Catatan

Imej
"...Perumpamaan orang yg beriman dalam hal saling mencintai dan berkasih sayang adalah ibarat satu tubuh, apabila satu organnya berasa sakit, maka seluruh tubuh akan berasa sakit juga..." -riwayat muslim  hadis di atas benar menunjukkan jika kita benar-benar sayang dan cinta seseorang itu hanya kerana ALLAH....nikmatnya sungguh indah... sahabat-sahabat yang dikasihi, ana sungguh rindu bila berjauhan denganmu, bila tidak melihat rupamu secara berhadapan, dan bila engkau tidak berkata-kata...ana rasa rindu untuk mendengar suaramu wahai sahabat...ana uhibbuki fillah sepenuh hatiku...

Lihatlah pelangi bukan guruh...

Imej
Assalamualaikum… Dah lama rasanya tak menulis dalam blog ni. Sepanjang cuti rehat dirumah ni banyak sangat pengalaman pahit manis yang perlu ku tempuhi… Benar janji Allah, setiap kesusahan yang kita tempuh pasti dipengakhirannya ada manisnya jua… Jadi tempuhilah semuanya dengan sifat sabar hanya kerana Allah jua. InsyaAllah semua yang berlaku ada hikmahnya… Pengalaman dapat bersama orang yang amat kita sayang adalah nikmat yang paling besar dariNya... Alhamdullilah... Terima kasih akak Fura, kerana bawa adk pergi bercuti dan selalu ambil berat tentang adik untuk selamanya. Adik mengaku adik ni seorang yang keras kepala, tak nk dengar cakap, tapi akak mampu faham adik… Allah…adik pun tak tahu, bahawa adik ni mampu tak faham akak sepertimana akak faham adik untuk hari-hari yang seterusnya … lepas ni adk dh jauh dgn akak, erm tak tahu la siapa yg nk jaga akak lg… “Ya Allah janganlah engkau putuskan ukhuwwah yang terjalin atas izinMu jua… jadikanlah ukhuwwah ini hanya ingin mendapatk
Ya Allah… sejak pagi tdi fikiran ku tak tentu memikirkan mimpi semalam…Allah… ada yg tak kena ke pada diri ni. Lepas solat sunat Dhuha, airmata ini mengalir sederasnya sehingga tak dapat lagi ku tahan… Astaghfirullahhalazim… Ampunkan dosa hambamu yang hina ini Ya Allah, sesungguhnya aku takut dengan azab kuburmu, aku takut dengan api yang menjulang-julang maraknya dalam nerakamu Ya Allah…dan aku amat takut dengan hari-hari kematianku Ya Allah…Permudahkanlah mulut ini menyebut Laailahaillallah… sewaktu sakaratul mautku tiba Ya Allah…

Muhasabah diri...

Wahai diri yang mengaku daripada umat Nabi Muhammad SAW Letakkanlah sebuah cermin besar di hadapanmu Wajah dan susuk tubuhmu akan jelas kau lihat Mari jelajahi wajahmu dahulu…..sinar apakah yang ada di dahimu? Pada dahi umat Muhammad yang benar mencintai Rasulullah ini.. Harus ada bukti….harus ada sinar….ada Nur yang memancar Jangan kau bebas mendakwa cinta tanpa tanda! ‘ ya Rasulullah…saya ingin meminta sesuatu kepadamu…’ Rayu Rabi’ah bin Ka’ab al-Salami dengan mata berkaca ‘ katakanlah… wahai Rabia’ah’ ujar Rasulullah SAW ‘aku ingin jaminan …untuk berada di sampingmu di Syurga Allah nanti’ pinta Rabia’ah sejujurnya. ‘Adakah yang lain kau minta?’ Tanya Rasulullah SAW ‘ Hanya itu sahaja ya Rasulullah’. ‘jika begitu,bantulah aku untuk memenuhi keinginanmu dengan dikau perbanyakkan sujud’, jawab Rasulullah SAW. INILAH TANDA CINTA…. Dahi yang sentiasa sujud ke hadrat Allah Azzawajala.. Lambang percintaan antara Nabi Muhammad SAW dengan umatnya.. Dahi yang redha dan puas tersembam ke ta
Imej
Ya Allah banyaknya dosa hamba mu ini dan sedikit sungguh amalan akhiratku… Amalan yang sedikit entah mencakupi syarat ikhlas atau tidak Ya Allah… Hati ini semakin jauh dari mu, oleh itu bersihkanlah hati ini dan isilah dengan cahaya-cahaya iman… Aku tidak peduli samada manusia mengasihi atau membenci, asalkan engkau menerimaku kembali Ya Rahman… Ya Allah sekiranya mati ini lebih baik untuk mengelakkan fitnah dunia dan baik untuk agamaku cabutlah nyawa ini dalam keadaan engkau reda kepadanya… Sekiranya hidup ini lebih baik untuk menyumbang terhadap agamamu dan menambahkan amal baikku panjangkanlah umurku dalam keredaanmu Ya Rabbul Izzati… Ameen Ya Rabbal Alameen...

kasihMu Ya Allah...

Imej
detik waktu terus berjalan berhias gelap dan terang suka dan duka tangis dan tawa tergores bagai lukisan... Lirik lagu ni meninggalkan kesan mendalam padaku. Pertama kali mendengar sudah cukup menusuk hati. Rasa penyesalan menyelebungi diri ini, benar kadang-kadang kita tidak sedar perbuatan yang kita lakukan itu melukakan hati manusia lain... Astaghfirullahhalazim... Sementara diberi masa terluang ini, ku banyak mengisi masa dengan membaca. Rasanya dengan membaca, ku dapat mengetahui banyak perkara. Sebenarnya ku masih berusaha mencari banyak lagi rahsia ALLAH di dunia ini. Hamba ALLAH yang khilaf ini sering alpa dengan kesenagan dunia. Ada sebuah buku ni, ku rasa tertarik sangat membacanya. Pengarangnya ialah Us.Pahrol Md Juoi, Mukmin Profesional-celik mata hati. Buku tersebut banyak mengajarku supaya lebih berhati-hati dengan mainan dunia. Dengan izin Allah jua banyak lagi buku-buku lain yang membolehkan diri ini mendapat suatu kekuatan, kepuasan dan jawapan dalam segala masa

Muhasabah Cinta

Muhasabah Cinta Wahai... Pemilik nyawaku Betapa lemah diriku ini Berat ujian dariMu Kupasrahkan semua padaMu Tuhan... Baru ku sadar Indah nikmat sehat itu Tak pandai aku bersyukur Kini kuharapkan cintaMu Kata-kata cinta terucap indah Mengalun berzikir di kidung doaku Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku Butir-butir cinta air mataku Teringat semua yang Kau beri untukku Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya ilahi.... Muhasabah cintaku... Tuhan... Kuatkan aku Lindungiku dari putus asa Jika ku harus mati Pertemukan aku denganMu Kata-kata cinta terucap indah Mengalun berzikir di kidung doaku Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku Butir-butir cinta air mataku Teringat semua yang Kau beri untukku Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya ilahi.... Muhasabah cintaku...