Ramadhan Diingati Syawal Dirai...2019, aku akan ingati selamanya...

Kadang Allah swt tak pilih kita untuk dikenali penduduk bumi, tapi masyhur di kalangan penghuni langit. Teruskan mendidik diri kita ikhlas kelas pertama, tak mengharap balasan dunia tapi hanya mengharap Redha Ilahi. Setiap orang berbeza ujiannya. Sungguh Allah swt telah menentukan segala galanya... Berfikir baik dan bersangka baiklah terhadap Allah yang Maha Esa...

Kali ni, aq ingin berkongsi setiap pengalamanku agar nanti akan ada manusia mengikut kebaikan itu terhadap manusia lain... Antara pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan di kktm apabila aq sebagai seorang pengajar sering ingin yang terbaik dari pelajar dan aq rasa sangat bersyukur apabila pencapaian pelajar meningkat selepas aq mengajar. Hal ini dapat dilihat pada Test 1 mereka sebagai contoh bagi kelas DTG 3A hanya 3 dari 17 pelajar sahaja yang lulus. Selepas Test 1, aq ditugaskan menyambung mengajar kelas tersebut sehingga habis semester. Hasil pengajaran PdP, prestasi pelajar telah dapat dilihat pada Test 2 mereka. Aq berasa dihargai apabila semua 17 orang pelajar lulus Test 2. Perkara yang paling menggembirakan aq apabila ada dua orang pelajar mendapat 100% dan separuh dari kelas tersebut mendapat gred A. Aq berasa sangat bersyukur dengan pencapaian pelajar-pelajar tersebut. Aq juga mampu menghafal nama pelajar-pelajar semuanya pada kali pertama kelas bermula.

Alhamdulillah akhirnya kita telah melalui Ramadhan sehingga ke pengakhirannya...terlalu banyak kenangan dari awal Ramadhan sehinggalah kini tiba Syawal...pengalaman baru berpuasa dengan warga kktm...terlalu banyak nikmat yg kau beri sehingga aq terlupa kesedihan ku...Ramadhan kali ni sangat mencabar bagi ku kerana demam teruk...2 kali pergi klinik ambil darah dan continue ubat...risau kena denggi buat kali kedua tapi Alhamdulillah syukur ya Rabb..hampir 3 minggu demam baru pulih...menahan kesakitan semasa bulan puasa memang perlukan kesabaran yang sangat tinggi...cuma tabahkan hati bertahan untuk puasa sampai pecah bibir...engkau lupa kan kesakitan aq dengan orang sekeliling ku yang selalu hadir membantu memberi semangat sama ada dekat atau jauh..kekuatan ku adalah mereka...sangat bersyukur ya Rabb...akhirnya aq dapat menghabiskan praktikal ku di kktm...mulai lepas raya, aq mula free dan mula fokus pada peperiksaan akhir dan pembentangan projek sarjana 2...InsyaAllah dipermudahkan semoga aq terus kuat...terima kasih juga yang meneman saya berbuka puasa sama...jumpa cikgu sekolah lama, berbuka dengannya rasa release sekejap...sekali dtg rumah, besarnya rumah cikgu..hehe...comeyy sangat anak cikgu...lama dah tak jumpa, dah bertambah anaknya...huhu, padahal kat depan universiti je rumahnya Lahai...

Hadir bertarawih di masjid Uthm, membuat aq ingin solat sehingga habis rakaat terawih dan witir..suara sayu imam yg sedap jarang ku dengar melainkan Ramadhan...sungguh aq pun tak sangka dengan keadaan demam sakit kepala, boleh menghabiskan seluruh rakaat terawih pada setiap malam...Alhamdulillah syukur...untuk semua staf kktm, banyak pengalaman baru yang tercipta..aq sgt bersyukur kerana dapat bersama dengan semua staf kktm yang baik belaka...banyak mereka bantu...dari aq tak tahu apa-apa untuk membuat penilaian dan pentaksiran terhadap pelajar namun sekarang aq sudah mampu melaksanakan sendiri...untuk para pelajar tersayang, terima kasih kerana memberi peluang mengajar kamu sebaiknya...semoga kejayaan menjadi milikmu kelak...banyak jua yg saya belajar dari anak murid cikgu ni...

Tak lupa juga pada Keluarga Kombil, bulan Ramadhan telah diadakan Majlis Tadarus Al-Quran, Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana di Teratak Kombil. Ramai keluarga yang hadir mengimarahkan...sungguh aq sangat bersyukur ya Rabb kerana dapat merasai keluarga sebaik ini...Meriah apabila dapat mengaji bersama, berbuka puasa bersama, solat berjemaah bersama sehinggalah terawih bersama-sama makcik dan sepupu ku sendiri. dengan telatah makcik ku yang meminta anak sedaranya bergilir-gilir menjadi imam terawih...hoho...terharu sangat...setiap tahun nak raya, embah akan mengadakan aktiviti mengacau dodol dan memasak untuk munjung di Kombil...jadiiiii, ramaila anak-anak cucunya akan datang gotong-royong kacau dodol dan masak untuk munjung...ada juga makcik2 aq yang rajin-rajin belaka buat biskut raya untuk Kombil...meriah weyhhh rewang...dengan telatah budak-budak comeyyy menolong juga buat biskut raya...hehehe...tiba malam raya, semua adik-beradik aq dah mula balik ke kampung...jadi bersiaplah malam raya menggosok baju raya nak pakai esok 1 Syawal...dengan adik-adik aq sibuk kat dapur tolong mak masak dengan buat biskut raya...malam raya baru dapat berjemaah solat maghrib bersama semua family ada dan bertakbir raya bersama... 

Pagi 1 Syawal membuat kan aq rasa sangat bersyukur...pertama kali dapat ke surau mendengar ayah membaca khutbah dan menunaikan solat sunat Aidilfitri...Alhamdulillah kali ni ayah dilantik menjadi imam solat raya aidilfitri lagi di surau...mungkin selepas ni, aq tak tahu dapat rasa lagi tak semua ni...breakfast kul 7.30 pagi dh siap semua...perfect mak masak siapkan hidangan untuk kami...supaya semua family dapat solat sunat Aidilfitri sama-sama...balik solat sunat hari raya je, sambung makan...hehe...Pastu ayah dah suruh bersiap nak beraya ziarah embah...rutin setiap pagi 1 Syawal memang ziarah embah pagi2 lagi...ucap selamat hari raya...petang lepas zuhur pula, aktiviti marhaban dan ziarah rumah atuk sedara plak...semua keluarga Kombil berkumpul marhaban bersama-sama...setiap kali ziarah selepas marhaban, ayah akan bacakan doa selamat untuk tuan rumah...sangat meriah dengan baju raya berwarna-warni semuanya...bersyukur sangat dengan semua nikmat Allah ini...

Raya kedua pula diteruskan bersiap untuk pulang ke kampung sebelah mak pula di Pahang...memandangkan kedua-dua arwah atuk dan wan dah tiada, kami pulang ke kampung pada raya kedua pada setiap tahun...adik-beradik mak pun pulang ke kampung pada hari raya kedua...selalunya raya di kampung Pahang, mak akan ajak kami beraya dirumah pak lang makan lemang...lemang pak lang memang sedap, sama macam lemang arwah atuk...kami di Johor hanya makan ketupat dan dodol yang banyak tapi di kg Pahang, lemang memang menjadi kegemaran setiap tahun...jadi adil la, dua2 kami makan...sodap lomang pak lang ann den kobar ni...tak beronti den makan...pak lang menjamu kami biskut raya bersama lemang, rendang, kuah lodeh, dan aiskrim...banyaknyerrrr aiskrim...sedappp....Haha...esoknya, ada tahlil utk arwah, kami gotong-royong masak untuk menyiapkan lauk kenduri...3 ekor kambing tumbang utk kenduri tahlil tahun ni...kambing tu semua pak lang ternak sendiri..tinggal amik sembelih je...Haha...kat rumah pak lang semua ada...dari laa lembu, kambing, ayam, ikan, burung dan mcm2 lagi Lahai...semua dia ternak sendiri...Haha...sedapnya masak lemak cili api mak lang masak...lain dengan masak lemak cili api org Johor masak...payah nak dapat...memang sedap...Pastu, mak ndak nak masak nasi beriyani, ekcited aq rasa sebab jarang nak masak nasi beriyani kawah besar ni...Hoho, mak ndak mengajar kami camne nak masak nasi beriyani...aq jadi tukang godak je Haha...dapat satu ilmu..syok weyhh, bukan selalu dapat rasa suasana camni...malam tu pula ada BBQ kambing, ayam dan ikan...meriah dengan makanan...sangat bersyukur...raya keempat baru la sempat beraya ke rumah jiran...

Marhaban Kg Padang Lalang telah bermula...kali ni dah masuk hari ketiga marhaban kg...satu malam pulun habiskan 6 buah rumah...apa lagi macam kilat la duduk makan jamuan sikit then pergi plak rumah lain...laju weyhh..Haha...cuma rumah last lama sikit sebab makan berat mcm mkn nasi dan sebagainya...sebenarnya ikut mak ayah pergi marhaban bukan nak makan atau nak duit raya sangat...nak jumpa org kampung je...kenal-kenal dengan orang kampung...jarang jumpa mereka, kalau nak jumpa cmni la...waktu raya je baru kenal jiran kampung Haha...tetiba je semalam, ni ea athirah...”ya saya, akak ingat lagi ea saya..” “ingat la, dulu kecik2 naik basikal sampai depan rumah akak ni, sekarang dah besar...” Haha nampak tak dah berapa lama tak jumpa jiran kampung...rasa segan plak tetiba...Pastu jumpa cikgu sekolah lama, panggil cikgu tu doktor sebab dah ada PhD kan...cikgu kata ey awak ni, tak yah lah panggil doktor...panggil cikgu je...Haha, ok cikgu...Pastu waktu jamuan, cikgu panggil..”athira pergi makan...ajak mak sekali” aq tergamam sekejap, “eh cikgu ingat nama saya lagi..” “mesti la ingat lagi awak ni..” terharu bila cikgu ingat nama student...selalu student je ingat nama cikgu...Hoho...

Sempat juga aq beraya dengan kawan sekolah lama, ya Allah memasing...tak pernah la berhenti gelak...asyik nak gelak jehhh...haha...kadang pelik tengok kawan-kawan adik aq yg lain beraya rumah, kenapa senyap je...agak tengok phone je ke raya...sampaila ada kawan aq tanya...kita ni lahir zaman 90 an lain...diaorang tu lahir celik mata je nampak gadjet...kita lahir dulu masa kecik main masak betul-betul...takde mainan cantik camni dalam gadjet...kalau kita masak boleh terus makan...diaorang kenyang tengok gadjet je...haha....teringat kenangan dulu terasa ingin mengulang kembali semuanya....

Semoga ibrah ini membuat aq terus kuat mengharungi kehidupan sebaiknya...Alhamdulillah Syukur ya Rabb...Mereka semua hadiah terindah yang tak dapat aq tolak selamanyanya...maka nikmat manakah lagi yang kamu dustakan...Syukur sebanyaknya...akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilitri, Maaf Zahir dan Batin...
























































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

Kenangan bersamamu KK Batu Anam...

My Graduation Story... If You Think You Can, Just Trust Yourself, You Can Do It !