Muhasabah diri...

Wahai diri yang mengaku daripada umat Nabi Muhammad SAW

Letakkanlah sebuah cermin besar di hadapanmu

Wajah dan susuk tubuhmu akan jelas kau lihat

Mari jelajahi wajahmu dahulu…..sinar apakah yang ada di dahimu?

Pada dahi umat Muhammad yang benar mencintai Rasulullah ini..

Harus ada bukti….harus ada sinar….ada Nur yang memancar

Jangan kau bebas mendakwa cinta tanpa tanda!

‘ ya Rasulullah…saya ingin meminta sesuatu kepadamu…’

Rayu Rabi’ah bin Ka’ab al-Salami dengan mata berkaca

‘ katakanlah… wahai Rabia’ah’ ujar Rasulullah SAW

‘aku ingin jaminan …untuk berada di sampingmu di Syurga Allah nanti’ pinta Rabia’ah sejujurnya.

‘Adakah yang lain kau minta?’ Tanya Rasulullah SAW

‘ Hanya itu sahaja ya Rasulullah’.

‘jika begitu,bantulah aku untuk memenuhi keinginanmu dengan dikau perbanyakkan sujud’,

jawab Rasulullah SAW.

INILAH TANDA CINTA…. Dahi yang sentiasa sujud ke hadrat Allah Azzawajala..

Lambang percintaan antara Nabi Muhammad SAW dengan umatnya..

Dahi yang redha dan puas tersembam ke tanah … memuja dan memuji Allah SWT.

Apakah rasa cinta yang ada pada bibirmu?

Tatkala Rasulullah SAW menjelaskan kepada sahabat-sahabatnya

Tentang pintu kebaikan

Iaitu berpuasa dan solat di tengah malam

Kemudian Nabi Muhammad menyimpulkannya ….

‘ mahukah kamu aku tunjukkan dasar pada segala kebaikan?

’Muad’z r.a menjawab pantas …’ pasti ya Rasulullah’.

Lalu pemimpin agung itu meletakkan jarinya dibibir dan menunjukkan kearah lidah Baginda…

“jagalah yang ini.. manusia dilempar ke neraka kerana lidah mereka.”

Wahai diri yang mengaku umat Nabi Muhammad SAW.

Hanya pada dahi dan lidah yang ingin diperhalusi dahulu.

Benarkah ada CINTA?

Atau sebenarnya cinta agung Muhammad pada umatnya … tidak pun kau sambut

Tergamak hatimu melupakan kasih yang mulia itu.

Adakah kau lupa?

Saat kesakitan Nabi ketika malaikat maut berkunjung

Lalu nabi bertanya kepada malaikat “ apakah berita baik itu?”

“seluruh pintu langit dan syurga telah terbuka untuk menyambutmu ya Rasulullah”

Namun, Rasulullah masih belum lega…”aku ingin mendengar jaminan Allah terhadap umatku..”

“untuk umatmu … tidak akan masuk Syurga umat yang lain sehingga seluruh umatmu memasukinya terlebih dahulu” jawab malaikat…

Itulah jaminan yang membawa kedamaian dalam jiwa Nabi Muhammad SAW ini….

Setelah seluruh hidup, masa, tanaga dan jiwa raganya menyeru umat agar diselamatkan…

Lalu kembalilah Nabi yang penuh rahmat ini kepada kekasihnya…..Allahu Rabbul Izzati…..

…….Renung-renungkan….

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

My Graduation Story... If You Think You Can, Just Trust Yourself, You Can Do It !

Perkongsian bersama Akademi Memanah Thalhah...