سلام عيدالفطري 2018

Hari ni dah masuk Syawal ke 5, sekejap je masa berlalu…Alhamdulillah baru ada masa nak update entry…Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 ya…Huhuhu…

Ramadhan ni sangat sayu tahun ni…Alhamdulillah dapat bertarawih lengkap sepanjang Ramadhan…ponteng tarawih pun sebab Allah bagi cutieee…heeeee…Pengalaman dengar suara imam masjid UTHM yang sayu lagi merajinkan aq pergi tarawih…haha…terima kasih Ainur temankan akak terawih…paling best Zeti la…heeee…sedih nak meninggalkan Ramadhan, entah jumpa lagi ke tak Ramadhan tahun depannya…rindu nak berbuka puasa dengan mak ayah, rindu nak bersahur dengan mereka, rindu nak bertarawih dengar suara ayah jadi imam tarawih, rindu sangat-sangat semuanya…walaupun tak makan, kekuatan tu Allah beri lebih pada bulan Ramadhan…aq memang dapat rasa sebab bulan Ramadhan kali ni sangat mencabar sebab assignment tugasan individu mahupun group perlu disiapkan sepenuhnnya menjelang minggu akhir kelas kerana sibuk dengan pembentangan projek…Kadang tak tidur siapkan assignment…rasa la kepayahannya, tapi selalu cakap dengan diri sendiri, ‘kau boleh la Nurathirah! Kenapa nak kena lemah je’…kadang terasa gila juga sebab cakap sorang-sorang, tapi Prof selalu kata, tu sebenarnya terapi untuk kita lebih positifkan diri sendiri tanpa bantuan manusia lain kerana, Allah jua yang menguatkan kita…terima kasih pada Nurul pada Ainur, yang kadang-kadang teman akak dia ni buat assignment tengah-tengah pagi walaupun hanya dalam called dalam mesej…terima kasih sangat-sangat…kadang Allah tak beri apa yang kita nak tapi Allah beri apa yang kita perlu…nikmat manakah lagi yang telah kamu dustakan? Alhamdulillah ya Rahman…

Hari terakhir Ramadhan, keluarga Kombil adakan Majlis Khatam Al-Qur’an Perdana & Iftar Jamaie dari jam 6 petang camtu…ini memang rutin setiap kali Ramadhan…berkumpul ramai-ramai tadarus dengan membahagikan-bahagikan juzuk untuk setiap keluarga habiskan membaca dan akhirnya khatam al-Qur’an beramai-ramai…embah ada kata, kalau kita hidupkan sunnah nabi, esok mati senang kita nak dapat syafaat darinya…sebenarnya, ni semua nikmat Allah…dapat bersama keluarga tu dah cukup bersyukur bagi kami semua…hidup dalam bersederhana sangatlah dituntut oleh agama…Lepas habis majlis khatam, semua dah bersedia meyiapkan juadah berbuka puasa, hari tu semua bawa makanan masing-masing…mak cik-mak cik semua bawa gulai daging salai, ketupat, dan macam-macam lagi juadah berbuka…rasa macam dah raya pula…hahaha…kenyang betul malam tue…lepas solat berjemaah Maghrib, first time paman Adi jadi imam hari nih...haha...lepas solat, sambung balik makan...hehe...lepas Isyak pula, yang mak-mak sibuk masukkan biskut raya dalam balang untuk tetamu esok, anak-anak pula sibuk jugak main bunga api kat luar...riuh dengar jerit-jerit lahai....urmmm...aq and the geng tahu je la watpe, memang tugas hakiki mengemas dan membasuh pinggan la jawabnya...huhu....hepynya lahai malam raya nieee....

Pagi raya, dari rumah dah dengar takbir raya, bangun awal mandi sunat hari raya then solat Subuh...ayah cakap, hari ni ada dua kali mandi sunat, satu hari raya, satu lagu hari jumaat...Ha’a laaaaa, baru perasan hari raya pertama hari Jumaat...Alluakhbar, berkat raya tahun ni sangat istimewa...Pagi raya, mak masak sarapan laksa Johor...sebab semalam mak dah masak lauk-pauk raya, jadi mak kata makan lain la, kami ok je...apa mak masak semuanya sedap....kami telan je....heeee...habis sarapan, mak ajak pergi sembahyang raya....nak ikut jugak....bukan selalu dapat solat sunat hari raya nie...dengar khutbah raya....bestnya rasaaa...balik solat raya, ayah suruh siap nak pergi raya rumah embah...rutin setiap pagi raya memang camni, jalan kaki je pergi rumah embah...hehe...kat bawah je pun rumahnya...lepas siap semua, kami adik-beradik salam mak ayah mohon maaf zahir dan batin semuanya...mohon halalkan semua yang mak ayah dah beri dan ucap terima kasih sebanyaknya pada mereka yang telah mendidik menjaga kami sebaiknya sampai sekarang...paling sedih adik la...haha...belum cakap dah gosok mata...huhu...alahai adik.....rutin setiap tahun camtu...dia sorang jeh nangis sampai mata merah...lepas tu nak snap potrait picture dah tak lawa...adik.....adik.....hahaha...

Lepas solat Jumaat, baru kami pergi beraya dengan keluarga Kombil kerana menunggu adik-beradik ayah yang lain datang...sebelum tu, marhaban dulu di rumah embah, baru lah pergi beraya di rumah atuk-atuk saudara yang lain...rutin tahunan marhaban setiap rumah keluarga yang diziarah yang memeriahkan Kombil sekeluaraga...bukan senang nak cari keluarga yang begini...jarang lah jumpa sekarang...sangat bersyukur ya Rabb...bagi aq sangat teruja sebab dapat berjumpa sepupu yang bekerja jauh di KL, JB semua balik beraya bersama...bukan senang nak jumpa diaorang nih...waktu raya lah paling sesuai melainkan aq kawin nanti barulah berkumpul semula...hahah...sampai Maghrib juga la habis beraya semua...balik dah penat, sambung esok pula di Pahang beraya di kampung sebelah mak pula...heeee....

Dalam berduka, Allah sentiasa hadirkan manusia-manusia yang baik untuk aq terus kuat menghadapi ujianNya...hanya Allah yang Maha Tahu semuanya...setiap kali sujud akhir aq sentiasa bermohon Engkau berilah kebaikan dan kesihatan yang baik kepada semua manusia yang telah banyak menguatkanku sampai sekarang...sayangilah mereka sepertimana Engkau sayangi aq dan berilah mereka nikmat sepertimana Engkau limpahkan nikmat yang terlalu banyak padaku...Engkaulah penguasa bumi di Timur dan Barat dan Engkau jualah sebaik-baik penjaga, maka aq serahkan semula padaMu semuanya...Didiklah hati ini supaya sentiasa bersyukur dengan apa pun ujianMu ya Rabbul Jalil....

#jemput raya rumah ya....
#team raya Johor

SALAM AIDILFITRI 2018...  
   



































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

Kenangan bersamamu KK Batu Anam...

My Graduation Story... If You Think You Can, Just Trust Yourself, You Can Do It !