Syawal Ke-2...

Raya kedua kami beraya di kampung sebelah mak pula di Pahang...Pagi raya kedua kami bersiap untuk pulang ke Kg Pahang. Kami beraya di Kg Pahang tidak semeriah di Johor namun tetap pulang untuk menziarahi kubur arwah Atuk dan arwah Wan. Keluarga Mak Cu & Mak Ndak ada di kampung juga. Petang raya kedua mak ajak ke kubur...kami menziarahi kubur arwah atuk, arwah wan, arwah mak ngah dan arwah sepupu kami...Lepas ayah membaca tahlil ringkas, kami membersihkan kubur-kubur mereka. Ayah kata, kalau ziarah ke kubur, kalau boleh bersihkanlah kubur tu sebaiknya...supaya nampak kemas dan bersih...Setiap kali lepas ziarah ke kubur, ayah selalu minta kami gotong-royong bersihkan kubur bersama...Apa yang kami lihat mak ayah lakukan, itulah yang kami usaha buat untuk manusia lain sebaiknya...sangat-sangat rindukan arwah atuk dan arwah wan...tak sedar air mata menitis selepas habis membacakan doa untuk semua ahli kubur...dah 3 tahun kami beraya tanpa mereka, paling terasa pastinya mak la...namun...