Insan tersayang...

Mempunyai seorang ayah dan ibu yang tak pernah letih melayan kerenah anak-anaknya yang sentiasa meriuhkan suasana di rumah merupakan suatu nikmat yang paling besar dariNYA... setiap hari lepas balik solat fardhu Subuh berjemaah di masjid, ayah akan menyediakan sarapan di dapur... kadang-kadang emak yang tolong... ayah tak pernah menyuruh anak-anaknya menyediakan makanan untuknya. Sebaliknya dia akan menyediakan sendiri melainkan memang tersedia di atas meja dapur. Ayah risau bila mana anak-anaknya tiada makanan untuk dimakan di rumah... suatu hari tu, waktu tengah hari ayah telefon rumah hanya menanyakan tentang makanan dah dimasak ke belum... Ku pun berkata dah tetapi tak masak lauk banyak sebab adik-adik semua dah kenyang makan roti sardin. Namun ayah risau lalu ayah balik dengan membawa lauk... Subhanallah ayah...

Ayah banyak bantu ku. Walaupun dari luar nampak ketegasannya, tetapi dalamannya hanya manusia yang betul-betul mengenalnya je pasti tahu betapa lembutnya hati seorang ayah... mungkin pula dari muka seorang ibu nampak lembut dan tenang tetapi dalamannya penuh ketegasan. Namun ibu hanya tegas untuk mendidik anak-anaknya berjaya kelak, tiada seorang ibu pun yang tidak menyayangi anaknya kan? Mereka hanya nak yang terbaik untuk kita. Janganlah ambil hati pada mereka ya... Ayah tidak pernah berkasar dengan kami adik-beradik. Kalau adapun hanya menegur dan menasihati sahaja... Setiap hari lepas solat Maghrib, ibu akan menyuruh kami mengaji, tidak kira lah satu muka surat pun tak pe. Asalkan baca Al-Quran tu dan faham maksudnya... Ayah pula pergi surau, lepas solat Isyak baru balik. Itu la rutin harian kami di rumah setiap hari...

*Ku menulis ini hanya untuk mengingatkan diri ini supaya tidak leka dengan pemberianNya. Kadang-kadang kita melihat perkara tersebut terlalu remeh untuk kita bermuhasabah diri tetapi itu la yang menentukan perjalanan hidup kita pada masa akan datang. DOA dari mereka ini lah merupakan senjata utama untuk kita terus mengharungi kehidupan yang belum pasti lagi supaya kita berada dalam keredhaan dan keberkatan dariNYA...

“Peluk dan cium lah tangan dan pipi kedua ibu bapamu selagi kamu masih ada NYAWA untuk itu... kerana dengan berbuat begitu nescaya dirimu akan menjadi tenang... minta la maaf kepada mereka kerap kali bukan sekadar hanya hari raya semata-mata...”


~Istimewa buat ayahanda dan bonda tersayang, Abd Nasir Bin Masiron dan Norlila binti Mat Jani~

Ulasan

  1. Kita ada lebih daripada seorang kawan...Kawan semasa kecil...Kawan semasa di sekolah...Kawan semasa di universiti...Kawan sekerja...Ramainya kawan yang Allah berikan untuk kita sepanjang kita meniti kehidupan ini...Tapi, Allah hanya bagi kita seorang ibu & seorang sahaja ayah...Kenapa begitu..?Kerana mereka istimewa...Jiwa yang mereka ada sebagai seorang ibu & seorang ayah adalah terlalu sitimewa sehingga ia tidak boleh dikongsikan dengan 2 atau 3 orang ibu & ayah...Justeru, jadilah anak yang menghargai sebaiknya ibu & ayah selama mana mereka masih ada dengan kita...Nanti, bila Alla dah ambil mereka semula, pada siapa kita nak panggil "mak.." "ayah..." Dah tiada lagi...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenangan bersamamu PPKI SMK Paduka Tuan Segamat...

My Graduation Story... If You Think You Can, Just Trust Yourself, You Can Do It !

Perkongsian bersama Akademi Memanah Thalhah...