Rabu, 28 Mac 2012

LAU KA NA BAINANA

Lau ka na bainana

Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب

Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب

Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam...

Isnin, 26 Mac 2012

ujian ALLAH...

Mohonlah kepada Allah agar memiliki kekuatan dan kesabaran yang besar demi menjalani segala ujianNya.

Cinta yang hakiki bukan dilewati dengan pujian & sanjungan. Cinta yang hakiki biasanya akan diuji dengan berbagai peristiwa yang menyakitkan, yang membuatkan hati kita terluka dan menderita. Allah membentuk dan melatih kita melalui luka itu, tetapi bukan pada seberapa besar luka itu tetapi seberapa besar kekuatan & kesabaran yang kita miliki untuk memulihkan luka itu. Kekuatan dan kesabaran yang dihiasi kasih sayang itulah yang akan tetap membuatkan kita bahagia sampai akhir hayat, karena Allah mencurahkan rahmat dan kasih sayangNya untuk hamba-hambaNya yang amat dikasihi...

Khamis, 22 Mac 2012

nukilan buatmu sahabat...

Assalamualaikum wbt...

sahabatku yang kukasihi dan kusayangi kerana Allah,
Semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan rahmatNya serta dikurniakan tubuh badan yang sihat bagi menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang Muslim. Ketika nukilan ini kutulis mungkin kau sedang ditemani oleh sahabatmu yang mampu menceriakan dirimu lebih dariku. Tahniah buat sahabat-sahabat yang berjaya dan yang kurang berjaya, tolong lah jangan berputus asa... banyak lagi peluang di luar sana yang boleh kita cari. Ingat rezeki ALLAH tu ada di mana-mana pun. Diri ini yakin bahawa sahabat-sahabatku sekalian memang kuat semangat dan tidak mengalah. Walau bersama siapapun dirimu ketika ini, walau siapa jua di sisimu, diriku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dirimu. Terima kasih seikhlasnya untukmu sahabat...