Coretan Ainur Elienna 1.0...

Tiktok tiktok here we go!

1) Kejujuran dalam Perhubungan
-walau banyak mana pun diselindung, jika sudah kenal satu sama lain..tidak menjadi masalah untuk detect kebenaran di sebalik apa yang diungkapkan. Kalau face to face ha lagi boleh kenal. Betul, kejujuran kadangnya pahit. Tapi itu yg terbaik. 

2) Berbuat baik kepada org lain
-kadang kadang, tanda Allah sayangkan kita bila mana Dia masih mengizinkan kita untuk mencari pahala dengan cara berbuat baik kepada org lain. Berbuat baik ni luas konsepnya. Contoh yang paling simple adalah bila rasa taknak makan, takpe simpan je something like biskut or gula kat poket bag, then adalah tu nanti kegunaan nya. Kalau kawan rasa lapar, kita boleh bagi. kalau kawan tak boleh focus dalam kelas sebab mengantuk, selain tamparan kita boleh bagi gula gula supaya hilang rasa ngantuk tu. Haha. Kadang, dengan berkongsi akan lebih menjadikan kasih sayang itu semakin erat terjalin. Tapi kalau dah kahwin nanti, jangan kongsi pasangan pula. Sengsara wooo haha

3) Sabar kunci keimanan seseorang
-Assobarun minal iman, bersabar itu sebahagian daripada iman. Awak selalu ingatkan saya, Allah bukan mengukur tahap kejayaan seseorang itu tapi yang Allah ukur adalah sejauh mana dia bersabar untuk dapatkan apa yg dia inginkan. Allah tangguh kejayaan atau keinginan seseorang itu bukan kerana Allah kejam. Tak. Tapi Allah nak angkat darjat kita dan berikan yang lebih baik daripada yang kita inginkan. Tapi keyword dia kena sabar lah. Contohlah, pergi kedai tapi tak dapat chicken chop, ha sabarlah. Mungkin chicken chop tu tak berapa nak sedap untuk haritu so kita akan order makanan lain yang jauh lebih sedap. Like kuew tiaw goreng, nasi goreng peh. Haaa nampak lah kan saya lapar sebab tu bagi contoh makanan hahahaha 

4) Solat berjemaah asas keharmonian
-solat berjemaah ni bukan sahaja mampu mengeratkan silaturrahim malah ia juga turut mengajar kita erti keberanian untuk membacakan alunan ayat Al-Quran dekat org lain. Supaya kita dapat perbaiki kesalahan kesalahan yang mungkin kita sendiri tak perasan dalam solat kita. Antara salah satu sebab saya rasa nyaman berkenalan dengan awak sebab awak sentiasa ajak saya untuk menunaikan solat secara berjemaah. Dan sekarang ini, jujur saya katakan saya mula jaga solat berjemaah. Saya sedaya upaya tak solat bersendirian lagi. Terima kasih kakak..

5) Membaca maasurat sekurang kurangnya satu helaian
- Diturunkan ayat suci Al-Quran adalah bagi mententeramkan jiwa jiwa si pembaca dan si pendengar. Kalau tak faham pun pengertiannya, takpe.. baca je. Kemudian slow slow fahamkan. Kita tak tahu hidayah Allah tu nak sampai bila. Mungkin sedang baca tu, Allah jentik hati kita untuk kembali padaNya. Ayat Al-Quran ni bukan sahaja banyak pengajaran yang boleh diambil namun banyak kata kata pujukan Allah untuk hamba hambaNya. Cari.. I do this everytime after my solah especially maghrib time and before go to school.  Finally i got what i want. Alhamdulillah...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

Kenangan bersamamu KK Batu Anam...

My Graduation Story... If You Think You Can, Just Trust Yourself, You Can Do It !