Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2019

Ramadhan Diingati Syawal Dirai...2019, aku akan ingati selamanya...

Imej
Kadang Allah swt tak pilih kita untuk dikenali penduduk bumi, tapi masyhur di kalangan penghuni langit. Teruskan mendidik diri kita ikhlas kelas pertama , tak mengharap balasan dunia tapi hanya mengharap Redha Ilahi . Setiap orang berbeza ujiannya. Sungguh Allah swt telah menentukan segala galanya... Berfikir baik dan bersangka baiklah terhadap Allah yang Maha Esa... Kali ni, aq ingin berkongsi setiap pengalamanku agar nanti akan ada manusia mengikut kebaikan itu terhadap manusia lain... Antara pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan di kktm apabila aq sebagai seorang pengajar sering ingin yang terbaik dari pelajar dan aq rasa sangat bersyukur apabila pencapaian pelajar meningkat selepas aq mengajar. Hal ini dapat dilihat pada Test 1 mereka sebagai contoh bagi kelas DTG 3A hanya 3 dari 17 pelajar sahaja yang lulus. Selepas Test 1, aq ditugaskan menyambung mengajar kelas tersebut sehingga habis semester. Hasil pengajaran PdP, prestasi pelajar telah dapat dilihat pada Test 2 mer