Catatan

Keluarga ceria...

Imej
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum kawan-kawan!, rasanya dah lama tak menulis dalam blog ni. Kalau ada pun hanya kata-kata semangat untuk memotivasikan diri sendiri... Alhamdullilah, syukur pada ALLAH kerana diberi izin dari ALLAH untuk menulis dalam blog ni lagi... Syukur jg buatNya kerana memberi nikmat tidak putus-putus kepada hamba-hambanya... Alhamdullilah, dapat juga keluarga KOMBIL melaksanakan hari keluarga di Rompin Beach Resort tahun ni walaupun banyak halangan yg harus ditempuh sebelumnya. Dua hari di sana memberi banyak pengalaman pahit dan manis bersama. Memikul tanggungjawab sebagai seorang setiausaha sudah cukup mencabar untuk menguruskan aktiviti Hari keluarga ni. Banyak perkara yang perlu dipelajari lagi... Dengan izin ALLAH, hampir kesemuanya berjalan seperti yang dirancang. Pada hari itu la kita dapat bersama-sama dengan keluarga walaupun kadang-kadang semuanya sibuk dengan kerja masing-masing... Dengan melihat celoteh adik-adik kecil b

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali...

Imej
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang degan selalu membaca Al-Quran . 2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku degan selalu sembahyang malam . 3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka perbanyakan lah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya...

Terbaik...

Imej

Adikku Sayang...

Imej
Mempunyai seorang adik lelaki memang payah untuk diuruskan walaupun kadang-kadang mencuit hati yang sedang tertekan ini... Menjaga adik sementara tunggu keputusan periksa ni memang menguji tahap kesabaran, ada kalanya mood dia ok, senang la sikit nk kawal, tapi kalau mood dia buruk, susah nk pujuk...alahai adik sayang... Alhamdullilah, adik memang dengar kata, orang kata jangan lakukan perkara tu... Insya-ALLAH dia tak kan buat... Tapi kena la cakap dengan dia lemah lembut, jangan berkasar... setiap hari ku akan pergi jemput dia waktu balik sekolah, lepas waktu balik sekolah je, dia la yg menjadi teman ku masak makanan tengahari setiap hari... adik akan tunggu di meja makan sampai ku habis masak, kadang-kadang tu adik main mainan dia sendiri... bila lihat kerenah adik yang mencuit hati, memang membuatkan hatiku tenang walaupun kadang-kadang kita sendiri melihatnya sebagai satu bebanan pada diri... Tetapi sebenarnya, ALLAH memberi satu tanggungjawab besar yang perlu kita pikul kerana

Anugerah ALLAH (2) ...

Imej
Bismillahirahmanirrahim... Pengalaman yang paling bermakna dalam hidup adalah mencari seorang sahabat sejati yang mampu menggembirakan, menceriakan dan menemani ketika susah dan senang... Kata orang, jika akhlak baik Insya-ALLAH sahabat yang mendampinginya pun baik akhlaknya... Sepanjang bersekolah, tidak pernah sekalipun ku menjumpai seorang kawan yang sombong dan tidak menghiraukan sahabat-sahabatnya yang lain. Kalau adapun hanya ingin menyakat dan bergurau saja... Sebelum ini ku sudah mencoret sedikit kenangan manis tentang ‘Anugerah ALLAH’ untuk ku... Alhamdullilah... Kali ini pula diri ini merasakan ingin mencoret mengenai ‘Anugerah ALLAH’ jua untuk ku iaitu erti sebuah persahabatan dalam hidup ini. Bersyukur sangat bila mana ALLAH menghadirkan seorang sahabat yang baik hati, memahami dan sentiasa membuatkan diri ku ini sentiasa ceria. Ingat lagi sewaktu ku menghadiri kem Ibadah di sekolah selama dua hari. Walaupun waktunya singkat tetapi aktiviti yang dijalankan sungg

Anugerah ALLAH...

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahhi wabarakatu… Tahun 2011 merupakan tahun akhir persekolahan ku untuk tingkatan 5 sebagai seorang remaja. Beribu cabaran, dugaan datang melanda dan bertamu. Alhamdullilah, aku dapat mengharungi segala dugaanNya dengan berbekalkan semangat yang kental, doa yang berterusan serta sifat kesabaran yang tinggi. Banyak peristiwa manis berlaku pada ku walaupun kadang-kadang payah untuk dilalui atau dihadapi bersendirian... Ingat lagi pengalaman yang tidak akan ku lupakan ketika mana ALLAH telah menganugerahkan seorang insan yang boleh mengetuk pintu hati ini terus menerus mengingatimu Ya ALLAH... Seorang insan yang bernama guru tetap tabah melayan segala kerenah ku. Diri ini masih teringat sewaktu mula-mula mengenalinya, berasa sungguh takut apabila hendak berkata-kata dengannya, susah sungguh akal ini memikirkan pelbagai cara supaya menyuruh mulut ini berbicara dengannya. Setelah lama mengenalinya barulah ku tahu sikapnya yang sebenar-benarnya. Alhamdulli

Layar kehidupan...

Imej
Semua orang pasti inginkan kegembiraan setiap hari walaupun kadangkala perkara sebaliknya yang hadir dalam layar kehidupan... Kita sebagai hambaNya memang tidak dapat mengelak setiap perkara yang telah berlaku kerana pastinya itu semua merupakan 'takdir Tuhan'... Tetapi jangan lupa juga! Takdir mempunyai beberapa jenis, salah satunya dapat dielak daripada berlaku seperti dengan adanya usaha dari diri sendiri dan salah satunya juga memang langsung tidak boleh dielak seperti kematian, Hari Pembalasan dan lain... Maka bertawakal dan Redhala kamu bagi orang yang benar-benar bersabar... Tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan kebahagiaan walaupun kadang-kadang dugaan datang menimpa sama ada pada keluarga ataupun diri sendiri... Bersyukur sangat apabila dianugerahkan dengan keluarga yang saling memahami dan tidak pernah mementingkan diri sendiri... 'ALHAMDULLILAH' ... Satu perkataan tetapi setiap huruf mempunyai makna yang tersendiri... "keluarga KOMBIL&q