Sahabatku Sayang...

Meskipun mungkin menegur itu mungkin
disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai
sahabat….diteruskannya juga... Aq memohon maaf wahai sahabat jika diri ini ad melukakan hatimu...Aq menegur bukan ingin mengaibkan tetapi aq sangat menyayangimu... Justeru aq memohon maaf jikalau kata-kataku itu membuatmu terasa...

Sahabat sejati tidak semestinya perlu
berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan
dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat
terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang
sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan. Aq berharap dapat bertemu denganmu lagi...Kejarlah cita-citamu yg murni itu wahai sahabat...aq sangat yakin bahawa dirimu akan berjaya kelak...


Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu
harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih. Malah, Rasulullah S.A.W pernah
bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan
lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian
persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu,
marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan
persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin-
Imam Ghazali ini.

Untuk Sahabat Tersayang...
-Siti Hajar Rusli, Siti Aqilah Zulkapli & Nor Munajah Monir-



Untuk Sahabat Tersayang...
-Siti Hajar Rusli, Siti Aqilah Zulkapli & Nor Munajah Monir-


Sahabat...Alhamdulillah jika memang benar adik telah dipertemukan dgn sahabat yang adik doakan saban hari...Jaga sahabat yang adik miliki sebaiknya...Kirimkan doa pada sahabat adik sebaiknya...Jadilah sahabat yang baik...InsyaAllah, adik akan dipertemukan dgn lebih ramai kenalan & sahabat yang baik juga... :-)
BalasPadam