Catatan

Imej
Assalamualaikum...Alhamdullilah bersyukur ya Allah kerana masih dikurniakan kudrat untuk beribadah kepadaMu ya Rabb...terlalu banyak perkara, peristiwa dan cerita yang kulalui sepanjang kehidupan bergelar hamba-Mu ya Rahman...Cuma kita sebagai hamba sama ada tahu atau tidak untuk menghadapinya dengan cara yang seperti mana dengan cara yang bagaimana...seperti nakhoda yang akan membawa kapalnya menuju ke arah jalan yang betul atau sebaliknya sesat...bila dalam kesusahan barulah semuanya akan rasa bersyukur bila rasa susahla baru rasa hati ingin percaya wujudnya Tuhan untuk membantu...semasa senang tidak sedikit pun rasa wujudnya Tuhan, itulah manusia....setiap orang pasti ada masa silam, masa silam yang membuatkan kita berubah....perubahannya bergantung pada individu itu sendiri....buruk atau pada kebaikan...hidayah milik Allah, kita hanya membantu bukan kita yang   memberikan bukan kita yang buat mereka rasa berubah, semuanya atas kehendakNya jua...hati ini sangat terharu bila s

Syukur kerana Allah...

Imej
Assalamualaikum… Alhamdulillah syukur padaNya dengan nikmat bernafas yang selesa ini…hari ini tira terasa ingin berkongsi sesuatu yang membuatkan rasa hati ini sangat bersyukur bila melihatnya dan merasainya…Pada hari Sabtu & Ahad(14&15) lepas kami group Khidmat Masyarakat kokurikulum UTHM telah menjalankan Program Anak Angkat di Kg Bukit Pulau, Melaka. Walaupun hanya 2 hari tetapi tira sendiri rasa sangat terharu dengan layanan keluarga angkat   dan masyarakat kg yang sangat ramah. Mereka tidak sikit pun rasa payah bila menerima kami sebagai anak. Tira dan tiga lagi sahabat yang lain dapat mak angkat yang sama iaitu keluarga Pn Rosnani bt Bachik (surirumah). Suaminya bekerja sbg Guard di Jusco/Mydin(   tak berapa igt..hehe). Keluarga mereka baru sahaja mendapat orang baru dalam family iaitu menantunya baru lepas bersalin. Kami datang hari Sabtu, bersalinnya hari Jumaat...Alhamdullilah mak dh ad dua org cucu sekarang ini. Anak mereka semuanya 4 orang. Semuanya dah besar
Imej
Imej
"Ya Allah jika hari ini Engkau menguji aq dengan perkara yg sangat berat, aq mohon, berilah ku petunjuk untuk kebaikan pada masa depanku kelak...Aq adalah hambamu yg lemah, tunduk bersujud kepadaMu ya Rabb...Dengan keizinanMu membuatkan aq masih diberi nikmat yg cukup untuk bernafas didunia ini... hambamu ini bersyukur ya Allah...Aq bukanlah sebaik yg mereka sangka...Dosa ini terlalu banyak padaMu...Aq mohon ampunkan lah segala khilaf & dosa ini...sesungguhnya Engkau Maha Pengampun ya Allah...Dengan keizinanmu jua aq membuat keputusan sebaiknya...Aq berharap ad hikmah di sebalik semua yg berlaku ini ya Rabb...Ameen ya Rabbul Alameen...
Imej
Pagi tadi bangun awal...lepas solat Subuh baca la buku ap2 yg patut pn (mengelak rasa bosan)...hr ni dah niat utk pergi Kuliah Integriti Islam kat masjid jam 8 pagi...tak tahu la rasa lain mcm je nk bgun pg dan keluar awal dari kolej kediaman...erm...mungkin rindu nk lihat ciptaan Allah...Nikmat sangat rasanya bila dapat rasa nyamannya dengan keadaan pagi...tengok pokok, tumbuhan hijau lagi2 kalau tengok laut...Allah...rasa diri ini kerdil sungguh di depan Allah....Subhanallah...Maha Suci Allah yg mencipta dunia dengan segala kepakaranNya... Pagi tu Us Shahril (Imam Masjid Besar UTHM) yg bg kuliah...best sangat2...us suka wt lawak...dh macam Us Azhar Idrus pn ad jgk...tajuk kuliah pagi tu ialah "Apa erti saya menganut Islam?"...us hya smpikn kuliah secara biasa tetapi sangat memberi kesan pada hati...betul ap yg us ckp td bhw kita sebagai umat Islam dari lahir xpernah terasa untuk "Mencari" Islam itu dimana...dan kebanyakannya orang yg "Mencari" Islam i

raye Aidilfitri 2013...

Imej
family KOMBIL yg sporting....hehe...terima kasih untuk semua...gambar-gambar ini dipos sempena raya puasa lepas...Alhamdullilah masih dpt berjumpa dgn semua rakan-rakan keluarga yg lain...syukur ya Allah...bukan semua keluarga boleh merasai kemanisan seperti ini...ini juga adalah anugerah Allah untuk kita semua.. Bersyukurlah semua... *Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan sentosa dalam berhubungan suka dan duka. * RasulullahSAW bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya... Rasulullah (saw) bersabda : Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim... Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan... (Hadith Riyawat Ibnu Majah) “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku untuk tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniak
Imej