib Canselor UTHM...dan akhirnya menunggu giliran untuk penerimaan scroll ijazah...selepas naik ke atas pentas, kami akan berjalan kebawah di ruangan ibu bapa menunggu, terlalu ramai ibu bapa dalam dewan tersebut, dan aq tidak perasan mak ayah aq duduk dibahagian mana, yang pasti mereka ada melihat aq menerima pengiktirafan diatas pentas tersebut...sebelum tamat istiadat konvokesyen sidang 4, timbalan naib canselor ada melafazkan sesuatu ayat, dan ayat tersebut sangat membuatkan aq rasa sebak dan bahagia...beliau menyatakan pada semua ibu bapa kami....”wahai ibu bapa yang dihormati sekalian, 4 tahun lepas saya telah mengambil anak-anak kesayangan tuan puan sekalian untuk saya didik, belai, jaga dan ajar mereka tentang hidup...dan sekarang, pada waktu ini, saya mewakili pihak universiti menyerahkan semula anak-anak kesayangan tuan puan ke pangkuan agar mereka berbakti pada keluarga, masyarakat dan agama sebaiknya...setakat ini sahaja saya mampu beri kepada mereka, dengan ilmu yang mereka ada akan membuatkan mereka lebih menghargai apa yang mereka ada...saya tak mampu beri duit, atau kesenangan kerana itu lama-kelamaan akan habis tetapi ilmu mereka sangat mahal bagi saya dan ilmu tersebut yang mereka akan bawa sampai akhir hayat InsyaAllah...saya sangat bersyukur pada Allah kerana tuan puan telah meminjamkan anak-anak kesayangan tuan puan kepada kami selama 4 tahun...hari ini secara rasmi dengan lafaz Bismillah, saya menyerahkan kembali anak-anak kesayangan ini pada tuan puan sebaiknya...terima kasih tidak terhingga dan semoga Allah merahmati kita semua sebaiknya..dan wahai anak-anakku, ayahanda dengan ini menyerahkan kembali anak-anak ayahanda kepada yang selayaknya membelai kamu sebaiknya, jagalah diri anakanda sekalian sebaiknya, cukup disini ayahanda mengajarkan ilmu untuk anakanda berjasa pada yang selayaknya...ingatlah semua pesanan ayahanda dan para-para pendidik anakanda sekalian...semoga kita berjumpa lagi insyaAllah, Ameen...” Allah....mengalir airmata ku mendengar pesanan ayahanda...sebelum keluar dewan, kami menyanyikan lagu Universiti iaitu Dengan Hikmah Kita Meneroka dan lagu Kenangan Terindah by Samson...apa lagi memang menangis kegembiraan lah...huhuhu...

Benar, di tempat inilah aq belajar untuk kuat, aq belajar untuk tabah, aq belajar untuk bersyukur sebanyaknya, aq belajar untuk berdikari, aq belajar untuk tidak menyusahkan manusia lain dan aq belajar tentang kehidupan yang hakiki...ilmu yang tersemat di dadaku ini tidak boleh dilihat namun boleh disebarkan dan dikongsi sebanyaknya pada manusia lain...kuatlah untuk ummah Nurathirah....setiap kepahitan akan ada kemanisan...sabar dan solat lakukan semampumu...jangan diragukan semua janji Allah tersebut...kerana hikmah itu sungguh indah pada pengakhirannya jua...

Berjuta terima kasih untuk ucapan tahniah dari para keluarga, akak Fura dan sahabat-sahabat yang lain...terima kasih untuk belanja kek, bunga dan steamboat malam tu...sungguh hepy...senyum sampai ke telinga aq...hehe...tak lupa juga, ada yang tidak dapat hadir tetapi setia menunggu dihadapan skrin phone, skrin TV, dan skrin laptop untuk melihat aq menerima skroll...Allah, terharu rasa sampai ada yang screenshot gambar saya then post di group what's apps semua termasuklah rakan sekerja di Klinik Kesihatan Batu Anam...semoga Allah merahmati kita semua sebaiknya...Kenangan terindah ini tidak akan ku lupakan insyaAllah....

#baru terasa nak post...
#throwback konvokesyen degree tahun 2017       































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

My Graduation Story... If You Think You Can, Just Trust Yourself, You Can Do It !

Hari Keluarga Kombil 2018, Semakin Hari Semakin Sayang