Catatan

Hari Raya Aidiladha 2018...

Imej
Pagi raya, mak dah sediakan makanan sarapan seperti hari raya biasa...nasi himpit, kuah lodeh, sambal goreng dan sebagainya...Usai je makan, semua pergi solat sunat hari raya...hari ni ayah ditugaskan menjadi imam solat sunat hari raya termasuklah bacaan khutbah...nampakla ayah gugup sikit, keluar masuk tandas ayah sebab first time kena baca khutbah katanya...Tapi Alhamdulillah ayah baca khutbah dengan baik...Selepas solat sunat hari raya, ayah bergegas sarapan dan bersiap untuk menyembelih di surau dan di rumah Kombil. Di surau ada 5 ekor lembu manakala di rumah Kombil ada dua ekor lembu untuk ayah sembelih untuk Korban... Kali pertama tahun ni, seekor lembu di Kombil lari sebelum di sembelih...haha...rasa terkejut la jgk, tak perasan tali lembu tu dah terlucut...tak sempat nak pegang dah lari jauh....terpaksa la beli lembu lain...Program Korban ditangguhkan sehingga ke petang...sabar je laa...macam-macam lahai....Pengalaman yang tak leh dilupakan selamanya... 🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

Imej
22 Julai 2018, aku ditugaskan untuk mengajar kelas pendidikan khas yang mempunyai masalah pembelajaran di SMK Paduka Tuan, Segamat...Lebih kurang 65 orang pelajar dan 17 orang guru pendidikan khas disekolah tersebut yang mempunyai 9 kelas. Mereka dikelaskan mengikut umur mental dan bukan umur fizikal seseorang. Hari pertama disekolah baru rasa kaku, segan tu memang ada...paling banyak rasa gugup la sebab kena mengajar pendidikan khas...aq diberi tugas mengajar subjek Bahasa Melayu, Sains, Pengurusan Diri, Kemahiran Kraftangan dan Kemahiran Manipulatif...huhu...tak pe, aq dah berniat untuk menimba seberapa banyak pengalaman walaupun bukan bidang kepakaran pun sebenarnya pendidikan khas nih...InsyaAllah belum cuba belum tahu kan...haha...seawal pagi pergi perhimpunan dan selalunya kalau perhimpunan aq duduk paling belakang sekali haha sebab pengawas kan, kali  ni, duduk paling depan...macam-macam rasa ada sebenarnya...huhu...biasalah kalau cikgu baru masuk sekolah, bukan setakat pela