Jumaat, 30 Disember 2011

Anugerah ALLAH...



Assalamualaikum Warahmatullahhi wabarakatu…

Tahun 2011 merupakan tahun akhir persekolahan ku untuk tingkatan 5 sebagai seorang remaja. Beribu cabaran, dugaan datang melanda dan bertamu. Alhamdullilah, aku dapat mengharungi segala dugaanNya dengan berbekalkan semangat yang kental, doa yang berterusan serta sifat kesabaran yang tinggi. Banyak peristiwa manis berlaku pada ku walaupun kadang-kadang payah untuk dilalui atau dihadapi bersendirian...

Ingat lagi pengalaman yang tidak akan ku lupakan ketika mana ALLAH telah menganugerahkan seorang insan yang boleh mengetuk pintu hati ini terus menerus mengingatimu Ya ALLAH... Seorang insan yang bernama guru tetap tabah melayan segala kerenah ku. Diri ini masih teringat sewaktu mula-mula mengenalinya, berasa sungguh takut apabila hendak berkata-kata dengannya, susah sungguh akal ini memikirkan pelbagai cara supaya menyuruh mulut ini berbicara dengannya. Setelah lama mengenalinya barulah ku tahu sikapnya yang sebenar-benarnya. Alhamdullilah, sejak dari itu, banyak perubahan dapat ku rasa dalam diri ku sendiri apabila berkenalan dengannya. Mulai hari itu la aku mula belajar bahawa ISLAM adalah suatu agama yang paling indah. ISLAM banyak mengajar diri ini supaya lebih tenang dan SABAR dalam semua perkara yang terjadi kerana setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Aku cuba laksanakan setiap perkara yang boleh membawa diri ini supaya hidup lebih tenang sentiasa. Si dia telah banyak mengajarku supaya ‘Berjalan Tanpa Henti’ bagi mengenalmu Ya ALLAH... Dari seorang insan yang ku gelar ‘cikgu’ untuk dihormati dan berukhwwah telah berubah menjadi lebih erat kerana dirinya sendiri telah menganggapku seperti adiknya sendiri... “Maha Suci ALLAH, nikmat yang engkau berikan sungguh tidak kuduga Ya ALLAH”... Alhamdullilah...

Boleh dikatakan setiap hari si dia prihatin terhadapku, sentiasa tahu jika ku ada masalah pasti ditolongnya. Tak pernah si dia lupa untuk mengutus e-mail padaku. Perkataan “Salam Sayang” sentiasa lekat pada akhir e-mail yang dikirimnya... Maha Suci ALLAH... Walaupun si dia kurang sihat tetapi si dia mampu menyembunyikan sakitnya dihadapan khalayak ramai. Kekuatan yang ditunjukkan sudah cukup untuk diri ini menilai sejauh mana kesabaran yang telah ALLAH anugerahkan untuknya. Jikalau diri ini berada di tempatnya, rasanya diri ini tidak kuat menempuh segala ujian yang ditempuhi oleh si dia... Namun jika ia benar-benar sakit dan bermasalah ku dapat melihat dari riak mata dan rupanya... Dengan izin ALLAH...

“Maafkanku akak jika adikmu ini kadang-kadang tidak pernah menggembirakan mu dan selalu menunjukkan muka yang masam dan marah pada mu, maafkanku jua sayang kerana sering membuat dirimu berperasaan hampa, kecewa dan marah padamu...”

“Diri ini bukan seperti Asiah, seorang ratu shahadah yang penyabar orangnya, diri ini juga bukan seperti Fatimah, sering taat kepada ALLAH... Namun diri ini sentiasa berusaha supaya ALLAH swt memberi peluang menjadi seperti mereka... ‘Maha Suci ALLAH’ Mungkin si dia merupakan satu bentuk hadiah yang telah ALLAH berikan kepada ku untuk mengubah hidup ku, serta keluarga ku ke jalan mu YA ALLAH. Aku bersyukur dengan pemberian mu itu ya ALLAH...

adik akak ini sudah cukup bahagia bila dapat melihat akaknya sihat depan mata… Terima kasih dengan iringan doa yang telah akak kirimkan untuk adik selama ini… Hanya ALLAH yang dapat membalasnya... Ingatkanlah dan marahlah adik jika adik tersasar dari jalanNya ya kak…

~Terima kasih tidak terhingga untuk kakak tersayang, semoga akak sentiasa dalam pemeliharaan ALLAH... Diri ini amat menyayangi, mengasihi dan merindui mu senantiasa, semoga ALLAH mengekalkan ‘ukhuwah’ kita ini... ‘Ingatlah ku dalam doamu’~

Salam Sayang buat akak....

Sabtu, 24 Disember 2011

Layar kehidupan...


Semua orang pasti inginkan kegembiraan setiap hari walaupun kadangkala perkara sebaliknya yang hadir dalam layar kehidupan... Kita sebagai hambaNya memang tidak dapat mengelak setiap perkara yang telah berlaku kerana pastinya itu semua merupakan 'takdir Tuhan'... Tetapi jangan lupa juga! Takdir mempunyai beberapa jenis, salah satunya dapat dielak daripada berlaku seperti dengan adanya usaha dari diri sendiri dan salah satunya juga memang langsung tidak boleh dielak seperti kematian, Hari Pembalasan dan lain... Maka bertawakal dan Redhala kamu bagi orang yang benar-benar bersabar...

Tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan kebahagiaan walaupun kadang-kadang dugaan datang menimpa sama ada pada keluarga ataupun diri sendiri... Bersyukur sangat apabila dianugerahkan dengan keluarga yang saling memahami dan tidak pernah mementingkan diri sendiri... 'ALHAMDULLILAH' ...

Satu perkataan tetapi setiap huruf mempunyai makna yang tersendiri... "keluarga KOMBIL"

K- Komited dalam setiap tugasan
O- Optimis dalam sebarang permasalahan
M- Mahmudah diamalkan bersama
B- Berkerjasama setiap anggota keluarga
I- Istiqamah dalam setiap perkara
L- Luhur hati merafak keagungan ILLAHI

Pelbagai pengalaman dirasa apabila bersama dengan keluarga yang boleh dianggap besar ini. Pahit manis diharungi bersama. Tak pernah jemu untuk bersua walaupun kadang-kadang semua sibuk dengan hal masing-masing. Tekad keluarga ini hanya satu iaitu ingin menggembirakan, membahagiakan dan mengasihi ibu bapa mereka selagi mereka hidup didunia ini.

Jutaan terima kasih kepada setiap ahli keluarga yang amat disayangi. Ku akan tetap menyayangi kamu seumur hidup, Semoga Ukhuwwah yang terjalin akan kekal subur didalam hati ini selamanya... Amin...








Buat keluarga tersayang: ^_^
-embh siron , embh mar, siwo miah, sw man, sw tiah, sw mun, sw yam, sw bidi, ayah, emak,  pmn wan, bik nah, pmn idiq, bik mah, pmn mamat, bik zana, pmn zali, bik jaimah, pmn ayus, pmn halim, bik su, pmn hadi, dan sepupu yg lain serta anak2 buah yg disayangi...
~Bitaufiq Wannajah~ 

Khamis, 15 Disember 2011

Mengapa aku dihidupkan di dunia ini ???

  • Untuk sujud menyembah ALLAH...
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar. (surah al-Bayyinah 5 : 98)
  • Untuk aku menjadi seorang khalifah di muka bumi ini... 
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Surah al-An'am 165 : 6)
  • Untuk aku menyeru kebaikan, membanteras kejahatan...
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Surah Ali'Imran 104 : 3)
  • kerana ALLAH tidak menjadikan aku sia-sia...
“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?” ( Surah al-Mu'minun 23 : 115)

~solusi isu # 5~
*sama-sama berkongsi ilmu ALLAH*

Rabu, 14 Disember 2011

muhasabahlah diri selagi ada nyawa...


Manusia yang bersih hatinya
sentiasa rendah diri dengan Allah,
sering sahaja bersangka baik dengan Tuhannya,
jika mendapat ujian kesusahan, hatinya berkata
"kerana dosa akulah ujian itu datang"
"Tuhan menghukumku kerana dosa-dosaku"
"moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yg amat dahsyat."
Amin...

Selasa, 13 Disember 2011

Sayang kamu selamanya...























Ku akan sayang, kasih dan rindu kamu semua kerana ALLAH...
Semoga UKHWAH yang terjalin akan kekal selamanya...

Isnin, 12 Disember 2011

Subuh Yang Terakhir...


Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir…


~rabbani~

Ahad, 11 Disember 2011

penawar duka

Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR,
Apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT,
Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA,
Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD
Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU...

~hanya menimba ilmu~

Sabtu, 10 Disember 2011

Iman yang suci...

Salah satu kedukaan di dalam hidup kita adalah kehilangan sesuatu yang bererti. Tentu saja membuat kita merasa perih dihati. Terlebih kehilangan orang yang kita cintai dan kita harapkan. Apalagi sampai kita begitu sangat bergantung kepada kehadirannya, maka rasa perih dihati yang mengiringi kepergiannya terasa amat sakit. Setiap benda atau hal yang mengingatkan kita kepada orang tersebut membuat luka hati menganga kembali dan rasa sakit yang menyayat terasa begitu ngeri.

dalam tekanan hidup ini, 
membuatkan diri mencari ALLAH
meski diri pernah marah dan meninggalkaNya,
namun ALLAH tidak pernah meninggalkan dan melupakan,
bahawa ada manusia yang memerlukan pertolonganNya..

WASSALAM...

Jumaat, 9 Disember 2011

kekuatan dan kesabaran

Bila kekuatan dan kesabaran yang kita miliki kecil dan rapuh maka luka kecil pun kita sudah merasai penderitaan itu. Jika kita memiliki kekuatan dan kesabaran yang besar, sebesar apapun luka dan derita itu tidak akan bererti apapun pada kita, kerana Allah melimpahkan kelembutan dan kasih sayang di dalam diri kita. Sebagaimana sabda Rasulullah. "Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi suatu keluarga, maka Allah akan memasukkan rasa kelembutan dalam diri mereka" (HR. Ahmad)...

Rintihan hati buat Sang Pencipta...



Apa lagi yang perlu aku lakukan untuk kefahaman orang kesayangan di sekelilingku ini... Ya ALLAH kuatkanlah hati hambamu ini ... Diri ini tidak pandai berkata-kata, namun hati ini tahu yang dia telah mengecewakan seseorang... Jika itu kau tentukan untukku Ya ALLAH, aku redha.

Aku amat menyayanginya Ya ALLAH, jadi aku mohon berilah dia KEBAIKAN selagi dia hidup di dunia ini... Aku amat menyayanginya kerana mu Ya ALLAH, aku sangat mengasihinya kerana mu Ya ALLAH, aku menghormatiny kerana mu Ya ALLAH, aku sungguh merinduinya kerana mu Ya ALLAH dan aku akan sentiasa mendoakannya jua keranamu Ya ALLAH. Sesungguhnya aku BERSYUKUR dengan NIKMAT mu YA ALLAH...





Sahabat Istimewa...

kadang-kadang sahabat tidak perlu dicari kerana pastinya akan hadir dengan sendiri jika kita merupakan seorang yang berakhlak mulia, suka menunjukkan muka yang manis seperti senyum dan ceria... mudah sahaja mendapat rakan, namun rakan yang benar-benar memahami diri ini sungguh payah untuk ditelusuri dan dicari... perlu ada satu bentuk cerita yang menarik baru boleh kita mengenalinya dengan lebih mendalam...