Isnin, 13 Ogos 2012

"...Perumpamaan orang yg beriman dalam hal saling mencintai dan berkasih sayang adalah ibarat satu tubuh, apabila satu organnya berasa sakit, maka seluruh tubuh akan berasa sakit juga..."
-riwayat muslim 

hadis di atas benar menunjukkan jika kita benar-benar sayang dan cinta seseorang itu hanya kerana ALLAH....nikmatnya sungguh indah... sahabat-sahabat yang dikasihi, ana sungguh rindu bila berjauhan denganmu, bila tidak melihat rupamu secara berhadapan, dan bila engkau tidak berkata-kata...ana rasa rindu untuk mendengar suaramu wahai sahabat...ana uhibbuki fillah sepenuh hatiku...




Khamis, 10 Mei 2012

Lihatlah pelangi bukan guruh...

Assalamualaikum…
Dah lama rasanya tak menulis dalam blog ni. Sepanjang cuti rehat dirumah ni banyak sangat pengalaman pahit manis yang perlu ku tempuhi… Benar janji Allah, setiap kesusahan yang kita tempuh pasti dipengakhirannya ada manisnya jua… Jadi tempuhilah semuanya dengan sifat sabar hanya kerana Allah jua. InsyaAllah semua yang berlaku ada hikmahnya…

Pengalaman dapat bersama orang yang amat kita sayang adalah nikmat yang paling besar dariNya... Alhamdullilah... Terima kasih akak Fura, kerana bawa adk pergi bercuti dan selalu ambil berat tentang adik untuk selamanya. Adik mengaku adik ni seorang yang keras kepala, tak nk dengar cakap, tapi akak mampu faham adik… Allah…adik pun tak tahu, bahawa adik ni mampu tak faham akak sepertimana akak faham adik untuk hari-hari yang seterusnya … lepas ni adk dh jauh dgn akak, erm tak tahu la siapa yg nk jaga akak lg…

“Ya Allah janganlah engkau putuskan ukhuwwah yang terjalin atas izinMu jua… jadikanlah ukhuwwah ini hanya ingin mendapatkan kasih sayangmu Ya Rahman… janganlah Engkau masukkan dalam hati kami sifat keegoan yang melampau Ya Rabbi…janganlah jua Engkau terbitkan dalam hati kami sifat permusuhan dan kebencian Ya Rahim…hanya padaMu diri ini bermohon agar dapat membahagiakan semua orang disekelilingku Ya Allah… Ameen Ya Rabbal Alameen...”   

Ya Allah… sejak pagi tdi fikiran ku tak tentu memikirkan mimpi semalam…Allah… ada yg tak kena ke pada diri ni. Lepas solat sunat Dhuha, airmata ini mengalir sederasnya sehingga tak dapat lagi ku tahan… Astaghfirullahhalazim… Ampunkan dosa hambamu yang hina ini Ya Allah, sesungguhnya aku takut dengan azab kuburmu, aku takut dengan api yang menjulang-julang maraknya dalam nerakamu Ya Allah…dan aku amat takut dengan hari-hari kematianku Ya Allah…Permudahkanlah mulut ini menyebut Laailahaillallah… sewaktu sakaratul mautku tiba Ya Allah…

Rabu, 25 April 2012

Muhasabah diri...

Wahai diri yang mengaku daripada umat Nabi Muhammad SAW

Letakkanlah sebuah cermin besar di hadapanmu

Wajah dan susuk tubuhmu akan jelas kau lihat

Mari jelajahi wajahmu dahulu…..sinar apakah yang ada di dahimu?

Pada dahi umat Muhammad yang benar mencintai Rasulullah ini..

Harus ada bukti….harus ada sinar….ada Nur yang memancar

Jangan kau bebas mendakwa cinta tanpa tanda!

‘ ya Rasulullah…saya ingin meminta sesuatu kepadamu…’

Rayu Rabi’ah bin Ka’ab al-Salami dengan mata berkaca

‘ katakanlah… wahai Rabia’ah’ ujar Rasulullah SAW

‘aku ingin jaminan …untuk berada di sampingmu di Syurga Allah nanti’ pinta Rabia’ah sejujurnya.

‘Adakah yang lain kau minta?’ Tanya Rasulullah SAW

‘ Hanya itu sahaja ya Rasulullah’.

‘jika begitu,bantulah aku untuk memenuhi keinginanmu dengan dikau perbanyakkan sujud’,

jawab Rasulullah SAW.

INILAH TANDA CINTA…. Dahi yang sentiasa sujud ke hadrat Allah Azzawajala..

Lambang percintaan antara Nabi Muhammad SAW dengan umatnya..

Dahi yang redha dan puas tersembam ke tanah … memuja dan memuji Allah SWT.

Apakah rasa cinta yang ada pada bibirmu?

Tatkala Rasulullah SAW menjelaskan kepada sahabat-sahabatnya

Tentang pintu kebaikan

Iaitu berpuasa dan solat di tengah malam

Kemudian Nabi Muhammad menyimpulkannya ….

‘ mahukah kamu aku tunjukkan dasar pada segala kebaikan?

’Muad’z r.a menjawab pantas …’ pasti ya Rasulullah’.

Lalu pemimpin agung itu meletakkan jarinya dibibir dan menunjukkan kearah lidah Baginda…

“jagalah yang ini.. manusia dilempar ke neraka kerana lidah mereka.”

Wahai diri yang mengaku umat Nabi Muhammad SAW.

Hanya pada dahi dan lidah yang ingin diperhalusi dahulu.

Benarkah ada CINTA?

Atau sebenarnya cinta agung Muhammad pada umatnya … tidak pun kau sambut

Tergamak hatimu melupakan kasih yang mulia itu.

Adakah kau lupa?

Saat kesakitan Nabi ketika malaikat maut berkunjung

Lalu nabi bertanya kepada malaikat “ apakah berita baik itu?”

“seluruh pintu langit dan syurga telah terbuka untuk menyambutmu ya Rasulullah”

Namun, Rasulullah masih belum lega…”aku ingin mendengar jaminan Allah terhadap umatku..”

“untuk umatmu … tidak akan masuk Syurga umat yang lain sehingga seluruh umatmu memasukinya terlebih dahulu” jawab malaikat…

Itulah jaminan yang membawa kedamaian dalam jiwa Nabi Muhammad SAW ini….

Setelah seluruh hidup, masa, tanaga dan jiwa raganya menyeru umat agar diselamatkan…

Lalu kembalilah Nabi yang penuh rahmat ini kepada kekasihnya…..Allahu Rabbul Izzati…..

…….Renung-renungkan….

Jumaat, 13 April 2012

Ya Allah banyaknya dosa hamba mu ini dan sedikit sungguh amalan akhiratku…
Amalan yang sedikit entah mencakupi syarat ikhlas atau tidak Ya Allah…
Hati ini semakin jauh dari mu, oleh itu bersihkanlah hati ini dan isilah dengan cahaya-cahaya iman…
Aku tidak peduli samada manusia mengasihi atau membenci, asalkan engkau menerimaku kembali Ya Rahman…
Ya Allah sekiranya mati ini lebih baik untuk mengelakkan fitnah dunia dan baik untuk agamaku cabutlah nyawa ini dalam keadaan engkau reda kepadanya…
Sekiranya hidup ini lebih baik untuk menyumbang terhadap agamamu dan menambahkan amal baikku panjangkanlah umurku dalam keredaanmu Ya Rabbul Izzati…
Ameen Ya Rabbal Alameen...

kasihMu Ya Allah...

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan...

Lirik lagu ni meninggalkan kesan mendalam padaku. Pertama kali mendengar sudah cukup menusuk hati. Rasa penyesalan menyelebungi diri ini, benar kadang-kadang kita tidak sedar perbuatan yang kita lakukan itu melukakan hati manusia lain... Astaghfirullahhalazim...

Sementara diberi masa terluang ini, ku banyak mengisi masa dengan membaca. Rasanya dengan membaca, ku dapat mengetahui banyak perkara. Sebenarnya ku masih berusaha mencari banyak lagi rahsia ALLAH di dunia ini. Hamba ALLAH yang khilaf ini sering alpa dengan kesenagan dunia. Ada sebuah buku ni, ku rasa tertarik sangat membacanya. Pengarangnya ialah Us.Pahrol Md Juoi, Mukmin Profesional-celik mata hati. Buku tersebut banyak mengajarku supaya lebih berhati-hati dengan mainan dunia. Dengan izin Allah jua banyak lagi buku-buku lain yang membolehkan diri ini mendapat suatu kekuatan, kepuasan dan jawapan dalam segala masalah. Namun hamba Allah ini terkadang alpa dan sering lupa dengan bacaan tersebut. Seikhlasnya, ku masih tercari-cari seorang guru bagi mengajar semua ini... InsyaAllah...

*Ingatlah wahai diri sehebat mana ilmu mu, sebesar mana mahligai mu, setinggi mana pangkat mu, sebanyak mana pengawal mu; itu semua tidak menghalang Malaikat Maut untuk mencabut nyawamu...

Khamis, 5 April 2012

Muhasabah Cinta

Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Rabu, 28 Mac 2012

LAU KA NA BAINANA

Lau ka na bainana

Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب

Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب

Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam...

Isnin, 26 Mac 2012

ujian ALLAH...

Mohonlah kepada Allah agar memiliki kekuatan dan kesabaran yang besar demi menjalani segala ujianNya.

Cinta yang hakiki bukan dilewati dengan pujian & sanjungan. Cinta yang hakiki biasanya akan diuji dengan berbagai peristiwa yang menyakitkan, yang membuatkan hati kita terluka dan menderita. Allah membentuk dan melatih kita melalui luka itu, tetapi bukan pada seberapa besar luka itu tetapi seberapa besar kekuatan & kesabaran yang kita miliki untuk memulihkan luka itu. Kekuatan dan kesabaran yang dihiasi kasih sayang itulah yang akan tetap membuatkan kita bahagia sampai akhir hayat, karena Allah mencurahkan rahmat dan kasih sayangNya untuk hamba-hambaNya yang amat dikasihi...

Khamis, 22 Mac 2012

nukilan buatmu sahabat...

Assalamualaikum wbt...

sahabatku yang kukasihi dan kusayangi kerana Allah,
Semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan rahmatNya serta dikurniakan tubuh badan yang sihat bagi menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang Muslim. Ketika nukilan ini kutulis mungkin kau sedang ditemani oleh sahabatmu yang mampu menceriakan dirimu lebih dariku. Tahniah buat sahabat-sahabat yang berjaya dan yang kurang berjaya, tolong lah jangan berputus asa... banyak lagi peluang di luar sana yang boleh kita cari. Ingat rezeki ALLAH tu ada di mana-mana pun. Diri ini yakin bahawa sahabat-sahabatku sekalian memang kuat semangat dan tidak mengalah. Walau bersama siapapun dirimu ketika ini, walau siapa jua di sisimu, diriku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dirimu. Terima kasih seikhlasnya untukmu sahabat...



Rabu, 8 Februari 2012

Nasihat terhadap jiwa

Wahai jiwa, kematian akan datang tiba-tiba
Hati (akal) tidak digunakan untuk ketakwaan
Sifat kemunafikan
Sebagaimana kami pernah mendengarnya
Pandai berpidato namun bodoh hatinya
Waspadalah dari cinta dunia dan kedudukan
Sebelum buku amalmu ditutup kerana kematian
Kamu telah berada di alam kubur
Tiada orang yang mengasihimu
Keluarga (teman) semuanya meninggalkanmu
Kamu bersedih dan menyesal
Harta memberikan upah dan amal menemanimu

Wahai orang yang menghantarkan peti mati
Kami adalah para Malaikat yang selalu mengawasi
Ketahuilah, ALLAH yang menciptakan manusia
Kewajibanmu hanya menyembah kepada-Nya
ALLAH telah menciptakan alam semesta
Supaya kamu ikhlas beribadat kerana-Nya
ALLAH telah mengutus
Para utusan untuk memperingatkan
Kepada manusia
Supaya mereka serius dalam ketakwaan
ALLAH telah melapangkan jalan bagi manusia
Supaya tidak terjerumus kedua kalinya

Wahai orang-orang yang tertipu
Siangmu kamu lalui dengan kelalaian
Malam mu kamu isi dengan tidur,
Bersengkang mata dan bermain
Pekerjaanmu hanya membuat
Malaikat semakin membenci
Kerana itu,
Dirimu tak ubah seperti kelinci
Ibadatmu seperti ibadat
Orang bodoh tak berilmu
Kamu selalu berbuat zalim
Sedangkan umurmu terus berkurang... 

*Sesungguhnya perkara yang dapat membantu mempersiapkan bekal menghadapi kematian ialah amal yang IKHLAS kerana ALLAH SWT dan amal yang sesuai dengan ajaran Rasulullah saw...

Sabtu, 4 Februari 2012

Sabar itu sebahagian dari IMAN...

Sebenarnya, perkara paling susah untuk dilakukan dalam hidup ini ialah sentiasa istiqamah dalam bersikap SABAR... Sabar ialah tabah hati tanpa mengeluh dalam menghadapi cubaan dan rintangan, dalam jangka waktu tertentu, serta dalam rangka mencapai tujuan... Kita lihat sendiri dalam kehidupan seharian kita, contohnya melihat orang lain mengusik-usik, menggunakan barang kita pastinya kita akan berasa marah kan? payah nak memujuk hati untuk bersikap lebih terbuka dan bersabar seperti Nabi Muhammad SAW iaitu kekasih ALLAH yang mempunyai akhlak yang sangat terpuji. Suatu kisah di mana Rasulullah SAW dibaling batu oleh pihak kafir laknatullah sehinggakan Malaikat yang diciptakan oleh ALLAH untuk sentiasa beribadah kepada ALLAH pun berasa marah dan menawarkan kepada Rasulullah SAW agar mereka-mereka itu dihempap dengan bukit-bukau... Namun apa yang Rasulullah SAW kata, “tak mengapa, mereka itu adalah golongan yang tidak tahu apa-apa” dan Rasulullah SAW masih tetap berdoa agar mereka ini diampunkan oleh ALLAH... Allahuakhbar... adakah kita seperti itu???

Islam mengajar bahawa bersabar dalam setiap perkara itu indah. Pertama, bertahan ketika menghadapi musibah terawal. Rasulullah SAW pernah bersabda, Innamassabru indassad matil uulaa. Ertinya:-Sabar yang sesungguhnya ialah ketika menghadapi musibah terawal.

Kedua, ketika ditimpa musibah, kita perlu segera mengingati Allah dan memohon keampunan Nya. Firman Allah, '(Orang-orang yang sabar ialah) mereka yang ketika ditimpa musibah, berkata, 'sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.' (al Baqarah: 156).

Ketiga, tidak memperlihatkan musibahnya kepada manusia lain, seperti isteri Abu Talhah (Ummu Sulaim) ketika ditinggal mati anaknya. (dikisahkan dalam hadis Riwayat Muslim).

Keempat, sabar menghadapi semua cubaan dengan ‘ikhlas’ kepada Allah. Allah berfirman dalam hadis Qudsy, 'Hamba Ku yang mukmin, yang bersabar dengan pasrah kepada Ku ketika kekasihnya Aku panggil kembali (mati), kepada Ku tak ada balasan yang layak dari Ku selain syurga.' (HR. Bukhari)

*“Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.”

*Keluarlah dari dirimu dan serahkanlah segalanya kepada Allah. Penuhi hatimu dengan Allah. Patuhilah kepada perintah-Nya dan larikanlah dirimu dari larangan-Nya, supaya nafsu badaniah mu tidak memasuki hatimu setelah ia keluar. Untuk membuang nafsu-nafsu badaniah dari hatimu, kamu harus berjuang melawannya dan jangan menyerah kepadanya dalam keadaan bagaimanapun jua dan dalam tempoh kesusahan juga. (Syeikh Abdul QadirJailani).

*Ketahuilah bahawa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rosak. (Khalifah Ali bin Abi Thalib)

“Percayalah, permulaan sabar adalah pahit, tetapi akhirnya sungguh manis. Sabar juga adalah jalan keluar bagi orang yang tidak menemukan jalan keluar. Ingatlah bahawa sabar itu adalah separuh dari IMAN... beruntunglah bagi orang-orang yang bersabar”

Maasalamah wa ilal liqa’...

suara hati...

Bicara kata kadang-kadang membuatkan diri ini sentiasa bermuhasabah diri, ‘masih ada lagikah peluang untukku terus memohon ampun padaNya setiap hari ?? , atau masih ada lagi kah waktu untukku terus berbuat amal pada manusia untuk dipandang olehNya keesokan hari?? ujian yang menimpa membuatkan diri ini terus kuat untuk mengharunginya... tiada yang mustahil yang dapat kita lakukan melainkan dengan pertolongan dari NYA. Jika ALLAH mengatakan ‘Kun Fayakun’, maka jadilah... sebagai hambanya hanya mampu berdoa yang terbaik untuk kebaikan diri... terasa sangat diri ini rendah di hadapan semua manusia walaupun kadang-kadang orang lain mengata kita ni pandai, baik dan lain lg... tetapi di hadapan ALLAH? Macam mna pula? Wallahualam missawab...

Jumaat, 27 Januari 2012

Insan tersayang...

Mempunyai seorang ayah dan ibu yang tak pernah letih melayan kerenah anak-anaknya yang sentiasa meriuhkan suasana di rumah merupakan suatu nikmat yang paling besar dariNYA... setiap hari lepas balik solat fardhu Subuh berjemaah di masjid, ayah akan menyediakan sarapan di dapur... kadang-kadang emak yang tolong... ayah tak pernah menyuruh anak-anaknya menyediakan makanan untuknya. Sebaliknya dia akan menyediakan sendiri melainkan memang tersedia di atas meja dapur. Ayah risau bila mana anak-anaknya tiada makanan untuk dimakan di rumah... suatu hari tu, waktu tengah hari ayah telefon rumah hanya menanyakan tentang makanan dah dimasak ke belum... Ku pun berkata dah tetapi tak masak lauk banyak sebab adik-adik semua dah kenyang makan roti sardin. Namun ayah risau lalu ayah balik dengan membawa lauk... Subhanallah ayah...

Ayah banyak bantu ku. Walaupun dari luar nampak ketegasannya, tetapi dalamannya hanya manusia yang betul-betul mengenalnya je pasti tahu betapa lembutnya hati seorang ayah... mungkin pula dari muka seorang ibu nampak lembut dan tenang tetapi dalamannya penuh ketegasan. Namun ibu hanya tegas untuk mendidik anak-anaknya berjaya kelak, tiada seorang ibu pun yang tidak menyayangi anaknya kan? Mereka hanya nak yang terbaik untuk kita. Janganlah ambil hati pada mereka ya... Ayah tidak pernah berkasar dengan kami adik-beradik. Kalau adapun hanya menegur dan menasihati sahaja... Setiap hari lepas solat Maghrib, ibu akan menyuruh kami mengaji, tidak kira lah satu muka surat pun tak pe. Asalkan baca Al-Quran tu dan faham maksudnya... Ayah pula pergi surau, lepas solat Isyak baru balik. Itu la rutin harian kami di rumah setiap hari...

*Ku menulis ini hanya untuk mengingatkan diri ini supaya tidak leka dengan pemberianNya. Kadang-kadang kita melihat perkara tersebut terlalu remeh untuk kita bermuhasabah diri tetapi itu la yang menentukan perjalanan hidup kita pada masa akan datang. DOA dari mereka ini lah merupakan senjata utama untuk kita terus mengharungi kehidupan yang belum pasti lagi supaya kita berada dalam keredhaan dan keberkatan dariNYA...

“Peluk dan cium lah tangan dan pipi kedua ibu bapamu selagi kamu masih ada NYAWA untuk itu... kerana dengan berbuat begitu nescaya dirimu akan menjadi tenang... minta la maaf kepada mereka kerap kali bukan sekadar hanya hari raya semata-mata...”


~Istimewa buat ayahanda dan bonda tersayang, Abd Nasir Bin Masiron dan Norlila binti Mat Jani~

Selasa, 24 Januari 2012

Keluarga ceria...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum kawan-kawan!, rasanya dah lama tak menulis dalam blog ni. Kalau ada pun hanya kata-kata semangat untuk memotivasikan diri sendiri...

Alhamdullilah, syukur pada ALLAH kerana diberi izin dari ALLAH untuk menulis dalam blog ni lagi... Syukur jg buatNya kerana memberi nikmat tidak putus-putus kepada hamba-hambanya... Alhamdullilah, dapat juga keluarga KOMBIL melaksanakan hari keluarga di Rompin Beach Resort tahun ni walaupun banyak halangan yg harus ditempuh sebelumnya. Dua hari di sana memberi banyak pengalaman pahit dan manis bersama. Memikul tanggungjawab sebagai seorang setiausaha sudah cukup mencabar untuk menguruskan aktiviti Hari keluarga ni. Banyak perkara yang perlu dipelajari lagi... Dengan izin ALLAH, hampir kesemuanya berjalan seperti yang dirancang. Pada hari itu la kita dapat bersama-sama dengan keluarga walaupun kadang-kadang semuanya sibuk dengan kerja masing-masing... Dengan melihat celoteh adik-adik kecil bersukan di tepi pantai, ibu-ibu dan bapa-bapa bermain boling kelapa membuatkan diri ini ceria... pelbagai ragam yang ditunjukkan...

*Terima kasih kepada semua ahli keluarga KOMBIL kerana memberi kerjasama yang sangat-sangat baik. Insya-ALLAH jua jika ada masa yang cun, boleh kita raikan setiap tahun...

~di sini kasihku tertumpah...
~di sini rasa sayang bertambah erat... 
~di sini jua ikatan ukhuwwah terjalin mesra...













*<<<buat keluarga KOMBIL>>>*
            ~Nur Ira~

Selasa, 17 Januari 2012

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali...



1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang degan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku degan selalu sembahyang malam.

3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka perbanyakan lah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya...

Khamis, 12 Januari 2012

Adikku Sayang...


Mempunyai seorang adik lelaki memang payah untuk diuruskan walaupun kadang-kadang mencuit hati yang sedang tertekan ini... Menjaga adik sementara tunggu keputusan periksa ni memang menguji tahap kesabaran, ada kalanya mood dia ok, senang la sikit nk kawal, tapi kalau mood dia buruk, susah nk pujuk...alahai adik sayang... Alhamdullilah, adik memang dengar kata, orang kata jangan lakukan perkara tu... Insya-ALLAH dia tak kan buat... Tapi kena la cakap dengan dia lemah lembut, jangan berkasar... setiap hari ku akan pergi jemput dia waktu balik sekolah, lepas waktu balik sekolah je, dia la yg menjadi teman ku masak makanan tengahari setiap hari... adik akan tunggu di meja makan sampai ku habis masak, kadang-kadang tu adik main mainan dia sendiri... bila lihat kerenah adik yang mencuit hati, memang membuatkan hatiku tenang walaupun kadang-kadang kita sendiri melihatnya sebagai satu bebanan pada diri... Tetapi sebenarnya, ALLAH memberi satu tanggungjawab besar yang perlu kita pikul kerana di sebalik semua itu, pasti ada hikmah yang tersembunyi untuk kita sendiri melihat betapa sayangnya ALLAH pada kita... Kasih Sayang ALLAH pada kita sungguh besar berbanding kasih sayang kita padaNya... Mungkin kita rasa malu untuk menunjukkan kasih sayang kita pada manusia tetapi bukan pada ALLAH... Usahlah berasa malu untuk menunjukkkan kasih sayangmu kepadaNya kerana DIA MAHA MENDENGAR....

*Berlembut lah dengan kanak-kanak yang masih tidak tahu apa-apa, Insya-ALLAH dia akan tahu menghargai pengorbanan tersebut... selagi masih berpeluang bersama dengannya, jagalah ia sebaiknya...

Wallahuallam...

Rabu, 4 Januari 2012

Anugerah ALLAH (2) ...

Bismillahirahmanirrahim...


Pengalaman yang paling bermakna dalam hidup adalah mencari seorang sahabat sejati yang mampu menggembirakan, menceriakan dan menemani ketika susah dan senang... Kata orang, jika akhlak baik Insya-ALLAH sahabat yang mendampinginya pun baik akhlaknya... Sepanjang bersekolah, tidak pernah sekalipun ku menjumpai seorang kawan yang sombong dan tidak menghiraukan sahabat-sahabatnya yang lain. Kalau adapun hanya ingin menyakat dan bergurau saja...

Sebelum ini ku sudah mencoret sedikit kenangan manis tentang ‘Anugerah ALLAH’ untuk ku... Alhamdullilah... Kali ini pula diri ini merasakan ingin mencoret mengenai ‘Anugerah ALLAH’ jua untuk ku iaitu erti sebuah persahabatan dalam hidup ini. Bersyukur sangat bila mana ALLAH menghadirkan seorang sahabat yang baik hati, memahami dan sentiasa membuatkan diri ku ini sentiasa ceria.

Ingat lagi sewaktu ku menghadiri kem Ibadah di sekolah selama dua hari. Walaupun waktunya singkat tetapi aktiviti yang dijalankan sungguh menyeronokkan. Pengalaman pertama duduk di asrama sekolah membuatkan diri ini berdebar-debar dan takut. Syukur Alhamdullilah kerana ada sahabat yang memahami diri ini, tak la berasa kekok sangat. hehehe... Pengalaman tidur bersama di sebuah katil kecil pun sudah menampakkan bahawa sahabat itu sungguh memahami... kadang-kadang ALLAH tidak menghadirkan kasih sayangNya pada keluarga sendiri tetapi ALLAH menghadirkanNya bersama manusia lain... Keikhlasan sahabat-sahabatku berkawan bersama dan berkongsi susah dan senang merupakan satu nikmat yang besar padaku... ‘Alhamdullilah’... terima kasih sahabat-sahabatku sekalian...

Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan,
walaupun maut menjadi noktahnya.
 
Seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain,
biarpun tanpa bayangannya...

 



Khas buatmu sahabat, kawan, rakan dan teman:
~Tasnim, Sheril, Ain, Bilah shaiem, Najwa, Mimi, Shera, Nany, Fthin Ntsha, Bihah, Waie, Intan dn kawan-kawan sekelas yang dikasihi sekalian...~