22 Julai 2018, aku ditugaskan untuk mengajar kelas pendidikan khas yang mempunyai masalah pembelajaran di SMK Paduka Tuan, Segamat...Lebih kurang 65 orang pelajar dan 17 orang guru pendidikan khas disekolah tersebut yang mempunyai 9 kelas. Mereka dikelaskan mengikut umur mental dan bukan umur fizikal seseorang. Hari pertama disekolah baru rasa kaku, segan tu memang ada...paling banyak rasa gugup la sebab kena mengajar pendidikan khas...aq diberi tugas mengajar subjek Bahasa Melayu, Sains, Pengurusan Diri, Kemahiran Kraftangan dan Kemahiran Manipulatif...huhu...tak pe, aq dah berniat untuk menimba seberapa banyak pengalaman walaupun bukan bidang kepakaran pun sebenarnya pendidikan khas nih...InsyaAllah belum cuba belum tahu kan...haha...seawal pagi pergi perhimpunan dan selalunya kalau perhimpunan aq duduk paling belakang sekali haha sebab pengawas kan, kali ni, duduk paling depan...macam-macam rasa ada sebenarnya...huhu...biasalah kalau cikgu baru masuk sekolah, bukan setakat ...
Ilmu baru memanah untuk aq... Jarang boleh jadi tutor memanah ni...Banyak menggunakan kekuatan tangan untuk memanah nie...ada banyak teknik apabila memanah...sambil duduk teknik lain, bila atas kuda teknik lain, bila berdiri teknik lain plak...cuma bila kita dah tahu dan boleh buat perkara asas, maka mudahla semuanya...Mengajar guru-guru tadika mengenal busar dan panah bukan sesuatu yang mudah...sangat sporting cg-cg nih...Permulaan tarikan panahan, jauh tersasar sampai kesemak-samun nak cari busar...haha...kelakar pun ada..lama-lama practice cg2 nih skjp je belajar...sangat menarik bila cg-cg masih berusaha untuk teruskan panahan walaupun panas terik...apa pun rasa sangat bersyukur dan teruja sebab dapat belajar games kesukaan nabi kita sendiri...
Assalamualaikum Warahmatullahhi wabarakatu… Tahun 2011 merupakan tahun akhir persekolahan ku untuk tingkatan 5 sebagai seorang remaja. Beribu cabaran, dugaan datang melanda dan bertamu. Alhamdullilah, aku dapat mengharungi segala dugaanNya dengan berbekalkan semangat yang kental, doa yang berterusan serta sifat kesabaran yang tinggi. Banyak peristiwa manis berlaku pada ku walaupun kadang-kadang payah untuk dilalui atau dihadapi bersendirian... Ingat lagi pengalaman yang tidak akan ku lupakan ketika mana ALLAH telah menganugerahkan seorang insan yang boleh mengetuk pintu hati ini terus menerus mengingatimu Ya ALLAH... Seorang insan yang bernama guru tetap tabah melayan segala kerenah ku. Diri ini masih teringat sewaktu mula-mula mengenalinya, berasa sungguh takut apabila hendak berkata-kata dengannya, susah sungguh akal ini memikirkan pelbagai cara supaya menyuruh mulut ini berbicara dengannya. Setelah lama mengenalinya barulah ku tahu sikapnya yang sebenar-benarnya. Alhamdulli...
Ulasan
Catat Ulasan