Sabtu, 4 Februari 2012

Sabar itu sebahagian dari IMAN...

Sebenarnya, perkara paling susah untuk dilakukan dalam hidup ini ialah sentiasa istiqamah dalam bersikap SABAR... Sabar ialah tabah hati tanpa mengeluh dalam menghadapi cubaan dan rintangan, dalam jangka waktu tertentu, serta dalam rangka mencapai tujuan... Kita lihat sendiri dalam kehidupan seharian kita, contohnya melihat orang lain mengusik-usik, menggunakan barang kita pastinya kita akan berasa marah kan? payah nak memujuk hati untuk bersikap lebih terbuka dan bersabar seperti Nabi Muhammad SAW iaitu kekasih ALLAH yang mempunyai akhlak yang sangat terpuji. Suatu kisah di mana Rasulullah SAW dibaling batu oleh pihak kafir laknatullah sehinggakan Malaikat yang diciptakan oleh ALLAH untuk sentiasa beribadah kepada ALLAH pun berasa marah dan menawarkan kepada Rasulullah SAW agar mereka-mereka itu dihempap dengan bukit-bukau... Namun apa yang Rasulullah SAW kata, “tak mengapa, mereka itu adalah golongan yang tidak tahu apa-apa” dan Rasulullah SAW masih tetap berdoa agar mereka ini diampunkan oleh ALLAH... Allahuakhbar... adakah kita seperti itu???

Islam mengajar bahawa bersabar dalam setiap perkara itu indah. Pertama, bertahan ketika menghadapi musibah terawal. Rasulullah SAW pernah bersabda, Innamassabru indassad matil uulaa. Ertinya:-Sabar yang sesungguhnya ialah ketika menghadapi musibah terawal.

Kedua, ketika ditimpa musibah, kita perlu segera mengingati Allah dan memohon keampunan Nya. Firman Allah, '(Orang-orang yang sabar ialah) mereka yang ketika ditimpa musibah, berkata, 'sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.' (al Baqarah: 156).

Ketiga, tidak memperlihatkan musibahnya kepada manusia lain, seperti isteri Abu Talhah (Ummu Sulaim) ketika ditinggal mati anaknya. (dikisahkan dalam hadis Riwayat Muslim).

Keempat, sabar menghadapi semua cubaan dengan ‘ikhlas’ kepada Allah. Allah berfirman dalam hadis Qudsy, 'Hamba Ku yang mukmin, yang bersabar dengan pasrah kepada Ku ketika kekasihnya Aku panggil kembali (mati), kepada Ku tak ada balasan yang layak dari Ku selain syurga.' (HR. Bukhari)

*“Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.”

*Keluarlah dari dirimu dan serahkanlah segalanya kepada Allah. Penuhi hatimu dengan Allah. Patuhilah kepada perintah-Nya dan larikanlah dirimu dari larangan-Nya, supaya nafsu badaniah mu tidak memasuki hatimu setelah ia keluar. Untuk membuang nafsu-nafsu badaniah dari hatimu, kamu harus berjuang melawannya dan jangan menyerah kepadanya dalam keadaan bagaimanapun jua dan dalam tempoh kesusahan juga. (Syeikh Abdul QadirJailani).

*Ketahuilah bahawa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rosak. (Khalifah Ali bin Abi Thalib)

“Percayalah, permulaan sabar adalah pahit, tetapi akhirnya sungguh manis. Sabar juga adalah jalan keluar bagi orang yang tidak menemukan jalan keluar. Ingatlah bahawa sabar itu adalah separuh dari IMAN... beruntunglah bagi orang-orang yang bersabar”

Maasalamah wa ilal liqa’...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan