Your Dream Achievement in The Future
Hi Guys,
2012 - Masuk Kolej Matrikulasi Tangkak (KMJ/JMC) Johor DT, walaupun banyak tawaran belajar lain yang aku dapat, tapi aku teruskan ke matrik juga akhirnya. Aku ambil bidang Program Satu Tahun (PST) Sains Tulen (Biologi + Sains Komputer)
2013 - Dapat tawaran UTHM, Batu Pahat Johor DT. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Maklumat) selama 3 tahun setengah.
2015 - Graduate from UTHM
2016 - aku kerja cari pengalaman as Pegawai Penyelidik Kontrak (Q41)
2018 - Aku sambung Master Degree dalam bidang Keselamatan Maklumat jugak tapi aq rasa susah plak. Walaupun Projek defend title aku dalam master keselamatan maklumat dah approve tapi aq rasa tak best kerja mengadap Programming jeh so aq tukar ke Master Degree Technic & Vocational Education. Sepanjang perjalanan nih, memang aq rasa sangat berliku, kadang-kadang tetiba down, asyik demam jeh...sebab beza dia buat research nih lain sikit dan kalau MENTAL kau tak kuat...payah nak survive...sebab kalau degree kita belajar dalam satu batch tu ada ramai geng ramai kawan sama batch yang boleh tolong kau tapi level postgraduate nih kau sorang2 weyh...kau hanya ada laptop then supervisor...kalau ada member pun tak semestinya sama tajuk research ko dengan dia...Tips aku untuk yang nak sambung Master tuh teruslah kuat walaupun kau dah separuh jalan, jangan berhenti...sakit tu sekejap je, lepas graduate tuh kau akan okay dah. kau akan rasa puas sangat dengan achievement kau..Alhamdulillah ya Rabb.
2019 - Aku habis Master Degree bulan Julai, then aq terus cari kerja part time mengajar tuisyen. Sementara tu apply je kalau ada kerja kosong yang berkaitan dengan kita. Aku diberi pengalaman mengajar pelajar Pendidikan Khas SMK Paduka Tuan sebagai Guru Ganti...Banyak aku belajar dari mereka anak-anak istimewa. Belajar erti sabar semestinya. Cikgu-cikgu pun sporting. Aku ada post dalam blog nih...nanti scroll lah ya kalau nak baca tentang mereka..hehe...dan tak disangka bulan September aku dipanggil interview untuk jawatan yang aku sangat nak dan idamkan, Lecturer di Private College KL...Alhamdulillah..
2020 - still mengajar di private college. Aku mengajar pelajar diploma dalam subjek Computer Security, Forensic Computer, Web Design, Search Engine Optimization & etc... banyak bidang baru aq belajar kat kolej ni..dari tak tahu tentang digital marketing, sekarang dah boleh mengajar pelajar plak...hehe Aku dapat beli kereta juga tahun ni, achievement paling besar Alhamdulillah...
2021 - Apakah Target seterusnya? haha...jeng--jeng... tunggulah ya....
Ulasan
Catat Ulasan