Perkongsian Ilmu di SMK Suria Perdana...

Bila kita dapat berkongsi ilmu apa yang kita ada, tak leh nak gambar rasa hepy tu camne...hanya Allah je yang tahu kepuasan tu camne sebenarnya...satu memoir baru yang aq dapat dari pelajar Tingkatan 4....satu pengalaman baru dalam mengajar subjek Bahasa Inggeris dan Sejarah di sekolah...

Kawan panggil di kelas, "Tira, nanti kita kena ajar subjek English dengan Sejarah Tingkatan 4 kat sekolah tu..." erkkk, dalam hati ni tak de subjek lain ke? haha...saya dengan English memang tak dapat dipisahkan agaknya...makin dielak makin dapat...sabar je la ya Nurathirah...Huhu...risau jugakla nak watpe la dengan pelajar2 nih...amik masa juga la jumpa Prof Maizam bincang cadangan terbaik untuk Rancangan Pengajaran kami...Prof kata ok cadangan awak, awak boleh teruskan...cuma Prof banyak tambah baik modul kami...Thanks Prof...

Niat aq hadir ke sana untuk berkongsi bukan untuk mengajar, mereka mempunyai cg-cg yang layak mengajar  semestinya bukan kami...dan janganlah panggil kami cg ya adik-adik...kami masih tak layak untuk panggilan tu sebenarnya...Aq cuma ingin membuat mereka tidak mengantuk kerana hampir dari jam 8.30 am sehingga 1.00 pm masa diberikan untuk mengajar 2 subjek itu sahaja...risau sebenarnya...tetapi sebab rasa excited nak jumpa pelajar-pelajar ni jadi masa tu macam sekejap sangat berlalu...ada la baki 2 modul masih kami tak dapat lakukan...tak pelah, yang penting mereka hepy dan tak mengantuk...minta mereka tulis sedikit refleksi 5 minit sebelum habis kelas, alhamdulillah semua  respon hepy dan respon positif.... Terima kasih dan Tahniah kepada rakan-rakan yang membantu...terima kasih juga pada sekolah...heee...Segala Pujian hanya untuk Allah jua...

*Kak Ain, Intan, Feyza, Nur Ira...   









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

Kenangan bersamamu KK Batu Anam...

My Graduation Story... If You Think You Can, Just Trust Yourself, You Can Do It !