Jumaat, 27 Januari 2012

Insan tersayang...

Mempunyai seorang ayah dan ibu yang tak pernah letih melayan kerenah anak-anaknya yang sentiasa meriuhkan suasana di rumah merupakan suatu nikmat yang paling besar dariNYA... setiap hari lepas balik solat fardhu Subuh berjemaah di masjid, ayah akan menyediakan sarapan di dapur... kadang-kadang emak yang tolong... ayah tak pernah menyuruh anak-anaknya menyediakan makanan untuknya. Sebaliknya dia akan menyediakan sendiri melainkan memang tersedia di atas meja dapur. Ayah risau bila mana anak-anaknya tiada makanan untuk dimakan di rumah... suatu hari tu, waktu tengah hari ayah telefon rumah hanya menanyakan tentang makanan dah dimasak ke belum... Ku pun berkata dah tetapi tak masak lauk banyak sebab adik-adik semua dah kenyang makan roti sardin. Namun ayah risau lalu ayah balik dengan membawa lauk... Subhanallah ayah...

Ayah banyak bantu ku. Walaupun dari luar nampak ketegasannya, tetapi dalamannya hanya manusia yang betul-betul mengenalnya je pasti tahu betapa lembutnya hati seorang ayah... mungkin pula dari muka seorang ibu nampak lembut dan tenang tetapi dalamannya penuh ketegasan. Namun ibu hanya tegas untuk mendidik anak-anaknya berjaya kelak, tiada seorang ibu pun yang tidak menyayangi anaknya kan? Mereka hanya nak yang terbaik untuk kita. Janganlah ambil hati pada mereka ya... Ayah tidak pernah berkasar dengan kami adik-beradik. Kalau adapun hanya menegur dan menasihati sahaja... Setiap hari lepas solat Maghrib, ibu akan menyuruh kami mengaji, tidak kira lah satu muka surat pun tak pe. Asalkan baca Al-Quran tu dan faham maksudnya... Ayah pula pergi surau, lepas solat Isyak baru balik. Itu la rutin harian kami di rumah setiap hari...

*Ku menulis ini hanya untuk mengingatkan diri ini supaya tidak leka dengan pemberianNya. Kadang-kadang kita melihat perkara tersebut terlalu remeh untuk kita bermuhasabah diri tetapi itu la yang menentukan perjalanan hidup kita pada masa akan datang. DOA dari mereka ini lah merupakan senjata utama untuk kita terus mengharungi kehidupan yang belum pasti lagi supaya kita berada dalam keredhaan dan keberkatan dariNYA...

“Peluk dan cium lah tangan dan pipi kedua ibu bapamu selagi kamu masih ada NYAWA untuk itu... kerana dengan berbuat begitu nescaya dirimu akan menjadi tenang... minta la maaf kepada mereka kerap kali bukan sekadar hanya hari raya semata-mata...”


~Istimewa buat ayahanda dan bonda tersayang, Abd Nasir Bin Masiron dan Norlila binti Mat Jani~

Selasa, 24 Januari 2012

Keluarga ceria...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum kawan-kawan!, rasanya dah lama tak menulis dalam blog ni. Kalau ada pun hanya kata-kata semangat untuk memotivasikan diri sendiri...

Alhamdullilah, syukur pada ALLAH kerana diberi izin dari ALLAH untuk menulis dalam blog ni lagi... Syukur jg buatNya kerana memberi nikmat tidak putus-putus kepada hamba-hambanya... Alhamdullilah, dapat juga keluarga KOMBIL melaksanakan hari keluarga di Rompin Beach Resort tahun ni walaupun banyak halangan yg harus ditempuh sebelumnya. Dua hari di sana memberi banyak pengalaman pahit dan manis bersama. Memikul tanggungjawab sebagai seorang setiausaha sudah cukup mencabar untuk menguruskan aktiviti Hari keluarga ni. Banyak perkara yang perlu dipelajari lagi... Dengan izin ALLAH, hampir kesemuanya berjalan seperti yang dirancang. Pada hari itu la kita dapat bersama-sama dengan keluarga walaupun kadang-kadang semuanya sibuk dengan kerja masing-masing... Dengan melihat celoteh adik-adik kecil bersukan di tepi pantai, ibu-ibu dan bapa-bapa bermain boling kelapa membuatkan diri ini ceria... pelbagai ragam yang ditunjukkan...

*Terima kasih kepada semua ahli keluarga KOMBIL kerana memberi kerjasama yang sangat-sangat baik. Insya-ALLAH jua jika ada masa yang cun, boleh kita raikan setiap tahun...

~di sini kasihku tertumpah...
~di sini rasa sayang bertambah erat... 
~di sini jua ikatan ukhuwwah terjalin mesra...













*<<<buat keluarga KOMBIL>>>*
            ~Nur Ira~

Selasa, 17 Januari 2012

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali...



1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang degan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku degan selalu sembahyang malam.

3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka perbanyakan lah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya...

Khamis, 12 Januari 2012

Adikku Sayang...


Mempunyai seorang adik lelaki memang payah untuk diuruskan walaupun kadang-kadang mencuit hati yang sedang tertekan ini... Menjaga adik sementara tunggu keputusan periksa ni memang menguji tahap kesabaran, ada kalanya mood dia ok, senang la sikit nk kawal, tapi kalau mood dia buruk, susah nk pujuk...alahai adik sayang... Alhamdullilah, adik memang dengar kata, orang kata jangan lakukan perkara tu... Insya-ALLAH dia tak kan buat... Tapi kena la cakap dengan dia lemah lembut, jangan berkasar... setiap hari ku akan pergi jemput dia waktu balik sekolah, lepas waktu balik sekolah je, dia la yg menjadi teman ku masak makanan tengahari setiap hari... adik akan tunggu di meja makan sampai ku habis masak, kadang-kadang tu adik main mainan dia sendiri... bila lihat kerenah adik yang mencuit hati, memang membuatkan hatiku tenang walaupun kadang-kadang kita sendiri melihatnya sebagai satu bebanan pada diri... Tetapi sebenarnya, ALLAH memberi satu tanggungjawab besar yang perlu kita pikul kerana di sebalik semua itu, pasti ada hikmah yang tersembunyi untuk kita sendiri melihat betapa sayangnya ALLAH pada kita... Kasih Sayang ALLAH pada kita sungguh besar berbanding kasih sayang kita padaNya... Mungkin kita rasa malu untuk menunjukkan kasih sayang kita pada manusia tetapi bukan pada ALLAH... Usahlah berasa malu untuk menunjukkkan kasih sayangmu kepadaNya kerana DIA MAHA MENDENGAR....

*Berlembut lah dengan kanak-kanak yang masih tidak tahu apa-apa, Insya-ALLAH dia akan tahu menghargai pengorbanan tersebut... selagi masih berpeluang bersama dengannya, jagalah ia sebaiknya...

Wallahuallam...

Rabu, 4 Januari 2012

Anugerah ALLAH (2) ...

Bismillahirahmanirrahim...


Pengalaman yang paling bermakna dalam hidup adalah mencari seorang sahabat sejati yang mampu menggembirakan, menceriakan dan menemani ketika susah dan senang... Kata orang, jika akhlak baik Insya-ALLAH sahabat yang mendampinginya pun baik akhlaknya... Sepanjang bersekolah, tidak pernah sekalipun ku menjumpai seorang kawan yang sombong dan tidak menghiraukan sahabat-sahabatnya yang lain. Kalau adapun hanya ingin menyakat dan bergurau saja...

Sebelum ini ku sudah mencoret sedikit kenangan manis tentang ‘Anugerah ALLAH’ untuk ku... Alhamdullilah... Kali ini pula diri ini merasakan ingin mencoret mengenai ‘Anugerah ALLAH’ jua untuk ku iaitu erti sebuah persahabatan dalam hidup ini. Bersyukur sangat bila mana ALLAH menghadirkan seorang sahabat yang baik hati, memahami dan sentiasa membuatkan diri ku ini sentiasa ceria.

Ingat lagi sewaktu ku menghadiri kem Ibadah di sekolah selama dua hari. Walaupun waktunya singkat tetapi aktiviti yang dijalankan sungguh menyeronokkan. Pengalaman pertama duduk di asrama sekolah membuatkan diri ini berdebar-debar dan takut. Syukur Alhamdullilah kerana ada sahabat yang memahami diri ini, tak la berasa kekok sangat. hehehe... Pengalaman tidur bersama di sebuah katil kecil pun sudah menampakkan bahawa sahabat itu sungguh memahami... kadang-kadang ALLAH tidak menghadirkan kasih sayangNya pada keluarga sendiri tetapi ALLAH menghadirkanNya bersama manusia lain... Keikhlasan sahabat-sahabatku berkawan bersama dan berkongsi susah dan senang merupakan satu nikmat yang besar padaku... ‘Alhamdullilah’... terima kasih sahabat-sahabatku sekalian...

Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan,
walaupun maut menjadi noktahnya.
 
Seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain,
biarpun tanpa bayangannya...

 



Khas buatmu sahabat, kawan, rakan dan teman:
~Tasnim, Sheril, Ain, Bilah shaiem, Najwa, Mimi, Shera, Nany, Fthin Ntsha, Bihah, Waie, Intan dn kawan-kawan sekelas yang dikasihi sekalian...~