Khamis, 30 Oktober 2014

Pengalaman berjumpa sahabat baru...















Apa yang Allah beri masa sempit selalunya memang terbaik untuk kita. Tira nak cerita la sikit pengalaman pergi taman negara, pergi dengan tujuan untuk menyiapkan projek...erm kawan-kawan yang lain sibuk menghabiskan cuti pertengahan semester seminggu kat rumah...kita pula terpaksa berkorban untuk kenikmatan semua tu...tapi tira xpernah menyesal pun dengan semua tu sebaliknya sangat bersyukur dapat timba pengalaman baru...sebab kita ikut program dengan kemahuan hati bukan terpaksa. Firsttime pergi taman negara Endau Rompin tu yang macam teruja sikit...dulu pernah pergi tapi xla sampai ke dalam macam ni. Dulu nak masuk taman negara penuh la berliku-liku jalannya. Tapi sekarang, jalan dah bertar...jimat la  masa dalam 1 jam 30 minit je nak masuk taman negara tu dengan Pajero 4x4 ...tujuan pergi taman negara tu sebenarnya ikut program anjuran UNESCO dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Program melestarikan Bahasa Daerah dan Sukuan...hikmah nya di sini, apa yang kita lihat dimana2 pelosok dunia pun kita boleh hidup. Dalam hutan yang sedalam itu pun ada manusia tinggal dan menetap...kami pergi ke Kampung Peta iaitu kampung orang asli di situ untuk mencari kosa kata atau leksikal baru bahasa Orang Asli Jakun di situ...leksikal yang kami jumpa banyak juga, tetapi Orang asli di sana dah maju, percakapan mereka pun hampir sama dengan dialek kita di bandar-bandar besar. Banyak perkara yang kami dapat belajar apabila ingin masuk hutan tebal daripada orang asli ni. Mereka mengajar kami bagaimana ingin membuat kraf tangan menggunakan tumbuhan-tumbuhan hutan, bagaimana ingin membuat perangkap untuk menjerat haiwan di hutan seperti harimau, monyet, tupai, pelanduk dan bagaimana ingin menggunakan tumbuhan hutan bagi membuat ubat atau penawar penyakit...kebanyakan orang asli xpernah rabun seperti kita kerana mereka makan tumbuhan asli dari tumbuhan, tiada campuran bahan kimia...jadi ad petua-petua mereka yang kita boleh ikut selagi xmelanggar hukum syarak sebenarnya...mereka di sana tidak pernah rasa untuk kedekut ilmu macam kita di sini...apabila kami bertanya soalan mereka menjawab dengan penuh semangat sampaikan mereka ingin mengajar kami bahasa percakapan mereka...haha...rasa kekok juga la nak bercakap bahasa mereka...tetapi mereka disana sangat suka mendengar kita bercakap bahasa dialek mereka sampaikan mereka kata, kalau datang lagi sekali ke tempat mereka, mereka nak dengar kami bertutur bahasa mereka...hmm...bukan seperti kita, bertutur kadang-kadang mencipta perkataan sendiri (mencarut) yang sebenarnya tiada pun dalam kamus dewan bagi leksikal tersebut...apa yang kita kata apa yang kita sebut apa yang kita tutur semuanya adalah DOA...jika baik perkataan tersebut, Inn Shaa Allah akan jadi kenyataan juga...      

#kadang-kadang apa yang Allah beri kita leka, sedangkan semua tu nikmat yang Allah ingin uji...
<kongsipengalaman>

#syafiqah>ain>fisya>fina>sharmila>