Memori Itu Mahal

Pengalaman menguruskan event...

Organisasi perlu dibangunkan, jawatankuasa perlu dibentuk...akalku berfikir, mudah ke nak buat ni? 24 keluarga, uishh banyak tu? Bukan sikit 10 keluarga ke apa ke..termenung aq sejenak memikirkan aq kena run sorang ke..? Dalam berfikir, teringat satu pepatah ni, Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang, kalau aq boleh handle event besar kolej takkan sekecil ni aq tak boleh buat ? 

Jadi bermula lah dengan membentuk jawatankuasa baru sendiri dengan bantuan bik Jaimah yg tak pernah jemu jawab semua persoalan aq haha...satu demi satu proses aq lalui: 

1. penubuhan jawatankuasa Family Day Kombil (FDK) 2022...

2. Budget fdk (ni paling mencabar sekali, ye la kan bab duit, mana boleh buat main), tak sangka boleh buat budget 2 hari je huhu...

3. Lantikan ketua bahagian

4. Reka bentuk banner fdk

5. Reka bentuk poster promosi fdk

6. Buat video promo fdk

7. Reka bentuk buku program fdk

8. Cari lokasi fdk dan settlekan deal dengan owner lokasi fdk

9. Dan banyak lg yg aq dh terlupa apa dia😂

Tapi setiap yg aq buat ni ada cabaran dia tersendiri, kdg spi paksa adk aq sendiri alia & aina settlekan apa yg tak settle lg...Kita buat kerja tak perlu dipuji, tapi biar org nampak output sebenar event💪 byk2 Kali jgk la bersalah fhm dengan adk beradik settlekan benda ni spi group whatapps adk beradik sendiri setiap hari meriah dgn update terkini fdk nih...tapi just buat mne yg mampu, Dan Alhamdulillah segala kudrat yg Allah Bantu, Kita dapat selesaikan dan laksanakan dgn sebaiknya...walaupun Ada jgk cacat sedikit pada program yg dibuat...KEPUASAN selepas selesai event tu hanya Allah je yang Tahu, orang yg BUAT akan merasa KEPUASAN tu berganda dari orang lain. Percayalah, kita memang akan rasa susah pada awalnya, tapi bila dh hbs event tu BEST sgt perasaan tuh...contohnya masa SPM dulu kita rasa SPM tuh susah sangat kan tapi bila dah kerja sendiri sekarang kita rasa yg SPM dulu adalah journey yang paling best yg ko pernah rasa...

Banyak kali jgk ingatkan adik2 aq sendiri, cuba start buat, kalau tak start spi bila tak kan dapat skill tuh, just ignore je orang yg cakap belakang, kita tak perlukan orang yg cakap belakang camni, rasa menyemak...block je terus...memang rasa macam kejam kan? tapi ni lah realiti yg KAU kena hadap sama ada KAU nak berjaya atau KAU nak susah...Orang yang suka cakap tu sebenarnya dia cuma nak perhatian, bila suruh buat sendiri, tetiba senyap....krik krik...haha (just meluah general je, tak de kena mengena pada yg hidup atau mati)

Sekadar kongsi cerita untuk adik-adik yang masih muda ni jgn menyerah kalah, rasa down, relaks, ambil masa tenangkan diri dulu then cepat2 muhasabah diri sendiri tanpa menyalahkan orang lain...nanti KAU akan rasa ada yg akan membantu....

Sekian, Terima Kasih kerana membaca penulisan orang biasa ni...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

Kenangan bersamamu KK Batu Anam...

My Graduation Story... If You Think You Can, Just Trust Yourself, You Can Do It !