Catatan

Imej
Ya Allah banyaknya dosa hamba mu ini dan sedikit sungguh amalan akhiratku… Amalan yang sedikit entah mencakupi syarat ikhlas atau tidak Ya Allah… Hati ini semakin jauh dari mu, oleh itu bersihkanlah hati ini dan isilah dengan cahaya-cahaya iman… Aku tidak peduli samada manusia mengasihi atau membenci, asalkan engkau menerimaku kembali Ya Rahman… Ya Allah sekiranya mati ini lebih baik untuk mengelakkan fitnah dunia dan baik untuk agamaku cabutlah nyawa ini dalam keadaan engkau reda kepadanya… Sekiranya hidup ini lebih baik untuk menyumbang terhadap agamamu dan menambahkan amal baikku panjangkanlah umurku dalam keredaanmu Ya Rabbul Izzati… Ameen Ya Rabbal Alameen...

kasihMu Ya Allah...

Imej
detik waktu terus berjalan berhias gelap dan terang suka dan duka tangis dan tawa tergores bagai lukisan... Lirik lagu ni meninggalkan kesan mendalam padaku. Pertama kali mendengar sudah cukup menusuk hati. Rasa penyesalan menyelebungi diri ini, benar kadang-kadang kita tidak sedar perbuatan yang kita lakukan itu melukakan hati manusia lain... Astaghfirullahhalazim... Sementara diberi masa terluang ini, ku banyak mengisi masa dengan membaca. Rasanya dengan membaca, ku dapat mengetahui banyak perkara. Sebenarnya ku masih berusaha mencari banyak lagi rahsia ALLAH di dunia ini. Hamba ALLAH yang khilaf ini sering alpa dengan kesenagan dunia. Ada sebuah buku ni, ku rasa tertarik sangat membacanya. Pengarangnya ialah Us.Pahrol Md Juoi, Mukmin Profesional-celik mata hati. Buku tersebut banyak mengajarku supaya lebih berhati-hati dengan mainan dunia. Dengan izin Allah jua banyak lagi buku-buku lain yang membolehkan diri ini mendapat suatu kekuatan, kepuasan dan jawapan dalam segala masa

Muhasabah Cinta

Muhasabah Cinta Wahai... Pemilik nyawaku Betapa lemah diriku ini Berat ujian dariMu Kupasrahkan semua padaMu Tuhan... Baru ku sadar Indah nikmat sehat itu Tak pandai aku bersyukur Kini kuharapkan cintaMu Kata-kata cinta terucap indah Mengalun berzikir di kidung doaku Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku Butir-butir cinta air mataku Teringat semua yang Kau beri untukku Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya ilahi.... Muhasabah cintaku... Tuhan... Kuatkan aku Lindungiku dari putus asa Jika ku harus mati Pertemukan aku denganMu Kata-kata cinta terucap indah Mengalun berzikir di kidung doaku Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku Butir-butir cinta air mataku Teringat semua yang Kau beri untukku Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya ilahi.... Muhasabah cintaku...

LAU KA NA BAINANA

Lau ka na bainana Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب Wahai rahmat sekelian alam...

ujian ALLAH...

Imej
Mohonlah kepada Allah agar memiliki kekuatan dan kesabaran yang besar demi menjalani segala ujianNya. Cinta yang hakiki bukan dilewati dengan pujian & sanjungan. Cinta yang hakiki biasanya akan diuji dengan berbagai peristiwa yang menyakitkan, yang membuatkan hati kita terluka dan menderita. Allah membentuk dan melatih kita melalui luka itu, tetapi bukan pada seberapa besar luka itu tetapi seberapa besar kekuatan & kesabaran yang kita miliki untuk memulihkan luka itu. Kekuatan dan kesabaran yang dihiasi kasih sayang itulah yang akan tetap membuatkan kita bahagia sampai akhir hayat, karena Allah mencurahkan rahmat dan kasih sayangNya untuk hamba-hambaNya yang amat dikasihi...

nukilan buatmu sahabat...

Assalamualaikum wbt... sahabatku yang kukasihi dan kusayangi kerana Allah, Semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan rahmatNya serta dikurniakan tubuh badan yang sihat bagi menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang Muslim. Ketika nukilan ini kutulis mungkin kau sedang ditemani oleh sahabatmu yang mampu menceriakan dirimu lebih dariku. Tahniah buat sahabat-sahabat yang berjaya dan yang kurang berjaya, tolong lah jangan berputus asa... banyak lagi peluang di luar sana yang boleh kita cari. Ingat rezeki ALLAH tu ada di mana-mana pun. Diri ini yakin bahawa sahabat-sahabatku sekalian memang kuat semangat dan tidak mengalah. Walau bersama siapapun dirimu ketika ini, walau siapa jua di sisimu, diriku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dirimu. Terima kasih seikhlasnya untukmu sahabat...

Nasihat terhadap jiwa

Wahai jiwa, kematian akan datang tiba-tiba Hati (akal) tidak digunakan untuk ketakwaan Sifat kemunafikan Sebagaimana kami pernah mendengarnya Pandai berpidato namun bodoh hatinya Waspadalah dari cinta dunia dan kedudukan Sebelum buku amalmu ditutup kerana kematian Kamu telah berada di alam kubur Tiada orang yang mengasihimu Keluarga (teman) semuanya meninggalkanmu Kamu bersedih dan menyesal Harta memberikan upah dan amal menemanimu Wahai orang yang menghantarkan peti mati Kami adalah para Malaikat yang selalu mengawasi Ketahuilah, ALLAH yang menciptakan manusia Kewajibanmu hanya menyembah kepada-Nya ALLAH telah menciptakan alam semesta Supaya kamu ikhlas beribadat kerana-Nya ALLAH telah mengutus Para utusan untuk memperingatkan Kepada manusia Supaya mereka serius dalam ketakwaan ALLAH telah melapangkan jalan bagi manusia Supaya tidak terjerumus kedua kalinya Wahai orang-orang yang tertipu Siangmu kamu lalui dengan kelalaian Malam mu kamu isi dengan tidur, B