Sinergi Bentara

Entry ni dah lama aq simpan namun hari ni ada rezeki untuk dipost di layar cerita blog nihh....Kenangan melakukan Program Sinergi kolaborasi antara SMK Dato' Bentara Dalam Segamat dengan Universiti Tun Huseein Onn Malaysia (UTHM) memberi banyak pengalaman baru padaku...Merencana program kadang sampai tidur lewat malam selama sebulan sebelum mula majlis agar majlis berjalan lancar memang memenatkan...Tetapi kepuasannya hanya Allah jua yang Maha Tahu...Thanks Allah..Program berlangsung satu hari penuh memberi pengalaman padaku untuk menguruskan pelajar sebaiknya...Program bermula seawal 7.30 pagi. Kami setiap ahli dalam 20 fasilitator bersiap sedia untuk mengambil alih pelajar dari pagi sehingga petang...Lebih 10 aktiviti telah dilaksanakan...Antaranya ialah LDK, aktiviti sukan padang, persembahan setiap kumpulan pelajar...Setiap seorang fasi diberi tugas memegang 15 orang pelajar dan kami mempunyai 12 kumpulan besar...Pelajar-pelajar yang terlibat adalah pemimpin-pemimpin sekolah iaitu badan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua tingkatan, ahli jawatankuasa tertinggi sekolah dan asrama...mereka bukan calang-calang pelajar...berdebar rasa pada awalnya...namun kami chill relaks jeh...haha...poyo la Nur Ira nieeee....

Pada awalnya, sesi suai kenal ice breaking dengan pelajar-pelajar nie...semua nampak diam je tak nak bercakap....tanya sepatah, sepatah je dijawabnya lahai...sampai saya tak tahu dah nak tanya apa...huhu....nak membuat mereka rasa tak kekok dengan kami tu yg payah sikit, so apa yang kami lakukan ialah buang segala nama pangkat yang kami bawa dari luar apabila masuk ke dalam sekolah ni...ketua fasi dah maklum dan berkongsi idea untuk kita semua fasi sebagai pemudah cara dan sahabat kepada adik-adik pelajar nie...Alhamdulillah akhirnya berjaya juga kami mengasah bakat-bakat mereka yang sememangnya hebat...! Sehingga petang, setiap aktiviti berjalan seperti biasa...dan setiap aktiviti adalah persaingan dan pertandingan untuk merebut hamper besar...wahhh, terujanya rasa budak-budak nih tengok hadiah...ada satu pertandingan tu iaitu aktiviti tepuk mengikut arahan, kumpulan aq dapat memasuki ke peringkat akhir. Mereka kata pada aq, "akak saya takut la tak dapat buat serentak tepuknya....eeee berdebarnya rasa...." sejuk tangan budak2 nih sampai aq yang nervous plak...haha aq mampu bagi kata semangat je pada mereka, sebab ahli fasi kena kuarantin duduk jauh dari kumpulan yang bertanding...aq cuma kata, "just relaks, dear...fokus paling penting...jangan terlalu keraskan badan sampai takut dan jangan fikir nak menang je, fikir awak main ikut teknik yang betul...kita dah berlatih...insyaAllah you can do it...! I trust you all better than myself..." serius berdebar...dan akhirnya, "yeay akak....! kami menang....!" alhamdulillah tu yang mampu aq ucapkan dalam hati sebanyaknya...

Petang tu sambung persembahan akhir yang dikatakan aktiviti penutup program yang menawarkan hadiah lebih istimewa...setiap kumpulan diberi tugasan melakonkan dan membuat persembahan lagu bollywood mengikut tema nilai-nilai murni yang diberikan...haha...petang tu memang gempakla setiap kumpulan bertanding menunjukkan persembahan...apa lagi, budak-budak nih dah geleng kepala "camne nak menari nih...lama kot lagu tu sampai habis 10 minit..." sebenarnya mereka dah penat tu, tu yang macam tak ok je nak buat latihan persembahan...aq mampu pujuk mereka sebaiknya, buat sama-sama persembahannya dengan mereka, gelak sama-sama...kadang idea mereka buat aq rasa macam kanak-kanak pun ada...haha...sabar je lah aq layan budak-budak nih laaa...ada bakat rupanya mereka ni bila suruh menari...hurmm...mampu senyum jeh...semua  fasi dah dipanggil ke dewan untuk permulaan persembahan...seperti biasa, mereka akan cakap perkataan yg sama setiap kali nak mula persembahan, "akak saya takut laaa...alaaaa...tak nak la naik atas pentas tu, segan la akak..." dalam hati dah tahu mereka akan cakap camtu...hermmmm...kena duduk tenangkan mereka, cakap baik-baik....baru la okayh...

Semua fasi tidak dibenarkan untuk mendekati kumpulan...fasi-fasi diarah duduk dihadapan melihat setiap persembahan anak-anak buah mereka...haha aq mampu gelak jeh tengok mereka menyanyi...kelakarnya lahai....berbakat betul pelajar sekolah ni laaaa...pihak juri terdiri dari pensyarah kami yang hadir dengan pengarah program kami...dan akhirnya, Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang...untuk majlis penyampaian hadiah dan cenderahati...setiap kumpulan teruja mendengar setiap pemenang bagi aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan...dan sangat tak sangka, kumpulan aq dapat johan kategori persembahan akhir menari tadi dan johan keseluruhan...suka sangat la budak-budak nih sampai berdiri semuanya...aq hanya mampu senyum gembira...

Tahniah semua ahli kumpulan, sebelum bersurai...aq dapat berkata sepatah dua sebelum anak-anak pelajar pulang...mereka kata nak bagi hamper ni kat aq satu, "akak, akak ambil la satu hamper ni bawa balik...kami dah ada yang lain ni..." sambil senyum aq berkata pada mereka, "akak datang sini turun jumpa adik-adik akak ni bukan nak hadiah ni...akak cuma nak awak semua tahu hidup ni pelbagai ujian yang akan kita tempuh, banyaknya ujian ni contohnya macam satu hari ni la awak semua berusaha siapkan task demi task untuk menang...apa yang paling penting ialah toleransi dan kerjasama, dan tolak-ansur...kita tak leh hidup sorang-sorang tanpa bantuan orang lain...jangan cepat give up, belum cuba belum tahu kan...sekarang awak dah cuba, apa yang awak semua dapat sekarang...?" semua diam tunduk dah...huhu "ok la, akak nak awak amik hadiah ni sebagai penghargaan akak pada awak semua, boleh adik-adik? ni semua usaha awak...akak cuma tunjuk jalan je...."mereka senyum semula..."ok ok  dah, kesian mak ayah awak dah tunggu kat luar tuh...dah dah pergi balik, ada rezeki kita jumpa lagi nanti insyaAllah..."...

Dengan Hikmah Kita Meneroka...
Terima kasih sahabat yang banyak menyokong sehingga sekarang...
Tahniah semua barisan fasilitator, pihak sekolah dan universiti...

















            

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

Kenangan bersamamu KK Batu Anam...

My Graduation Story... If You Think You Can, Just Trust Yourself, You Can Do It !