Catatan

Anugerah ALLAH...

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahhi wabarakatu… Tahun 2011 merupakan tahun akhir persekolahan ku untuk tingkatan 5 sebagai seorang remaja. Beribu cabaran, dugaan datang melanda dan bertamu. Alhamdullilah, aku dapat mengharungi segala dugaanNya dengan berbekalkan semangat yang kental, doa yang berterusan serta sifat kesabaran yang tinggi. Banyak peristiwa manis berlaku pada ku walaupun kadang-kadang payah untuk dilalui atau dihadapi bersendirian... Ingat lagi pengalaman yang tidak akan ku lupakan ketika mana ALLAH telah menganugerahkan seorang insan yang boleh mengetuk pintu hati ini terus menerus mengingatimu Ya ALLAH... Seorang insan yang bernama guru tetap tabah melayan segala kerenah ku. Diri ini masih teringat sewaktu mula-mula mengenalinya, berasa sungguh takut apabila hendak berkata-kata dengannya, susah sungguh akal ini memikirkan pelbagai cara supaya menyuruh mulut ini berbicara dengannya. Setelah lama mengenalinya barulah ku tahu sikapnya yang sebenar-benarnya. Alhamdulli

Layar kehidupan...

Imej
Semua orang pasti inginkan kegembiraan setiap hari walaupun kadangkala perkara sebaliknya yang hadir dalam layar kehidupan... Kita sebagai hambaNya memang tidak dapat mengelak setiap perkara yang telah berlaku kerana pastinya itu semua merupakan 'takdir Tuhan'... Tetapi jangan lupa juga! Takdir mempunyai beberapa jenis, salah satunya dapat dielak daripada berlaku seperti dengan adanya usaha dari diri sendiri dan salah satunya juga memang langsung tidak boleh dielak seperti kematian, Hari Pembalasan dan lain... Maka bertawakal dan Redhala kamu bagi orang yang benar-benar bersabar... Tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan kebahagiaan walaupun kadang-kadang dugaan datang menimpa sama ada pada keluarga ataupun diri sendiri... Bersyukur sangat apabila dianugerahkan dengan keluarga yang saling memahami dan tidak pernah mementingkan diri sendiri... 'ALHAMDULLILAH' ... Satu perkataan tetapi setiap huruf mempunyai makna yang tersendiri... "keluarga KOMBIL&q

Mengapa aku dihidupkan di dunia ini ???

Untuk sujud menyembah ALLAH... Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar. (surah al-Bayyinah 5 : 98) Untuk aku menjadi seorang khalifah di muka bumi ini...  Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Surah al-An'am 165 : 6) Untuk aku menyeru kebaikan, membanteras kejahatan... Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersi

muhasabahlah diri selagi ada nyawa...

Imej
Manusia yang bersih hatinya sentiasa rendah diri dengan Allah, sering sahaja bersangka baik dengan Tuhannya, jika mendapat ujian kesusahan, hatinya berkata "kerana dosa akulah ujian itu datang" "Tuhan menghukumku kerana dosa-dosaku" "moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yg amat dahsyat." Amin...

Sayang kamu selamanya...

Imej
Ku akan sayang, kasih dan rindu kamu semua kerana ALLAH... Semoga UKHWAH yang terjalin akan kekal selamanya...

Subuh Yang Terakhir...

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang pada insan yang setia berkongsi susah dan senang Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir Tadi subuh yang terakhir Bila berdekatan kadangnya makin kita leka Bila bejauhan barulah merindu didada Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih Andai esok takkan hadir Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu Namun di hati mampukah dilupakan Rayulah kemaafan Jangan sebelum nyawa dipulangkan Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu Namun di hati mampukah dilupakan Rayulah kemaafan Jangan sebelum nyawa dipulangkan Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat Sebelum semua terlewat Lafazka

penawar duka

Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR, Apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT, Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA, Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU... ~hanya menimba ilmu~