16 Mei 2019...Selamat Hari Guru...

Pertama kali melangkah ke kelas bagi mengajar subjek engineering mathematics pelajar diploma terasa berdebar...gugup rasa...bukan calang-calang pelajar...diri yg terasa baru belajar dan baru nak bertapak menimba pengalaman di kktm ni terasa kerdil sangat...dengan berbekal semangat mak ayah yang ada, aq menguatkan diri mencuba perkara yg baru...mula-mula melangkah ke kelas terasa kekok sebab semua pelajar senyap je...kelas tu hanya ada 17 orang sahaja..pelajar perempuan dan lelakinya seimbang...semua senyap memandangku...aq mengenalkan diri dan seterusnya meminta semua pelajar kenalkan diri mereka seorang demi seorang...aq menggantikan pensyarah sebelum ni dan menyambung chapter 2, 4 dan 5...statistic, complex number and sequence n series...pada hari tu juga aq dapat menghafal ke 17 nama pelajar tersebut...mereka terkejut kerana aq boleh menyebut nama mereka satu demi satu pada hari pertama perkenalan...sungguh aq pun tak sangka sebenarnya...aq cuba menyesuaikan diri dengan keadaan pelajar dan keadaan kelas...pejam celik pejam celik skjp sangat masa berlalu, mereka dah pun final exam dan aq hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk menghabiskan latihan mengajar ini...Alhamdulillah...terima kasih para pelajar saya, kerana memberi saya peluang sebanyaknya mengenal dan memahami awak semua sehingga hari ini...apa pun yang terkurang dari saya, saya minta maaf dan yang baik ambil lah ia sebagai pendorong semangat awak untuk terus berjaya...belajar lah dengan niat untuk mencari ilmu Allah yang sangat luas ini sebaiknya...satu je pesanan saya pada awak semua solat cukup kanlah lima waktu sehari...ini ialah tips kejayaan saya dan jangan lupa jaga hubungan awak dengan manusia lain terutamanya mak ayah awak sendiri...keredhaan hidup kita ialah dari ibu bapa kita sendiri...kalau mereka redha...InsyaAllah perkara yang sukar untuk awak perbuat, Allah akan permudahkan pada akhirnya...Terima kasih kerana memberi saya pengalaman yang bermakna ni...saya gembira berkenalan dengan awak semua...akhir kata, mohon maaf zahir dan batin...saya sayang awak semua hanya kerana Allah jua...kalau ada apa2 pun awk nak tanya pendapat atau pandangan, silakan...saya secara terbuka akan menjawab mana yang saya mampu tolong awak...oh ya, terima kasih juga dengan tulisan ayat-ayat dalam kertas berwarna-warni  tu...saya sangat hargainya...tulisan tu menjadi penyuntik semangat saya untuk terus berjaya...

Salam Rindu...
DTG 3A, 
DTH 3A,
DTM 1A...










Ulasan

  1. Kecik molek ja orangnya, tidak sebesar sprt semangatnya utk memberi ilmu kpda kami. Thanks a lot ms Athirah, ilysm��

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

My Graduation Story... If You Think You Can, Just Trust Yourself, You Can Do It !

Perkongsian bersama Akademi Memanah Thalhah...