Jumaat, 30 Disember 2011

Anugerah ALLAH...



Assalamualaikum Warahmatullahhi wabarakatu…

Tahun 2011 merupakan tahun akhir persekolahan ku untuk tingkatan 5 sebagai seorang remaja. Beribu cabaran, dugaan datang melanda dan bertamu. Alhamdullilah, aku dapat mengharungi segala dugaanNya dengan berbekalkan semangat yang kental, doa yang berterusan serta sifat kesabaran yang tinggi. Banyak peristiwa manis berlaku pada ku walaupun kadang-kadang payah untuk dilalui atau dihadapi bersendirian...

Ingat lagi pengalaman yang tidak akan ku lupakan ketika mana ALLAH telah menganugerahkan seorang insan yang boleh mengetuk pintu hati ini terus menerus mengingatimu Ya ALLAH... Seorang insan yang bernama guru tetap tabah melayan segala kerenah ku. Diri ini masih teringat sewaktu mula-mula mengenalinya, berasa sungguh takut apabila hendak berkata-kata dengannya, susah sungguh akal ini memikirkan pelbagai cara supaya menyuruh mulut ini berbicara dengannya. Setelah lama mengenalinya barulah ku tahu sikapnya yang sebenar-benarnya. Alhamdullilah, sejak dari itu, banyak perubahan dapat ku rasa dalam diri ku sendiri apabila berkenalan dengannya. Mulai hari itu la aku mula belajar bahawa ISLAM adalah suatu agama yang paling indah. ISLAM banyak mengajar diri ini supaya lebih tenang dan SABAR dalam semua perkara yang terjadi kerana setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Aku cuba laksanakan setiap perkara yang boleh membawa diri ini supaya hidup lebih tenang sentiasa. Si dia telah banyak mengajarku supaya ‘Berjalan Tanpa Henti’ bagi mengenalmu Ya ALLAH... Dari seorang insan yang ku gelar ‘cikgu’ untuk dihormati dan berukhwwah telah berubah menjadi lebih erat kerana dirinya sendiri telah menganggapku seperti adiknya sendiri... “Maha Suci ALLAH, nikmat yang engkau berikan sungguh tidak kuduga Ya ALLAH”... Alhamdullilah...

Boleh dikatakan setiap hari si dia prihatin terhadapku, sentiasa tahu jika ku ada masalah pasti ditolongnya. Tak pernah si dia lupa untuk mengutus e-mail padaku. Perkataan “Salam Sayang” sentiasa lekat pada akhir e-mail yang dikirimnya... Maha Suci ALLAH... Walaupun si dia kurang sihat tetapi si dia mampu menyembunyikan sakitnya dihadapan khalayak ramai. Kekuatan yang ditunjukkan sudah cukup untuk diri ini menilai sejauh mana kesabaran yang telah ALLAH anugerahkan untuknya. Jikalau diri ini berada di tempatnya, rasanya diri ini tidak kuat menempuh segala ujian yang ditempuhi oleh si dia... Namun jika ia benar-benar sakit dan bermasalah ku dapat melihat dari riak mata dan rupanya... Dengan izin ALLAH...

“Maafkanku akak jika adikmu ini kadang-kadang tidak pernah menggembirakan mu dan selalu menunjukkan muka yang masam dan marah pada mu, maafkanku jua sayang kerana sering membuat dirimu berperasaan hampa, kecewa dan marah padamu...”

“Diri ini bukan seperti Asiah, seorang ratu shahadah yang penyabar orangnya, diri ini juga bukan seperti Fatimah, sering taat kepada ALLAH... Namun diri ini sentiasa berusaha supaya ALLAH swt memberi peluang menjadi seperti mereka... ‘Maha Suci ALLAH’ Mungkin si dia merupakan satu bentuk hadiah yang telah ALLAH berikan kepada ku untuk mengubah hidup ku, serta keluarga ku ke jalan mu YA ALLAH. Aku bersyukur dengan pemberian mu itu ya ALLAH...

adik akak ini sudah cukup bahagia bila dapat melihat akaknya sihat depan mata… Terima kasih dengan iringan doa yang telah akak kirimkan untuk adik selama ini… Hanya ALLAH yang dapat membalasnya... Ingatkanlah dan marahlah adik jika adik tersasar dari jalanNya ya kak…

~Terima kasih tidak terhingga untuk kakak tersayang, semoga akak sentiasa dalam pemeliharaan ALLAH... Diri ini amat menyayangi, mengasihi dan merindui mu senantiasa, semoga ALLAH mengekalkan ‘ukhuwah’ kita ini... ‘Ingatlah ku dalam doamu’~

Salam Sayang buat akak....

1 ulasan:

  1. ya Allah...Happy nye dpt akak yg slalu ambil berat pasal diri kite... =)

    BalasPadam