Selasa, 17 Disember 2013

Syukur kerana Allah...


Assalamualaikum…
Alhamdulillah syukur padaNya dengan nikmat bernafas yang selesa ini…hari ini tira terasa ingin berkongsi sesuatu yang membuatkan rasa hati ini sangat bersyukur bila melihatnya dan merasainya…Pada hari Sabtu & Ahad(14&15) lepas kami group Khidmat Masyarakat kokurikulum UTHM telah menjalankan Program Anak Angkat di Kg Bukit Pulau, Melaka. Walaupun hanya 2 hari tetapi tira sendiri rasa sangat terharu dengan layanan keluarga angkat  dan masyarakat kg yang sangat ramah. Mereka tidak sikit pun rasa payah bila menerima kami sebagai anak. Tira dan tiga lagi sahabat yang lain dapat mak angkat yang sama iaitu keluarga Pn Rosnani bt Bachik (surirumah). Suaminya bekerja sbg Guard di Jusco/Mydin(  tak berapa igt..hehe). Keluarga mereka baru sahaja mendapat orang baru dalam family iaitu menantunya baru lepas bersalin. Kami datang hari Sabtu, bersalinnya hari Jumaat...Alhamdullilah mak dh ad dua org cucu sekarang ini. Anak mereka semuanya 4 orang. Semuanya dah besar yang bongsu dalam Tingkatan 3 cmtula... Kami memang tak duduk lama di rumah sebab banyak Program yg perlu dijalankan di sekitar kg, jadi kurang masa untuk lebih mengenali ahli2 keluarga sebenarnya. Namun ap yg kami lihat mereka sangat prihatin. Setiap kali kami pulang ke rumah je mesti tanya “dh makan ke belum?, kalau belum ni ad makanan ni..makan ya...” Allah... Walaupun mereka tidak senang/kaya mana tetapi masih boleh menjaga kami bertiga dengan sangat baik...ap yg buat kami rasa lg terharu, mereka hanya tidur di ruang tamu beralaskan lantai keras untuk memberi kami bilik yg lebih selesa...Subhanallah... mmg rasa hati ini sangat terpanggil untuk membantu masyarakat. Kami juga telah melawat Warga Emas dalam 15 buah rumah cmtula...Ad yang kematian suami dan ad jg sudah kematian isteri. Ad la seorang mak cik ni bila kami menyampaikan sumbangan dia rasa sangat terharu. Ap yg dia sampaikan pada kami ialah, “Jaga mak & ayah baik-baik ya, nak...mak & ayah tu no 1...jangan tinggal solat, mak cik doakan semoga kamu semua menjadi menteri, doktor ya nak...” Allah... memang terasa dalam hati ni betapa ia sangat memberi pengajaran bahawa ini lah yg dikatakan kita memang xbleh sekali pun berkata ‘ah’ pada mereka orang yang lebih tua...biarkan mereka sakit atau susah sendiri bila mereka tua nanti...masa kami dh nak pergi ziarah rumah warga emas lain plak, saya pun salam mak cik tersebut  lalu memeluknya, saya bisik pada telinganya “terima kasih mak cik, mak cik jg kesihatan ya dan doakan kami berjaya ya...”  mak cik tu terus memeluk erat tanpa melepaskan saya...mengalir air matanya...mak cik membalas kata2 saya dengan, “ya mak cik akan doakan anak berjaya, jgn lupa mak ayah ya, nak...” saya melepaskan pelukan dan mengatakan “Inn Sha Allah” sahaja...sebenarnya hati terasa sebak waktu tu...huhu...

Ap yang saya rasa skarang ialah ertinya 'SYUKUR'...walau ap pun yg Allah beri jgn menafikan jangan malu, semua itu milikNya...bila kita berada di atas ingatlh orang yang di bawah...dan bila kita di bawah pula janganlah berputus asa...kerana jalan Allah untuk kita tetap ad sebenarnya...walau kita rasa kita xde barang tu barang ni, tapi dia ad dia nak ap pn semuanya dia akn dapat....itu la sbnrnya rezeki...semuanya milik Allah, kita hya pinjam je....klu mati nanti pn bknnya boleh bw semua ipad mahal tu ap pn...(ingatkan diri sendiri)

<sekadarberkongsipengalaman>