Rabu, 25 September 2013

Mengamalkan Solat Sunat Dhuha

Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.

Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.
Dari pengalaman saya sendiri, jika diikutkan duit elaun saya (saya masih seorang pelajar) sememangnya tidak cukup untuk menampung kos hidup dan pelajaran saya. Apatah lagi untuk membuat simpanan wang.

 “Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”

Khamis, 19 September 2013

Sambutlah Cinta Allah dengan menuntut ilmuNya...




Cinta Allah pada hambanya terlalu besar
sehinggakan apa-apa pun perkara yang kita
 lakukan perlulah dari keizinanNya...
 niat hanya kerana Allah...
Amar Makruf Nahi Mungkar...
InsyaAllah akan dipermudahkan olehNya...






Ya Allah dalam usahaku menuntut ilmu ini, berilah ku kekuatan dan ketabahan untuk mengharunginya...mari kita bersama-sama berjuang menegakkan agama Islam ini...:-)
ingin membantu perlukan ILMU...
ingin meneroka perlukan ILMU...
ingin berjaya perlukan ILMU...
ingin beribadah juga perlukan ILMU...


Justeru banyak lagi perkara yg kita telah, sedang atau akan dilakukan semuanya perlukan ILMU...sambutlah cinta Allah dalam menuntut ilmu Allah yang serba luas ini...InsyaAllah akan ada kemanisannya kelak...:)

Allah adalah "kekuatan"..
untuk mencari "kekuatan"..
carilah Allah...