Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

Syawal Ke-2...

Imej
Raya kedua kami beraya di kampung sebelah mak pula di Pahang...Pagi raya kedua kami bersiap untuk pulang ke Kg Pahang. Kami beraya di Kg Pahang tidak semeriah di Johor namun tetap pulang untuk menziarahi kubur arwah Atuk dan arwah Wan. Keluarga Mak Cu & Mak Ndak ada di kampung juga. Petang raya kedua mak ajak ke kubur...kami menziarahi kubur arwah atuk, arwah wan, arwah mak ngah dan arwah sepupu kami...Lepas ayah membaca tahlil ringkas, kami membersihkan kubur-kubur mereka. Ayah kata, kalau ziarah ke kubur, kalau boleh bersihkanlah kubur tu sebaiknya...supaya nampak kemas dan bersih...Setiap kali lepas ziarah ke kubur, ayah selalu minta kami gotong-royong bersihkan kubur bersama...Apa yang kami lihat mak ayah lakukan, itulah yang kami usaha buat untuk manusia lain sebaiknya...sangat-sangat rindukan arwah atuk dan arwah wan...tak sedar air mata menitis selepas habis membacakan doa untuk semua ahli kubur...dah 3 tahun kami beraya tanpa mereka, paling terasa pastinya mak la...namun

سلام عيدالفطري 2018

Imej
Hari ni dah masuk Syawal ke 5, sekejap je masa berlalu…Alhamdulillah baru ada masa nak update entry…Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 ya…Huhuhu… Ramadhan ni sangat sayu tahun ni…Alhamdulillah dapat bertarawih lengkap sepanjang Ramadhan…ponteng tarawih pun sebab Allah bagi cutieee…heeeee…Pengalaman dengar suara imam masjid UTHM yang sayu lagi merajinkan aq pergi tarawih…haha…terima kasih Ainur temankan akak terawih…paling best Zeti la…heeee…sedih nak meninggalkan Ramadhan, entah jumpa lagi ke tak Ramadhan tahun depannya…rindu nak berbuka puasa dengan mak ayah, rindu nak bersahur dengan mereka, rindu nak bertarawih dengar suara ayah jadi imam tarawih, rindu sangat-sangat semuanya…walaupun tak makan, kekuatan tu Allah beri lebih pada bulan Ramadhan…aq memang dapat rasa sebab bulan Ramadhan kali ni sangat mencabar sebab assignment tugasan individu mahupun group perlu disiapkan sepenuhnnya menjelang minggu akhir kelas kerana sibuk dengan pembentangan projek…Kadang tak tidur siapkan ass