Nasihat Pada Diri


Assalamualaikum...Hari ni terasa nak berkongsi sesuatu yg kadang-kadang kita sebagai hambaNya terlepas pandang atau sahaja tidak peduli dengan perasaan orang lain...soal tanggungjawab, soal amanah dan soal hati dibiar begitu sahaja sebaliknya hanya memikirkan hal kesenangan diri sendiri lebih penting dari sesuatu amanah yang sepatutnya kita galas sebagai hambaNya...Hal ini juga yang menyebabkan kadang-kadang rezeki yang kita perolehi secara halal tetapi tidak berkat... Sebagai contoh, maksud berkat di sini ialah bila dapat gaji yang lebih tinggi nilainya dari orang lain tetapi cepat sungguh habisnya...duit gaji bagai mengalir seperti air...sedangkan orang yang menerima gaji nilainya lebih rendah sentiasa cukup untuk keperluan diri sehingga masih boleh disimpan bakinya...kita tidak akan sedar kalau kita sendiri kurang bermuhasabah...Contoh lain pula bila waktu kerja waktu lecturer mengajar di depan kita pula sering melihat “Galxy Notes, Tabs, Smartphone” canggih  untuk berFB ber WhatsApps di belakang sambil tak peduli kawan-kawan lain sibuk menyiapkan tugasan serta fokus pada kerja...sebenarnya, tak salah kita nak lihat FB, WhatsApps semua tu, tapi janganlah mengabaikan kerja, amanah yang kita tanggung...kita bekerja satu group, satu unit, satu pasukan...sepatutnya masa ni la yang kita perlu curi masa untuk belajar dengan orang yang lebih berpengalaman, ambil sebanyak mungkin ilmu mereka...janganlah berlagak pandai, bodoh sombong... Rasulullah SAW ketika berkomunikasi dengan sahabat pun hanya tunduk merendah diri sahaja...kita ni sape untuk berlagak lebih dari baginda SAW...Allah...fikirkanla....rasanya tak tertanggung dosa untuk disoal di hadapan ALLAH nanti...   

Hamba yang sering khilaf ini hanya ingin berkongsi, tidak ada niat buruk ataupun kaitan dengan perkara ap pun...ap yg saya rasa dari pengalaman hidup ini itulah yg saya kongsikan...maaf jika ada terkasar bahasa...belajar dari kesilapan lagi disukai oleh Allah berbanding tahu namun tidak ada perubahan...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

My Graduation Story... If You Think You Can, Just Trust Yourself, You Can Do It !

Perkongsian bersama Akademi Memanah Thalhah...