Catatan

Sayang Mak Ayah...

Imej
Mereka tidak pernah lelah mengikut kehendak kami...setiap apa yang kami inginkan pasti diberi...jika tidak dapat hari ini...akan ada pada lain hari...sepanjang kami belajar, hampir setiap minggu mereka akan datang menziarahi kami...tak kira lah jauh ke dekat ke...mereka usaha untuk pergi, untuk beri semangat pada kami...kadang-kadang berselang-seli mereka ziarah kami anak-anaknya...seorang di Batu Pahat, seorang di Tangkak...dan sekarang mereka berulang-alik ke Melaka dan Batu Pahat pula...setiap kali mereka datang ziarah...penuh satu bakul nasi, lauk, buah untuk beri pada kami dan makan sekenyangnya...mereka lah penguat semangat kami belajar sampai sekarang...sikit pun mereka tidak pernah mengeluh penat...langsung tak pernah...bahagianya bila mereka datang ziarah walaupun tak dapat balik rumah sendiri hanya Allah je yang tahu perasaan kami waktu tu...bila mereka datang ziarah, segala tekanan belajar akan kami cerita untuk kami dapat semula semangat belajar tu...mereka tidak jemu mem

Tahniah....

Imej
Alhamdulillah Tahniah, Nurul...awak dapat sambung jurusan yang awak nak pun...awak yg pilih nak jadi yg baik atau sebaliknya...semua ada atas bahu awak...semua keputusan tu ada dalam hati awk...akak cuma bantu mana yg akak mampu je...InshaAllah bila awak dah usaha, Allah akan beri...belajar baik-baik...minta doa supaya Allah permudahkan urusan awak sepanjang belajar, diberikan kesihatan mental dan fizikal yang baik...supaya Allah kuatkan daya ingatan awak...tawakal lah sepenuhnya pada DIA...insyaAllah DIA akan beri...awak tak pernah sorang-sorang...Allah sentiasa ada...minta org2 yg sygkn kita doakan kejayaan kita..Bg tau mereka, yg awk perlukan doa mereka sepenuhnya sbb kita tak tahu doa siapa yg Allah makbulkan...kdg kita dah usaha sebaiknya, Knp Allah tak beri...cek balik diri...muhasabah lah diri sendiri..cermin diri sebaiknya...janganlah rasa diri kita betul semuanya..janganlah rasa diri kita baik sebaiknya....manusia mmg semua tak sempurna, ada masa natural ada masa serabut...i

Solat Hajat Perdana Kombil 1.0

Imej
31 Ogos 2018... Assalamualaikum wbt Salam Sayyidulayyam dan Salam Hari Kebangsaan kali ke-61... Pada petang jam 6.30 petang telah diadakan Solat Hajat Perdana Kombil 1.0...solat hajat ini dilaksanakan untuk memohon hajat semoga Allah mempermudahkan segala urusan semua warga Kombil, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan anak-anak keluarga Kombil terutama dalam menduduki peperiksaan besar di sekolah agama, sekolah kebangsaan, sekolah menengah, kolej-kolej dan universiti...seterusnya, solat hajat ini dimohon bagi kelancaran majlis pernikahan Mohd Firdaus Bin Ab Rahaman yang akan berlangsung tidak lama lagi pada 15 September 2018 InsyaAllah...senarai nama anak-anak Kombil yang akan menduduki peperiksaan besar pada tahun ini ialah; Peperiksaan UPKK: 1. Mohd Adib Aiman B Abd Nasir 2. Mohd Ammar Hasib B Hj Sidek 3. Mohd Ammar Afham B Md Riduan Peperiksaan UPSR dan SDEA 1. Mohd Hasbi Fikri B Mohd Bahari Peperiksaan SDKA 1. Nur Wafi Absyarah Bt Mohd Saibani

Hari Raya Aidiladha 2018...

Imej
Pagi raya, mak dah sediakan makanan sarapan seperti hari raya biasa...nasi himpit, kuah lodeh, sambal goreng dan sebagainya...Usai je makan, semua pergi solat sunat hari raya...hari ni ayah ditugaskan menjadi imam solat sunat hari raya termasuklah bacaan khutbah...nampakla ayah gugup sikit, keluar masuk tandas ayah sebab first time kena baca khutbah katanya...Tapi Alhamdulillah ayah baca khutbah dengan baik...Selepas solat sunat hari raya, ayah bergegas sarapan dan bersiap untuk menyembelih di surau dan di rumah Kombil. Di surau ada 5 ekor lembu manakala di rumah Kombil ada dua ekor lembu untuk ayah sembelih untuk Korban... Kali pertama tahun ni, seekor lembu di Kombil lari sebelum di sembelih...haha...rasa terkejut la jgk, tak perasan tali lembu tu dah terlucut...tak sempat nak pegang dah lari jauh....terpaksa la beli lembu lain...Program Korban ditangguhkan sehingga ke petang...sabar je laa...macam-macam lahai....Pengalaman yang tak leh dilupakan selamanya... 🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

Imej
22 Julai 2018, aku ditugaskan untuk mengajar kelas pendidikan khas yang mempunyai masalah pembelajaran di SMK Paduka Tuan, Segamat...Lebih kurang 65 orang pelajar dan 17 orang guru pendidikan khas disekolah tersebut yang mempunyai 9 kelas. Mereka dikelaskan mengikut umur mental dan bukan umur fizikal seseorang. Hari pertama disekolah baru rasa kaku, segan tu memang ada...paling banyak rasa gugup la sebab kena mengajar pendidikan khas...aq diberi tugas mengajar subjek Bahasa Melayu, Sains, Pengurusan Diri, Kemahiran Kraftangan dan Kemahiran Manipulatif...huhu...tak pe, aq dah berniat untuk menimba seberapa banyak pengalaman walaupun bukan bidang kepakaran pun sebenarnya pendidikan khas nih...InsyaAllah belum cuba belum tahu kan...haha...seawal pagi pergi perhimpunan dan selalunya kalau perhimpunan aq duduk paling belakang sekali haha sebab pengawas kan, kali  ni, duduk paling depan...macam-macam rasa ada sebenarnya...huhu...biasalah kalau cikgu baru masuk sekolah, bukan setakat pela