Hari Keluarga Kombil 2018, Semakin Hari Semakin Sayang

Entry baru.......sebulan sebelum berlangsungnya program Hari Keluarga ni...macam-macam kerja kena diuruskan untuk memastikan flow perjalanan program berjalan lancar...Dari pengesahan bilik resort hingga la aktiviti...semua kena uruskan...Alhamdulillah akhirnya semua berjalan lancar...Tahniah ahli gen Q Kombil yang berhempas-pulas mengendalikan kerja dalam jawatankuasa masing-masing sebaiknya...Pertama kali jawatankuasa gen Q ditubuhkan dalam family bagi mencari pelapis-pelapis baru untuk mewarisi kepimpinan Keluarga Kombil...Aq rasa sangat bersyukur berada dalam keluarga ini ya Rabb...sangat bersyukur...adanya keluarga yang sentiasa memberi semangat ketika susah, adanya keluarga yang tidak berkira dengan ahli keluarga yang lain, adanya keluarga yang sentiasa proaktif dalam setiap aktiviti baru, adanya keluaraga yan sentiasa prihatin tentang ahlinya dan adanya keluarga yang sentiasa memberikan kasih sayang sebanyaknya...Alhamdulillah syukur Ya Rahman...

Pada malam 2 November, kami semua sepupu merangkap ahli gen Q baru je pulang ke kampung...ada yg dari UPSI, Melaka, KL, UMK dan lain lagi baru sampai ke Segamat...jadi kami semua mengambil keputusan untuk berbincang secara bersemuka bagi memudahkan urusan program esok...sangat excited nak pergi esok...meeting sampai kul 2 pagi...huhuhuhu....semoga Allah permudahkan...

Esoknya, kami bergerak ke Telok Penyabong Resort mengikut perjalanan yang dirancang...Alhamdulillah sepanjang program dan aktivti  tersebut semua berjalan dengan lancar sehingga ke pengakhirannya...sungguh kasih sayang, kegembiraan tercurah sepenuhnya pada keluarga ini... tidak tergambar rasa kegembiraan itu walaupun aq sendiri dalam keadaan kurang sihat...tapi Allah masih beri kudrat untuk aq terus bersemangat seperti sekarang...sangat bersyukur ya Rahman...

senarai aktiviti sukaneka semua buat semua warga Kombil happy....nampak riak wajah mereka happy....jadi rasa happy sangat...sungguh tiada galang gantinya mereka semua ini...

SENARAI ACARA AKTIVITI SUKANEKA KOMBIL BAGI SETIAP KATEGORI

DEWASA & REMAJA (13 tahun keatas)
Seliparku Mana? – kumpulan (10 minit)
Lukisanmu, Lukisanku– kumpulan (10 minit)

KANAK-KANAK ATAS 6 TAHUN (7-12 tahun)
Squeeze ! – kumpulan (10 minit)
Explorace Berantai – kumpulan (10 minit)

KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN (1-6 tahun)
Candy Crush – individu (10 minit)
Paper Crush – kumpulan (10 minit)

PASANGAN/IBU/BAPA/SUAMI/ISTERI
Sehati Berdansa – berpasangan (10 minit)
Anonymous Kanda Dinda – Berpasangan (10 minit)

KELUARGA
Apa yang penting, Kerjasama !! – semua ahli keluarga (10 minit)

SUKAN TERBUKA
Teka Berat Beban
Quizziz

Kalau ada sumur di kebun,
Boleh kami tumpang meracun,
Kalau ada masa yang cun,
Boleh raikan setiap tahun...

Good Job Gen Q !!!










































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

Kenangan bersamamu KK Batu Anam...

My Graduation Story... If You Think You Can, Just Trust Yourself, You Can Do It !