Kenangan bersamamu KK Batu Anam...

"Athira....! akak nak minta tolong ni", dari jauh aq mendengar nama ku dipanggil oleh akak misi berbaju putih, "Ya kak, apa dia?", sambil senyum akak berkata, "Tira tahu tak camne nak betulkan nih?", aq membelek setiap satu paparan laptopnya dan melihat apa yang tidak kena pada dokumen tersebut. "Akak nak buat camne sebenarnya gambar nih?", "oh, akak nak letak kat sini dalam table nih..." "Oh ok.." sambil senyum aq menunjukkan cara padanya untuk membuat gambar tersebut lebih teratur...bila hampir siap akak terus berkata..."Laaa, senang jeh..." sambil gelak...aq tersenyum je melihat gelagat akak misi tersebut... "ok Tira, dah siap...terima kasih, nanti kalau ada apa-apa masalah lagi akak tanya Tira boleh?" aq senyum sambil menjawab, "Boleh kak, banyak pun tak pe, mana yang saya tahu saya usahakan ajar ya..." "ok Tira, nanti lunch pergi pantri tau, akak ada bawa makanan sikit, makanlah..." "akak masak apa?" akak sambil senyum berkata, "Datang je la baru tahu..." "takyah beli makan kat luar k" dalam hati, ya Rabb baiknya la orang-orang kat sini...gemuk aq setahun kalau kerja kat sini...haha...."Ok kak, InsyaAllah nanti saya makan ya..terima kasih kak..."

Sedikit yang kau beri, banyak yang Allah kurniakan...tak terjangkau nikmatMu ya Rabb...Alhamdulillah...sepanjang perkenalan, pelbagai manusia telah ku jumpa...dari org bawah hingga la orang atas...yang menentukan pandangan manusia tersebut diri kita sendiri, kalau pandangan kita baik padanya, baiklah semuanya InsyaAllah..tiada yang Allah beri tanpa sebab...cari lah hikmahnya...yang baik jadikan tauladan...yang buruk jadikan pengajaran supaya mengajar kita lebih elakkan buat perkara tersebut...

Kenangan setahun bekerja dalam bidang kesihatan, banyak yg aq pelajari, yg tahu jadi lebih tahu, yg tak tahu aq lebih belajar untuk tahu...setiap pergerakan sistem dalam kementerian kesihatan adalah sulit...hanya orang tertentu je boleh lihat...integriti tu sangat penting bagi orang yang bekerja dalam bidang aq nih...tak semua maklumat yg kita tahu kita boleh jual atau beri pada orang sebarangan...etika kerja tu dah memang termaktub dalam peraturan kerja tetapi yg paling penting cctv Allah tu boleh melihat semuanya...perbetulkan lah niat kerja kita sebaiknya...kalau kita lebih fikir positif, InsyaAllah aura positif akan datang sendirinya...paling utama jangan lupa senyum k...senyum la terapi paling berkesan dan senang nak buat untuk kita dapat pahala...

Terima kasih untuk semua yang kau dah beri...terima kasih untuk ilmu baru...terima kasih semuanya...Semoga Allah merahmatimu sentiasa...

*semua staff Klinik Kesihatan Batu Anam Segamat Johor, bahagian mch, bahagian farmasi, dr-dr, bahagian opd dan bahagian makmal...











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

My Graduation Story... If You Think You Can, Just Trust Yourself, You Can Do It !