Khamis, 1 September 2016

Hanya ingin melihat mereka berjaya!


Terima kasih adik-adik semua, pastikan kejayaan milik awak...Kita tak nak berjaya di dunia je, tapi yang paling penting di akhirat jua...Berdebar rasa bila pertama kali menguruskan beratus pelajar, berdebar bila melihat pelajar menangis kebanyakannya...Akak tak minta adik-adik semua mengeluarkan air mata..tetapi kaang-kadang airmata tu lah yg buat kita bangun semula untuk berjaya...Apa yang akak tuturkan bukan untuk melihat adik-adik menangis tetapi ingin buat adik-adik semua SEDAR yang kita ada matlamat untuk hidup didunia.. Allah tak pernah jadikan kita hidup di dunia ini untuk sia-sia...setiap orang pasti ada kelebihannya sendiri...Kalau bukan dari segi akademiknya, cari la dari sudut kelebihan yang lain pula...Gunakan kelebihan yg adik-adik ada untuk membantu manusia lain...

Jaga lah hubungan adik2 dgn Allah dan manusia sebaiknya..kerana itu sahaja yang akan membuatkan adik tenang...Belajar untuk bersabar dengan semua yg adik lalui...Setiap kita memang tak sama latar belakangnya, tetapi kita ada Tuhan yang sama, matlamat yang sama...Adik-adik fikirla sebaiknya...

Terima Kasih kepada semua pelajar asrama Bentara, pelajar PRS SMK Dato Bentara Dalam & warden asrama...Kami barisan ALUMNI memohon maaf jika ada tersalah kata...yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan...

Salam Sayang...