Catatan

23 Ogos 2018...

Imej
Cuti sekolah yang memenatkan namun aq berasa sangat teruja dengan semua nikmat yang Allah beri...seharusnya cuti sekolah untuk merehatkan minda dan fizikal...namun aq rela berpenat bagi melihat keindahan alam...Alhamdulillah ya Rabb Engkau memberi sesuatu yang aq tak pernah jangka...mak ayah membawa kami ke Terengganu, Port Dickson dan Kuantan bercuti...dah lama rasanya tidak berjalan ke negeri di Pantai Timur..Setibanya di Kemaman, Pak Cu membawa kami ke pantai Kemasik...Subhanallah cantik sungguh pantai disitu...malam tu kami ber BBQ di pantai lain pula, tak ingat plak nama pantainya apa...huhu... mendengar deruan ombak menghempas pantai, jerlusnya pasir yang dipijak, birunya langit Sang Maha Esa telah membuatkan aq berasa sangat bersyukur berada di bumi tuhan yang sungguh cantik ini...mendengar juga air terjun menjunam ke bawah, Allahuakhbar, sungguh tenang mendengar dan melihatnya di hutan lipur...melalui jambatan gantung yg separuh abad terasa getar seluruh badan kerana gugup...