Hari Raya Aidiladha 2018...
Pagi raya, mak dah sediakan makanan sarapan seperti hari raya biasa...nasi himpit, kuah lodeh, sambal goreng dan sebagainya...Usai je makan, semua pergi solat sunat hari raya...hari ni ayah ditugaskan menjadi imam solat sunat hari raya termasuklah bacaan khutbah...nampakla ayah gugup sikit, keluar masuk tandas ayah sebab first time kena baca khutbah katanya...Tapi Alhamdulillah ayah baca khutbah dengan baik...Selepas solat sunat hari raya, ayah bergegas sarapan dan bersiap untuk menyembelih di surau dan di rumah Kombil. Di surau ada 5 ekor lembu manakala di rumah Kombil ada dua ekor lembu untuk ayah sembelih untuk Korban... Kali pertama tahun ni, seekor lembu di Kombil lari sebelum di sembelih...haha...rasa terkejut la jgk, tak perasan tali lembu tu dah terlucut...tak sempat nak pegang dah lari jauh....terpaksa la beli lembu lain...Program Korban ditangguhkan sehingga ke petang...sabar je laa...macam-macam lahai....Pengalaman yang tak leh dilupakan selamanya... 🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹...