Khamis, 6 Julai 2017

Aidilfitri 2017 bersama famili KOMBIL

Lama dah tak post entry baru nieee...hanya sekadar perkongsian...

Aidilfitri tahun ni terlalu meriah untuk kami...walau hanya beraya di rumah sendiri tak balik kampung manapun sebab kg sebelah rumah je...heeee...Malam raya Angah dah sibuk gosok baju raya semua ahli keluarga...adik-adik pula main bunga api bersama-sama...memang best la...
Pagi 1 Syawal tu terbangun sendiri tepat jam 5 pagi, haha dah biasa bangun sahur agaknya...Bangun terus mandi sunat hari raya...kejut adik-beradik lain bangun solat Subuh...pagi tu tolong mak siapkan juadah makan semua. Jam 7 dah sarapan...habis sarapan, semua bersiap nak pergi solat sunat hari raya Aidilfitri...pergi awal mak kata, nanti penuh orang...pergi awal dapat bertakbir raya sama-sama...Habis selesai solat sunat hari raya dan dengar khutbah raya then balik dah...Jarang dapat merasa camni, hanya setahun sekali je...Lepas Zohor baru mula jalan beraya menziarahi atuk sedara semua...kami kalau beraya setiap rumah memang bermarhaban berselawat bersama semua ahli keluarga...tu yang paling best sebenarnya...habis selawat, doa untuk tuan rumah agar diberi kesihatan yang baik pada semua ahli keluarganya....Then baru merasa juadah biskut raya...heeee...memang best...sebab jarang sangat jumpa famili besar cmni, sepupu mak cik pak cik semua...hari raya ni lah peluang semua keluarga ada...yang kerja jauh-jauh yang belajar jauh-jauh semua dapat balik...macam reunion pun ada jugak....hahahah....Segala pujian hanya pada Allah jua...Kepuasan tu hanya Allah je yang tahu...Alhamdulillah...

Kalau boleh ambil lah peluang ni untuk eratkan lagi rasa sayang dalam keluarga tu sebenarnya...tak mudah untuk mulakan yang baik-baik dalam keluarga, kadang jadi kadang diperli, kadang tidak diendahkan...tetapi cubalah usahalah sebaik mungkin...insyaAllah DIA akan bantu...mulakan niat yang baik insyaAllah yang baik-baik akan berlaku...kalau berjaya Alhamdulillah, kalau tidak, bersabar itu lebih baik...nak ubah manusia bukan mudah, diri sendiri kena berubah dulu baru orang lain akan hormat dan akhirnya insyaAllah berubah...bukan kehormatan manusia yang kita minta tetapi keredhaan Allah...Usahalah bantu manusia lain sebaiknya agar Allah permudahkan urusan kita disana nanti...tak nak apa-apa pujian pun...cukup sekadar Allah pandang usaha kita...

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir & Batin kepada semua sahabat yang mengenali dan mengenali hanya dari jauh...hehehe....Minal Aidil WalFaizin...Bitaufiq Wannajah...

#sekadar hanya berkongsi rasa dan pengalaman...
#yang baik ikutilah, yang buruk abaikanlah...















Sabtu, 22 April 2017

Nurul


Aq tak pernah jumpa pelajar sekuat ini...banyak yang dilalui...bukan semua kawannya tahu latar belakang hidupnya camne...tapi dia sentiasa tabah...sentiasa ada usaha untuk jadi lebih baik...Selalu terlihat kuat di depan khalayak...seperti tiada masalah yang berlaku...sedangkan hanya Allah yang Maha Mengetahui semuanya...Teruskan usaha Nurul Farhana...akak ada dengan awak...Just do as you can...Family akak ada dengan awak...dan yg paling penting Allah sentiasa ada dengan awak, Nurul...Akak sayang awak kerana Allah jua...Fighting!

Ahad, 5 Mac 2017

Aq berkawan bukan kerana HARTA...
Aq berkawan bukan kerana keluarga aq BERHARTA...
Aq berkawan bukan kerana Nafsu Gila...
Aq berkawan bukan kerana Cinta Gila...

Aq cuma berkawan untuk berkongsi cerita...
Aq cuma berkawan untuk berkongsi kasih yg Allah beri...
Aq cuma berkawan kerana AGAMA mu, wahai sahabat...
Aq cuma berkawan untuk berkongsi apa yg aq ada...

Bukan untuk membolot semua yg engkau ada...
Bukan untuk meminta yg aq tiada...
Hanya Allah yang tahu semuanya...
PadaNYA aq serahkan segalanya...

Aq sgt bersyukur hingga saat ini,
Allah masih menutupi aibku...
Terlalu banyak dosa yg aq lakukan,
Tapi Allah masih sayangkan aq...

Alhamdulillah...



Isnin, 20 Februari 2017

Bukan susah nak buat baik....

Malam selepas Maghrib, jumpa adik-adik aspuri cukup hepy...bila lihat riak wajah mereka terasa sebak...Rindu sangat...dah lama tak jumpa...dari jauh mereka dah jerit panggil "Kak Ira....!"...kadang-kadang senyum je dah boleh buat org lain hepy...tu yg best sgt...Bersyukur sgt Ya Allah...walaupun kadang-kadang adik2 aspuri ni degil...tapi mereka juga la tempat aq hilang stress...Alhamdulillah...
Akak Fura byk ajar kami lakukan amal yang baik, dia bekerja bukan sekadar wang semata tapi sebab ilmu dan amal...sekali-sekala kami datang sekadar perkongsian ilmu bukan nak tunjuk kami pandai, tapi sebab tanggungjawab...amanah untuk agama sendiri...igt adik2 aspuri...kami ada atau kami tak de bukan alasan untuk semua tak berjaya...setiap manusia Allah tak lahirkan dia tak pandai, cuma kelebihan itu berbeza-beza...carilah kelebihan sebenar kamu dimana....