Antara sebab kenapa Terjebak dengan bidang Takaful niey

Kenapa rasa nak terjebak dgn takaful ni, Ada sebab tertentu...ramai je member ajak jd Agen produk ni produk tu, memang byk sgt2 dari awal start keje dulu....tapi hati ni tak pernah TERASA sikit pun nak join... sebab still tak nampak output dia pada pembeli...so, antara sebab kenapa boleh tertarik hati dgn takaful ni:


1. sebab aq fikir waktu susah nnti dapat ke produk yg aq join ni tolong kawan2 aq nnti? maaf sesangat...tapi tak tahu kenapa aq nak sgt join Takaful nih...walaupun pada awalnya memang nampak susah sangat, bayangkanlah, mana ada produk yg kita jual tu means produk tu kita tak boleh pegang pun kan...contohnya macam produk shaklee, kita boleh sentuh, makan then hbs produk tu kita boleh beli lagi..tapi takaful kita tak boleh buat camtu...Ni salah satu cabaran jgk la sbnrnya utk timbulkan kesedaran willingness/kesanggupan orang kat luar tu dengan ambil Takaful...tapi takpe, nanti Allah tya ko dh buat apa utk ummah selama ko hidup? insyaAllah sekurang-kurangnya aq ada jgkla jawapan...hehe


2. Ada sebab realiti sebenarnya...terkejut tengok operation hernia je almost 50k...sebab hospital kerajaan dah penuh dan lambat...terkejut tgk member operation ACL almost 30k...sebab tunggu hospital kerajaan asyik tangguh je operation... ni yg memang realiti...hbs duit simpanan bertahun-tahun simpan satu hr je Allah uji tarik semua duit Tu...


3. Then, banyak kali kalau aq ziarah member atau saudara di hospital kerajaan, mesti penuh wad tu, kadang sampai member baring atas katil dekat laluan kaki lima. tengah-tengah laluan wad, ini memang realiti hospital kerajaan, memang tak dapat dinafikan..aq rasa sedih sangat tengok...sebab aq tak mampu nak tolong...Servis Hospital Kerajaan memang sangat bagus, tapi realiti rakyat kita terlalu ramai yg sakit ...sampai kerajaan terpaksa panjangkan waktu operasi klinik kesihatan sehingga 9 malam...


4. Aq jgk pernah la waktu melawat member kat hospital, ada sorang staffnurse ni sibuk sangat angkat call kat wad dan byk2 kali dia respon dari wad emergency tu kata takde katil kosong, semua dah penuh..kalau nak bawa naik atas juga, bawa katil. . sekali sebab nampak riak muka dia cakap tu macam dah penat sgt cakap perkara yg sama ulang2 kali setiap kali telefon berdering...sedih rasa waktu tu...ye la org tu dh sakit, tak kan nak tolak sini tolak sana...mesti agak marah la kan...


5. Lepas tu dengan zaman sekarang ni, inflasi selepas pandemik, for sure kos perubatan pun akan naik mendadak, bukan kos perubatan je, harga barang, minyak semua pun naik. Kalau kita buat demonstrasi halang harga naik pun, ia akan tetap naik juga..nak tak nak kita terpaksa la beli dan guna sebab itu KEPERLUAN ASAS untuk hidup.


6. Penyakit berjangkit sekarang pun tak boleh dijangka, baru nak rasa tenang sekejap sebab Covid-19 dah berkurang tetapi datang lagi penyakit lain yang telah diisyhtiharkan pandemik oleh WHO monkeypox, influenza dn mcm2 lg...jadi kita tak pernah tahu sampai bila jangkitan penyakit berjangkit ni akan berhenti. unless kita sendiri transformers yg tak pernah kena sakit...   


7. Statistik mengatakan 60% anak muda yang bergraduat dan bekerja tetapi sudah diisytihar muflis sebab terlalu banyak hutang...macam mana ya nak elakkan perkara ni, sy yakin anda tahu apa jawapannya kan...tu yang kadang2 perebutan harta pusaka antara orang Melayu makin teruk sampai ada yang sanggup berpecah belah adik beradik, mengelar mak sendiri & banyak lagi kes2 yg teruk. Lebih 7 Billion harta pusaka masih dibekukan dan dalam proses pembahagian…huishh banyak tu...sebab tu lama nk tunggu huhu..      


*Jadi sebenarnya, aq tak jual produk tapi aq jual awareness/kesedaran rakyat2 jelata sekalian, sebab awareness tu sangat2 mahal dari produk tu...Nampak tak kenapa orang cina, kalau boleh nak ambil insurans banyak2 sgt tapi org kita, tak pernah Nampak takaful tu penting…orang cina mati, dapat harta, org kita mati rebut harta...Jadi, renung-renungkanlah & fikir-fikirkanlah...hehe sekian


#Life is Full of Uncertainty/Hidup ini penuh dengan Ketidaktentuan

#Willingness is more expensive/Kesanggupan tu sangat mahal 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

Kenangan bersamamu KK Batu Anam...

My Graduation Story... If You Think You Can, Just Trust Yourself, You Can Do It !