Jari jemari disilangkan bersama tangan,
Kepala dilentokkan ke atas badan,
Duduk memandang ke hadapan,
Tidak bergerak,
Kaku,
Keras.

Tiba-tiba,
Tidak pasti atas dasar apa,
Kedengaran esakan di corong telinga, 
Diri cuba menoleh, 
Tetapi pergerakan yang terhad itu membuatkan,
Aku tidak nampak apa apa.

Sikapnya itu tidak seperti biasa, 
Aku tahu dia sedang memendam rasa,
Yang telah lama disimpan di dalam sana,
Ingin diluah tetapi hanya menunggu masa.

Dia mula bertindak agresif, 
Menolak tangan ini jauh dari diri,
Menolak tubuh ini supaya pergi,
Air mata itu meluncur ke pipi.

Aku biarkan dia,
Aku beri peluang untuk dia lakukan apa sahaja,
Aku tidak kira,
Aku ingin ada di sisinya.

Aku memandangnya, 
Terasa hati dicabar dengan rasa,
Terasa nafas ditarik sehingga tiada,
Aku bangkit dari kedudukan pertama,
Aku duduk memaut di hadapannya, 
Aku tanya kenapa.

Aku tidak berputus asa,
Tangan yang ditepisnya,
Tubuh yang ditolaknya, 
Aku gagahi jua.
Dirangkulnya pinggang, 
Dikemaskan pelukan, 
Didekatkan pandangan.

Aku nampak matanya,
Merah seperti bunga si raya,
Dia gelengkan kepala,
Aku tarik tangannya, 
Aku letak dalam dakapan dada,
Sekali lagi aku tanyakan kenapa,
Baru dia mula ingin bercerita. 

Ya Tuhan, 
Mimpi apakah ini,
Mimpi kerana rindu,
Atau mimpi sebagai petunjuk dari Mu,
Untuk aku membantu?

Ya Tuhan,
Aku keliru,
Aku buntu, 
Aku ingin petunjuk Mu,
Adakah ini de javu ? 

@ceplis_elienna

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

My Graduation Story... If You Think You Can, Just Trust Yourself, You Can Do It !

Hari Keluarga Kombil 2018, Semakin Hari Semakin Sayang