Khamis, 10 Mei 2012

Lihatlah pelangi bukan guruh...

Assalamualaikum…
Dah lama rasanya tak menulis dalam blog ni. Sepanjang cuti rehat dirumah ni banyak sangat pengalaman pahit manis yang perlu ku tempuhi… Benar janji Allah, setiap kesusahan yang kita tempuh pasti dipengakhirannya ada manisnya jua… Jadi tempuhilah semuanya dengan sifat sabar hanya kerana Allah jua. InsyaAllah semua yang berlaku ada hikmahnya…

Pengalaman dapat bersama orang yang amat kita sayang adalah nikmat yang paling besar dariNya... Alhamdullilah... Terima kasih akak Fura, kerana bawa adk pergi bercuti dan selalu ambil berat tentang adik untuk selamanya. Adik mengaku adik ni seorang yang keras kepala, tak nk dengar cakap, tapi akak mampu faham adik… Allah…adik pun tak tahu, bahawa adik ni mampu tak faham akak sepertimana akak faham adik untuk hari-hari yang seterusnya … lepas ni adk dh jauh dgn akak, erm tak tahu la siapa yg nk jaga akak lg…

“Ya Allah janganlah engkau putuskan ukhuwwah yang terjalin atas izinMu jua… jadikanlah ukhuwwah ini hanya ingin mendapatkan kasih sayangmu Ya Rahman… janganlah Engkau masukkan dalam hati kami sifat keegoan yang melampau Ya Rabbi…janganlah jua Engkau terbitkan dalam hati kami sifat permusuhan dan kebencian Ya Rahim…hanya padaMu diri ini bermohon agar dapat membahagiakan semua orang disekelilingku Ya Allah… Ameen Ya Rabbal Alameen...”   

Ya Allah… sejak pagi tdi fikiran ku tak tentu memikirkan mimpi semalam…Allah… ada yg tak kena ke pada diri ni. Lepas solat sunat Dhuha, airmata ini mengalir sederasnya sehingga tak dapat lagi ku tahan… Astaghfirullahhalazim… Ampunkan dosa hambamu yang hina ini Ya Allah, sesungguhnya aku takut dengan azab kuburmu, aku takut dengan api yang menjulang-julang maraknya dalam nerakamu Ya Allah…dan aku amat takut dengan hari-hari kematianku Ya Allah…Permudahkanlah mulut ini menyebut Laailahaillallah… sewaktu sakaratul mautku tiba Ya Allah…