Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

22 Julai 2018, aku ditugaskan untuk mengajar kelas pendidikan khas yang mempunyai masalah pembelajaran di SMK Paduka Tuan, Segamat...Lebih kurang 65 orang pelajar dan 17 orang guru pendidikan khas disekolah tersebut yang mempunyai 9 kelas. Mereka dikelaskan mengikut umur mental dan bukan umur fizikal seseorang. Hari pertama disekolah baru rasa kaku, segan tu memang ada...paling banyak rasa gugup la sebab kena mengajar pendidikan khas...aq diberi tugas mengajar subjek Bahasa Melayu, Sains, Pengurusan Diri, Kemahiran Kraftangan dan Kemahiran Manipulatif...huhu...tak pe, aq dah berniat untuk menimba seberapa banyak pengalaman walaupun bukan bidang kepakaran pun sebenarnya pendidikan khas nih...InsyaAllah belum cuba belum tahu kan...haha...seawal pagi pergi perhimpunan dan selalunya kalau perhimpunan aq duduk paling belakang sekali haha sebab pengawas kan, kali  ni, duduk paling depan...macam-macam rasa ada sebenarnya...huhu...biasalah kalau cikgu baru masuk sekolah, bukan setakat pelajar je pandang pelik, cikgu-cikgu lain lebih lagi pandang aq pelik...haha...lepas habis je perhimpunan sekolah, mereka adakan perhimpunan untuk pendidikan khas sahaja yg hanya ada guru-guru pend. Khas dgn Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas sahaja...haaaaa, waktu ni la aq diperkenalkan oleh GPK Pendidikan Khas kepada para pelajar pend. khas dan cg2 lain...kekok juga la rasa dia...Alhamdulillah kawan-kawan guru yang baik, peramah dan sporting tidak membuatkan aq rasa takut sangat...sepanjang hari tu, aq diberi taklimat oleh Penolong Kanan tentang keadaan pelajar dan pengurusan sekolah semuanya...

Aq diberi tugas menjadi guru kelas Pendidikan Khas 7 iaitu kelas hujung/kritikal...pelajar-pelajarnya memerlukan lebih perhatian berbanding kelas PK 1. Ada 9 orang dalam satu kelas. Pelajar yang terdiri dari pelajar down syndrome, autisme, disleksia dan masalah pembelajaran lain...pertama kali masuk sekolah, terkejut juga sebab keadaan pelajar yang hyperaktif...tapi Alhamdulillah masih boleh kawal riak muka dan masih belajar untuk sesuaikan diri dengan keadaan pelajar...mengajar anak syurga bukan senang, sangat respect dengan ibu bapa yang mempunyai anak-anak syurga ni...dengan sikap mereka telah mengajar kita erti sabar dan bersyukur yang sebanyaknya...  

Aq dibimbing mentor Cikgu Syazi, usia lebih tua setahun dari ku...senangla nak berkongsi cerita...haha...dia banyak mengajarku bagaimana nak menulis buku rekod guru dan cara mengajar semuanya...akak ni juga banyak terangkan keadaan dan sikap pelajar-pelajar setiap seorang kepadaku...banyak yang aq belajar dari dia...dengan cara ni, aq rasa lebih faham pelajar dan tidak mudah rasa stress atau marah tentang keadaan pelajar..kadang dari jauh mereka dah panggil, cikguuuuuu...padahal nak cakap selamat pagi je pun...Hurm...mampu senyum je dengan semua kerenah pelajar ni...ada tu, esok aq mengajar kelas dia, tapi hari ni dah ingatkan, cikgu esok mengajar kelas saya ya...yeay...aq terdetik dalam hati, macam-macam la pelajar ni...hanya mampu geleng dan senyum je dengan kerenah anak-anak pelajar nih...sampai kadang nak marah pun jadi tersenyum tengok gelagat mereka...

Hari terakhir berada disekolah terasa sedih...terfikir camne la nak tinggalkan budak-budak nih...Allahu...hati ni terlalu dekat dengan mereka...mereka adalah pengalaman pertama mengajar di sekolah secara formal...Terima Kasih tidak terhingga pada barisan guru-guru pendidikan khas SMK Paduka Tuan Segamat dan para Pembantu Pendidikan Khas....Kenangan tidak akan dilupakan...Semoga Allah permudahkan urusan semua sebaiknya...Alhamdulillah...  







































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

My Graduation Story... If You Think You Can, Just Trust Yourself, You Can Do It !

Perkongsian bersama Akademi Memanah Thalhah...