Rabu, 7 Oktober 2015


Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR,
Apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT,
Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA,
Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD,
Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU... 

~hanya menimba ilmu~

kawan gaduh dan hepy bersama...


Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Sahabat yang paling baik ialah apabila dia dikhianati dia akan menulis diatas pasir bukan diatas batu, dan apabila dia disayangi dia akan mengukir diatas batu. Supaya sakit yang dia rasai akan cepat padam dalam hatinya. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah sahabat yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Dugaan dan ujian yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Jadilah mutiara yang digenggam oleh manusia di tangan bukan butiran pasir yang banyak, ini kerana apabila dicampak kelaut ia tetap boleh dicari kerana sifat mutiara akan mendatangkan sinaran di dalam air laut berbanding butiran pasir yang tidak bersinar. ^_^


“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari salah sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah berbalah satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”-surah Al-Hujurat ayat 10-12