Permulaan Perjalanan...


Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah jua...

Sebulan lebih aq mendiamkan diri, bukan tidak ingin meng update entry atau bukan tidak ada sesuatu yang ingin dikongsi, namun sebenarnya sangat nervous untuk menunggu keputusan peperiksaan akhir semester 2, hari tu... Terasa mencabar sungguh semester dua sebelum ni...kalau ingin diulang, aq tidak sanggup sebenarnya...huhu...Syukur padaNya kerana telah memberikan keputusan yang baik...Alhamdulillah semakin meningkat pointer ku...berkat doa semua kesayangan dan orang yang menyayangi saya...ini hadiah  untuk mereka terutama mak dan ayah kesayangan...tak terungkap kata-kata terima kasih kerana telah memberi aq semangat di kala aq sedang mendiamkan diri, di kala aq sedang serabut, di kala aq sedang merasa terlalu penat dan di kala aq sedang berasa sangat sedih...tak berhenti nikmat yang telah Allah kurniakan padaku...syukur ya Rabb...semester akhir telah muncul, aq baru sahaja memulakan kelas pada hari ni...ramai rakan ku bercerita tentang pengalaman mereka membuat latihan mengajar di SMK...ada yang stress, ada yang penat dengan urusan pentadbiran semua...haha...aq cuma mendengar mereka bercerita...ada yang tergelak juga la dengar pengalaman kawan-kawan aq nih...haha...

Hampir 3 minggu sudah aq menjalani latihan mengajar di suatu kolej...Walaupun ramai rakan ku semua dihantar latihan mengajar di SMK, namun rezeki ku dapat di sebuah kolej...dalam hati cuma terdetik, “tak pelah, pelajar sekolah rendah dah pernah mengajar, pelajar sekolah menengah pun dah pernah mengajar, dan mungkin ini masanya aq perlu menyahut cabaran untuk mengajar pelajar Diploma pula dan mungkin akan datang diberi tugas mengajar pelajar yang lebih tinggi pengetahuannya dari sekarang...mana tahu kan...aq mengambil keputusan universiti ini sebagai cabaran untuk aq terus pandang ke hadapan...sampai bila ingin duduk di takuk lama kan...hehe...poyonyerrr... Mengajar pelajar Diploma bukan mudah. Memerlukan pengetahuan tinggi dalam menyampaikan ilmu.  Hari pertama melaporkan diri di tempat baru, terasa berdebar tu memang ada tapi excited tu lebih banyak la...haha...Seawal 7.30 pagi dah punch card, then kami dibawa berjumpa bahagian pentadbiran kolej, berkenalan dengan semua staf di semua departmen, kaunselor kolej, timbalan pengarah dan pengarah kolej. Selepas itu, kami ditempatkan di departmen yang bersesuaian dengan bidang pengajaran kami. Aq terpisah dengan akak Nurul yang praktikal bersama kerana bidang pendidikan dia lebih pada bahagian perancang bandar. Huhu...Aq telah ditugaskan untuk mengajar subjek teras iaitu di bawah departmen Pengajian Am iaitu subjek Engineering Maths and OSHA...kerana di kolej tersebut hanya ada Diploma Kejuruteraan Bangunan iaitu 7 bidang spesifik seperti forensik bangunan, penyelengaraan bangunan dan lain lagi  tetapi bidang aq sendiri iaitu keselamatan maklumat tiada ditawarkan di kolej tersebut...sebenarnya dalam hati ni, “ya Allah, takde ke subjek lain lahai...huhu...kena study balik add math waktu sekolah dulu tu tapi advance sikit...hurm, lama dah tinggal math ni...kalau formula asas tu boleh laaa”...huhuhu...aq tak pernah amik subjek Eng Maths waktu di Uthm...Cuma subjek Statistics je yg aq belajar kat Uthm lahai....aq tenangkan diri sendiri, bersangka baik, “tak pe aq boleh belajar...belajar perkara baru ni best sebenarnya”. haha...dengan bantuan pensyarah-pensyarah matematik terbaik kolej, aq dapat mengajar dengan baik...

Minggu pertama praktikal, aq cuma mengikut pensyarah pembimbing mengajar dikelas. Aq ingin melihat keadaan pelajar agar ia selesa dengan cara pengajaran ku nanti...Untuk memulakan suatu perkara yang baru memang susah sedikit, tetapi kalau niat kita baik, insyaAllah DIA akan bantu...Minggu ke 2 praktikal merupakan hari pertama aq ke kelas bersendirian mengajar pelajar-pelajar ini...Background pelajar adalah dari lingkungan umur 20 hingga 27 tahun...hurm...lagi tua dariku...jadi environment dia lain sikit dari sekolah...aq teringat, Prof ada mengatakan kalau kita nak mengajar pelajar dewasa dalam lingkungan umur sekian-sekian kita perlu fokus lebih pada “mengajar” berbanding di sekolah fokusnya bertumpu pada “mengajar” dan “mendidik”. Dua perkataan ni sebenarnya berbeza maksud...faham-fahamkan lah ya....hehe...Alhamdulillah, pelajar okay, dan aq pun okay je la...haha...(tak tahu nak describe camne sebenarnya, tapi rasa hepy dan puas bila pelajar faham apa yang kita ajar sebenarnya)...aq hepy dengan pelajar dan semua staf disini terutama kaunselor dan pelajar-pelajar MPP. 

Setakat ni dan insyaAllah sehingga habis latihan mengajar ni diharapkan aq sentiasa hepy dengan environment kolej dengan sikap sporting staf yang ramah semua...Minggu ni banyak bersukan sikit sebab ada tournament sukan untuk staff...hari rabu ni nak pergi hiking...hehe...seminggu ni memang Minggu Aktiviti untuk pelajar beriadah dan bersukan bersama pensyarah dan staff kolej...Banyak dah yang aq belajar, sekadar perkongsian bersama...dengan izin Allah jua...jadikan setiap yang hadir dalam hidupmu sesuatu journey atau perjalanan yang sangat indah agar nanti apabila engkau bertemu dengan Tuhan mu, engkau merasa bahagia yang tak kan boleh diungkap dengan kata-kata...

Terima Kasih kerana masih memberi inspirasi dan menyokong saya sampai tahap ni...Sayang Kalian...        




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

My Graduation Story... If You Think You Can, Just Trust Yourself, You Can Do It !

Hari Keluarga Kombil 2018, Semakin Hari Semakin Sayang